STR 2026 BSN : TARIKH BAYAR & SEMAK STATUS FASA 1
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dibayar melalui atau diuruskan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN), di mana BSN bertindak sebagai rakan strategik kerajaan untuk pembayaran tunai, termasuk di cawangan, ATM, atau melalui Cawangan Bank Bergerak (CBB) untuk kawasan luar bandar, bertujuan meringankan beban kos sara hidup rakyat miskin tegar dan berpendapatan rendah di Malaysia.
Bagaimanakah STR 2026 BSN? Ikuti info lanjut disini.
BACA JUGA : CHECK STATUS SARA 2026 : SEMAK BAKI BANTUAN DALAM MYKAD
TARIKH BAYARAN STR 2026 BSN
Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 akan dibayar pada tarikh seperti berikut :
| JENIS BANTUAN | JENIS BAYARAN | KAEDAH BAYARAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|---|---|
| Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 | Sedia ada & Baharu | Pengkreditan ke dalam akaun bank & Bayaran secara tunai (termasuk di Sabah dan Sarawak) | 22 Januari 2026 |
Pembayaran melalui pengkreditan ke dalam akaun bank akan dilakukan secara berperingkat berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan oleh LHDNM kepada BSN. Pelanggan dinasihatkan untuk membuat semakan akaun masing-masing melalui Perbankan Internet myBSN atau Mesin Teler Automatik (ATM) BSN.
Bayaran secara tunai pula akan turut dilakukan mengikut tarikh yang telah dijadualkan di seluruh Cawangan BSN. Pelanggan perlu membawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.
SYARAT LAYAK STR 2026
Syarat kelayakan STR Fasa 1 2026 kekal seperti sebelumnya, dengan sedikit pembaharuan untuk memperkukuh ketelusan serta keadilan dalam pengagihan bantuan. Antara syarat-syaratnya adalah:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
Perhatian:Kategori bujang tidak lagi termasuk dalam penerima STR bagi tahun 2026. Mereka akan menerima bantuan melalui Program SARA.
CARA SEMAK STR
Semakan status permohonan dan kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 secara online adalah seperti berikut :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Semakan Status anda boleh tekan Semakan Permohonan.
- Selesai.
JUMLAH BAYARAN STR 2026
Amaun yang penerima yang berkelayakan akan dapat adalah sebanyak seperti berikut :
- Isi Rumah Dengan Pendapatan Bawah RM2,500 akan terima :
- Tiada anak : RM700
- 1 – 2 anak : RM1,200
- 3 – 4 anak : RM1,700
- 5 dan ke atas : RM2,200
- Isi Rumah Dengan Pendapatan RM2,501 – RM5,00 akan terima :
- Tiada anak : RM200
- 1 – 2 anak : RM450
- 3 – 4 anak : RM700
- 5 dan ke atas : RM950
- Warga Emas yang tiada pasangan akan terima :
- RM600.
- Bujang berumur 21 hingga 59 tahun tidak menerima STR tetapi hanya menerima SARA :
- RM600.
JADUAL BAYARAN STR 2026
Berikut merupakan jadual bayaran Bantuan STR untuk tahun 2026 :
| TARIKH BAYARAN BANTUAN STR (ANGGARAN 2026) |
|---|
| Fasa 1 : Februari 2026 (Sebelum Tahun Baru Cina) |
| Fasa 2 : Mac / April 2026 (Sebelum / Selepas Hari Raya Aidilfitri) |
| Fasa 3 : Ogos 2026 (Sebelum Hari Kebangsaan) |
| Fasa 4 : November 2026 (Sebelum Perayaan deepavali) |
SOALAN LAZIM (FAQ) STR 2026
- Siapa yang perlu kemas kini maklumat?
- Semua penerima sedia ada yang mempunyai perubahan maklumat seperti alamat, akaun bank, status perkahwinan atau tanggungan.
- Adakah permohonan baru perlu dibuat setiap tahun?
- Tidak. Penerima sedia ada hanya perlu kemas kini jika ada perubahan maklumat.
- Boleh mohon kalau tiada akaun bank?
- Ya, tapi bayaran akan diterima secara tunai di kaunter BSN.
- Apa perlu buat kalau terlupa kata laluan MySTR?
- Klik pautan “Lupa Kata Laluan” dan ikut arahan untuk menetapkan semula.
- Bolehkah buat rayuan jika permohonan ditolak?
- Boleh. Rayuan dibuka selepas senarai kelulusan diumumkan.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]