STR HASIL GOV MY 2025 : FASA 3 SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA
Penerima hasil pada tahun lepas dibawah Bantuan Tunai Rahmah (BTR) layak secara automatik mendapat Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun 2025 yang diyakini mampu menaikkan lagi kesejahteraan dikalangan rakyat dan juga membantu dari segi kewangan untuk golongan B40.
Bagaimanakah Cara Check Sumbangan Tunai Rahmah? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.
BACA JUGA : JADUAL SUMBANGAN TUNAI RAHMAH : FASA 3 2025 SEMAKAN STATUS
STR HASIL GOV MY 2025
Sumbangan Tunai Rahmah atau lebih dikenali sebagai STR adalah program bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat, terutama golongan B40 dan M40. Inisiatif ini menjadi bukti komitmen kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat dan mengurangkan tekanan ekonomi yang dihadapi oleh isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana.
SYARAT KELAYAKAN STR 2025
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan Tunai Hasil bagi tahun 2025 :
- Kategori Isi Rumah :
- Berkahwin (ada atau tiada anak); atau
- Ibu / bapa tunggal (ada anak yang menepati syarat);
- Tiada had umur;
- Pendapatan isi rumah bawah RM5,000 sebulan.
- Kategori Warga Emas :
- Bujang / Balu / Duda / Janda (tiada anak yang menepati syarat);
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan Warga Emas bawah RM5,000 sebulan.
- Kategori Bujang :
- Belum berkahwin / Balu / Duda / Janda (tiada anak);
- Had umur 21 hingga 59 tahun atau Bujang OKU berumur 19 tahun ke atas;
- Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS;
- Pendapatan Bujang bawah RM2,500 sebulan.
SEMAKAN STATUS STR 2025
Kelayakan penerima Bantuan Tunai Hasil Fasa ke-3 perlu disemak melalui laman sesawang yang rasmi seperti berikut :
- Layari laman sesawang Bantuan Tunai Hasil di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my.
- Anda akan dipaparkan ke halaman utama laman sesawang tersebut.
- Tekan butang [TUTUP] bagi info ‘Makluman Terkini’ yang dipaparkan.
- Seterusnya, masukkannombor kad pengenalanpemohon mengikut format yang betul tanpa sengkang (-) contoh : 890230113456.
- Tekan pula pada butang [Log Masuk] di bawah.
- Pengesahan nombor kad pengenalan pemohon akan dipaparkan, tekan butang [Semak].
- Kemudian, ‘Frasa Keselamatan Pemohon‘ akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, tekan butang [Ya].
- Masukkan ‘Kata Laluan‘ yang betul mengikut yang didaftarkan semasa permohonan.
- Sekali lagi tekan pada butang [Log Masuk] di bawah.
- ‘Profil Pemohon‘ akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah dan tekan bahagian [Maklumat Bayaran].
- Maklumat kelayakan serta bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
KAEDAH BAYARAN STR HASIL GOV MY
Kaedah sumbangan yang disalurkan adalah seperti berikut :
- PENERIMA YANG ADA AKAUN BANK
- Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan.
- PENERIMA YANG TIADA AKAUN BANK
- Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Tunai Hasil, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan Tunai HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]