STR FASA 2 2026 : SEMAK SEKARANG
Proses penyaluran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 2026 kini sedang digiatkan secara berperingkat oleh pihak berkuasa bagi memastikan kelancaran pengkreditan terus ke akaun bank penerima yang layak. Sebagaimana mekanisme sebelumnya, kaedah bayaran tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) turut disediakan bagi memudahkan individu yang tidak mempunyai akaun bank aktif atau berada di kawasan pedalaman.
Bagaimanakah Cara semak STR Fasa 2 2026 ? Ikuti info lanjut disini.
BACA JUGA : BAYARAN STR FASA 2 : SEMAKAN
JUMLAH PENERIMA STR FASA 2 2026
Berdasarkan rekod oleh Kerajaan, bilangan pemohon yang memenuhi syarat kelayakan dan terpilih layak menerima bayaran Bantuan STR Fasa 2 adalah seramai berikut :
| KELAYAKAN PENERIMA | BILANGAN YANG LAYAK |
|---|---|
| Penerima Sedia Ada -Isi Rumah B40 -Isi Rumah M40 -Warga Emas | 5 juta penerima |
| Penerima Baharu -Isi Rumah B40 -Isi Rumah M40 -Warga Emas | 200,000 penerima |
CARA SEMAK STR FASA 2 2026
Bagi penerima sedia ada dan juga pemohon baharu boleh buat semakan kelayakan untuk tahu sama ada layak atau tidak terima bayaran Bantuan STR Fasa 2, ikuti cara semakan melalui laman rasmi STR di bawah :
| PAUTAN LAMAN RASMI STR |
|---|
| https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login |
- Pergi ke laman rasmi STR (klik pada pautan di atas).
- Anda akan dibawa ke halaman STR yang rasmi.
- Masukkan nombor Kad Pengenalan anda.
- Ikut format : tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
- Contoh 880330112345.
- Ikut format : tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
- Klik pada butang [Semak].
- ‘Kata Kunci Keselamatan’ anda akan dipaparkan.
- Jika ianya betul, klik pada butang [Ya].
- Masukkan Kata Laluan yang betul.
- Terus klik pada butang [Log Masuk].
- Dashboard STR akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan permohonan STR Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
TARIKH AGIHAN STR FASA 2
Kerajaan akan melaksanakan bayaran Bantuan STR Fasa 2 kepada penerima sedia ada dan penerima baharu pada tarikh yang berbeza seperti jadual yang tertera di bawah :
- Penerima Sedia Ada : Mulai 10 Mac 2026 (Selasa)
- Penerima Baharu : Mulai 30 Mac 2026 (Isnin)
CARA AGIHAN STR FASA 2
Bantuan STR 2026 akan disalurkan seperti berikut:
- Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima sekiranya :
- Tiada Maklumat akaun bank; atau
- Status pengkreditan ‘Gagal Kredit’.
SOALAN LAZIM STR 2026
Siapa yang perlu kemas kini maklumat?
Semua penerima sedia ada yang mempunyai perubahan maklumat seperti alamat, akaun bank, status perkahwinan atau tanggungan.
Adakah permohonan baru perlu dibuat setiap tahun?
Tidak. Penerima sedia ada hanya perlu kemas kini jika ada perubahan maklumat.
Boleh mohon kalau tiada akaun bank?
Ya, tapi bayaran akan diterima secara tunai di kaunter BSN.
Apa perlu buat kalau terlupa kata laluan MySTR?
Klik pautan “Lupa Kata Laluan” dan ikut arahan untuk menetapkan semula.
Bolehkah buat rayuan jika permohonan ditolak?
Boleh. Rayuan dibuka selepas senarai kelulusan diumumkan.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1800 88 2747
- Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- E-mel STR :[email protected]