SEMAKAN STR FASA 4 : 2025 SEMAK KELAYAKAN BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

SEMAKAN STR FASA 4 : 2025 SEMAK KELAYAKAN BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Pemohon baharu dan rayuan yang mengemukakan permohonan bermula 19 Oktober 2025 dan sekiranya memenuhi kelayakan akan menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk Fasa 4 tidak lama lagi.

Macam manakah cara semakan str fasa 4? Ikuti panduan lengkap dibawah sehingga akhir.

BACA JUGA : BAKI MYKASIH : PANDUAN CARA SEMAK ONLINE

CARA BAYARAN STR

Dua (2) cara bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR), iaitu :

  1. Bayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau pusat-pusat pemberian yang tertentu khas kepada :
    • Penerima tiada akaun bank; atau
    • Status ‘Gagal Kredit’; atau
    • Penerima di Pedalaman Sabah dan Sarawak.
  2. Bayaran secara terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan dalam permohonan STR.

TARIKH JADUAL STR FASA 4

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh disemak seperti berikut :

JADUAL FASA BAYARANTARIKH BAYARAN
FASA 122-28 Januari 2025
FASA 224-27 Mac 2025
FASA 312-17 Ogos 2025
FASA 4Tarikh semakan akan dikemaskini
apabila telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan kelak.

CARA SEMAKAN STR FASA 4

Untuk mengetahui status kelayakan dan maklumat bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR), ikuti panduan cara semak seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
  4. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
  6. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  7. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  8. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  9. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  10. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  12. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  13. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  14. Maklumat Bayaran Fasa 4 akan dipaparkan.
  15. Selesai.

SOALAN LAZIM STR FASA 4

Berikut merupakan soalan popular bagi pertanyaan str bagi fasa yang keempat :

  1. Siapakah layak terima bayaran Bantuan STR Fasa 4?
    • Bayaran STR Fasa 4 khas untuk pemohon yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan.
  2. Bagaimanakah permohonan Bantuan STR?
  3. Adakah golongan bujang juga layak terima Bantuan STR?
    • Hanya golongan bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas serta berpendapatan bawah RM2,500 dan memenuhi kelayakan yang ditetapkan.
  4. Adakah Bantuan STR dibayar sekaligus?
    • Tidak, Bantuan STR dibayar secara ansur selama empat (4) fasa.
  5. Bolehkah Bantuan STR digunakan untuk bayaran bil?
    • Bantuan STR yang disalurkan secara tunai boleh digunakan untuk apa sahaja transaksi bayaran bergantung kepada hak penerima.

RUJUKAN

Sekiranya anda perlukan bantuan atau ada sebarang pertanyaan mengenai STR Fasa 4, anda boleh hubungi saluran rasmi berikut:

Leave a Comment