SEMAKAN STR 2026 (2026 BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH)
Menurut pembentanganBelanjawan 2026, kerajaan meneruskan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan peruntukan besar sebanyak RM15 bilionuntuk tahun 2026. Program ini memanfaatkan lebih 9 juta penerima STR di seluruh negara.
Bagaimanakah cara Semakan STR 2026? Ikuti info lanjut disini.
BACA JUGA : KEMASKINI STR (SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2026)
SYARAT LAYAK STR 2026
Syarat dan kategori bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 adalah seperti berikut :
- KATEGORI ISI RUMAH :
- Ketua isi rumah Warganegara Malaysia;
- Berkahwin mempunyai anak atau tiada anak;
- Ibu/bapa tunggal mempunyai anak;
- Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 sebulan (B40); atau
- Pendapatan isi rumah RM2,501 – RM5,000 sebulan (M40).
- KATEGORI WARGA EMAS :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Tiada pasangan dan tiada tanggungan;
- Pendapatan individu tidak melebihi RM5,000 sebulan.
- KATEGORI BUJANG :
- Warganegara Malaysia;
- Belum berkahwin / balu / bercerai (tiada anak);
- Had umur 21 hingga 59 tahun / OKU umur 19 tahun ke atas;
- Pendapatan individu tidak melebihi RM2,500 sebulan;
- Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS.
Nota : Bujang berumur 21 tahun ke atas dan OKU 19 tahun ke atas (masih menuntut di IPTA/IPTS) tidak layak memohon kategori bujang. Mereka hanya boleh disenaraikan di bawah tanggungan isi rumah.
CARA DAFTAR SEMAKAN STR 2026
Semua penerima sedia ada perlu mendaftar akaun MySTR yang baharu terlebih dahulu sebelum membuat semakan status atau kemaskini permohonan. Ikuti cara daftar akaun seperti berikut :
- Masuk ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Anda akan dipaparkan Halaman Utama mySTR.
- Tekan butang (LOG MASUK).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Klik butang (Semak).
- Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan. Sila klik Daftar Pengguna Baharu untuk meneruskan.
- Sila klik butang (Daftar Pengguna Baharu).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
- Kemudian, tekan (Hantar Emel Pengesahan).
- Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
- Klik (Sahkan Akaun Saya).
- Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
- Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
- Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
- Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
- Tekan butang (Seterusnya).
- Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
- Kemudian, klik (Daftar Akaun).
- Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
- Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
- Selesai.
CARA LOGIN STR 2026
Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk pengaksesan maklumat, semakan status kelayakan, semakan bayaran, kemas kini dan permohonan baharu adalah seperti berikut :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal mySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login |
SEMAKAN STATUS STR 2026
Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima STR, ikuti panduan cara semak yang lengkap di bawah :
- Masukkan No Kad Pengenalan anda pada ruangan yang disediakan di halaman : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Untuk Semakan Status anda boleh tekan (Semakan Permohonan).
- Status permohonan STR anda akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA MOHON STR 2026
Individu yang memenuhi syarat serta ingin kemukakan permohonan STR 2026, ikuti panduan lengkap di bawah :
- Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang (Permohonan Baharu).
- Sila klik butang (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
- Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
- Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda. (Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat).
- Lengkapkan maklumat permohonan seperti :
- Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
- Pilihan Pekerjaan.
- Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan
- Status Perkahwinan Anda : Kahwin / Cerai / Kematian Pasangan / Bujang.(Sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh)
- Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
- Masukkan Nombor Akaun Bank.
- Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
- Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
- Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
- Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap. (terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi).
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak. (saiz dokumen hendaklah kurang dari 3MB dan jenis PDF / JPG / JPEG / PNG sahaja).
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
- Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) STR
Antara soalan yang selalu penerima bertanya adalah seperti berikut :
- Siapa yang perlu kemas kini maklumat?
- Semua penerima sedia ada yang mempunyai perubahan maklumat seperti alamat, akaun bank, status perkahwinan atau tanggungan.
- Adakah permohonan baru perlu dibuat setiap tahun?
- Tidak. Penerima sedia ada hanya perlu kemas kini jika ada perubahan maklumat.
- Boleh mohon kalau tiada akaun bank?
- Ya, tapi bayaran akan diterima secara tunai di kaunter BSN.
- Apa perlu buat kalau terlupa kata laluan MySTR?
- Klik pautan “Lupa Kata Laluan” dan ikut arahan untuk menetapkan semula.
- Bolehkah buat rayuan jika permohonan ditolak?
- Boleh. Rayuan dibuka selepas senarai kelulusan diumumkan.
RUJUKAN
Panduan-panduan yang kami sediakan di atas adalah dirujuk sepenuhnya daripada Portal Rasmi MySTR. Untuk info yang lebih lanjut dan terperinci, sila rujuk di bawah :
- Talian BKK : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 4566
- e-Mel :[email protected]