SEMAKAN STR BUJANG 2026 : CHECK ONLINE BANTUAN FASA 1

SEMAKAN STR BUJANG 2026 : CHECK ONLINE BANTUAN FASA 1

Check jumlah dan syarat kelayakan bantuan STR Bujang yang terbaharu, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Bujang telahpun di tukar menjadi Bantuan Sumbangan Asas (SARA) yang secara terus akan dibahagikan ke dalam IC penerima yang layak.

Bagaimana Semakan STR Bujang 2026? Ikuti info lanjut disini sekarang.

BACA JUGA : JUMLAH STR FASA 1 : 2026 SEMAK

PENEGENALAN STR BUJANG 2026

Untuk pengetahuan anda, mulai tahun 2026, bagi STR kategori bujang berumur bawah 60 tahun, kerajaan tidak lagi memberikan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara tunai seperti sebelum ini. Sebagai gantinya, mereka akan menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM600 setahun, bersamaan RM50 sebulan dalam bentuk kredit yang boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di pasar raya terpilih.

SYARAT LAYAK STR BUJANG

Pemohon bujang layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan;-
  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
  • Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah
  • Bagi yang berumur 21 hingga 59 tahun dan OKU berumur 19 hingga 59 tahun.
  • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan.

NOTA : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masihbelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dantidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

TARIKH BAYARAN STR BUJANG 2026

Pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 Fasa 1 akan dilaksanakan secara berperingkat bermula 9 Januari 2026 (Jumaat), dengan bantuan bulanan sehingga RM200 dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima yang layak.

Selain itu, seramai 22 juta rakyat Malaysia akan menerima bantuan RM100 melalui MyKad yang akan mula dikreditkan pada 9 Februari 2026, bertujuan membantu meringankan beban kos sara hidup menjelang persiapan Ramadan dan sambutan Tahun Baharu Cina.

JUMLAH BAYARAN STR 2026

Kadar bayaran STR 2026 adalah bergantung kepada kelayakan bayaran pada fasa permohonan yang telah diluluskan. Jumlah bayaran yang akan diterima adalah seperti berikut:

  • Isi Rumah Dengan Pendapatan Bawah RM2,500 akan terima :
    • Tiada anak : RM700
    • 1 – 2 anak : RM1,200
    • 3 – 4 anak : RM1,700
    • 5 dan ke atas : RM2,200
  • Isi Rumah Dengan Pendapatan RM2,501 – RM5,00 akan terima :
    • Tiada anak : RM200
    • 1 – 2 anak : RM450
    • 3 – 4 anak : RM700
    • 5 dan ke atas : RM950
  • Warga Emas yang tiada pasangan akan terima :
    • RM600.
  • Bujang berumur 21 hingga 59 tahun tidak menerima STR tetapi hanya menerima SARA :
    • RM600.

CARA SEMAK STR BUJANG 2026

Kaedah untuk menyemak status kelayakan dan jumlah bantuan adaah seperti berikut :

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk STR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda pada ruangan yang disediakan.
  4. Tekan [Semak].
  5. Klik [Ya] jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang [Semak].
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang [Log Masuk].
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Untuk Semakan Status anda boleh tekan [Semakan Permohonan].
  11. Status Kelayakan penerima STR Fasa 1 akan dipaparkan.
  12. Selesai.

MAKLUMAT TAMBAHAN

STR Bujang 2026, digantikan dengan SARA bulanan.

SARA akan disalurkan secara automatik kepada penerima semua penerima STR (Kategori Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan) sebagai bantuan tambahan dalam bentuk barangan asas melalui MyKad.

SARA RM100 ONE-OFF akan diberikan kepada semua Rakyat Malaysia pada pertengahan Februari 2026, sempena sambutan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri.

SOALAN LAZIM (FAQ) STR BUJANG 2026

Apakah STR Bujang?

STR Bujang adalah bantuan tunai kerajaan untuk individu berstatus bujang yang layak dan berpendapatan rendah atau sederhana.

Siapakah yang layak memohon STR Bujang?

Pemohon berstatus bujang berumur 21 hingga 59 tahun atau OKU berumur 19 hingga 59 tahun dengan pendapatan ≤ RM2,500 layak membuat permohonan.

Apakah dokumen yang diperlukan untuk pengesahan status bujang?

Dokumen sokongan seperti kad nikah, sijil lahir anak, atau dokumen rasmi dari Lembaga Hasil Dalam Negeri digunakan.

Apa yang berlaku jika tidak mengemas kini permohonan selama 3 tahun berturut?

Permohonan akan dibatalkan dan perlu memohon semula untuk layak meneruskan penerimaan bantuan.

Adakah bayaran STR dibuat secara automatik?

Ya, kepada pemohon yang lulus. Pastikan akaun bank aktif.

RUJUKAN

Anda boleh menyemak status permohonan, mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan STR melalui saluran berikut:

  • Hubungi Hotline BKK: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hubungi Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hubungi Talian Pejabat LHDNM (Rujuk Portal Rasmi STR); atau
  • Hadir sendiri ke Pejabat LHDNM / PS / UTC, Kerajaan LHDNM

Leave a Comment