SYARAT GURU COS : CARA MOHON SECARA ONLINE PENGAMBILAN BARU 2026
Pengambilan baharu Guru COS merupakan satu inisiatif penting dalam usaha memperkukuh sistem pendidikan negara dengan menyediakan peluang kepada individu yang berkelayakan, berpotensi dan berjiwa pendidik untuk menyertai profesion keguruan, sejajar dengan keperluan semasa pendidikan abad ke-2. Ia juga bertujuan menyokong pelaksanaan dasar kerajaan yang memperkenalkan kemasukan kanak-kanak berumur enam tahun ke tahun satu secara sukarela bermula tahun 2027.
Apakah Syarat Mohon guru COS? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.
BACA JUGA : PERMOHONAN GURU COS 2026 : PANDUAN LENGKAP CARA DAFTAR SECARA ONLINE
SYARAT LAYAK MOHON GURU COS
Bagi calon yang berminat menyertai pengambilan ini, terdapat beberapa syarat umum dan akademik perlu dipenuhi. Antaranya seperti berikut:
- Syarat-Syarat Umum :
- Warganegara Malaysia
- Sihat tubuh badan
- Aktif kokurikulum pada peringkat universiti
- Umur tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup permohonan dan;
- Memiliki BMI semasa tidak melebihi 32.5.
- Syarat-Syarat Akademik :
- Memiliki ijazah sarjana muda dari mana-mana universiti awam atau swasta atau luar negara yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
- Pencapaian PNGK sekurang-kurangnya 2.50
- Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan setaraf yang diiktiraf kerajaan.
CARA APPLY GURU COS 2026
Proses permohonan boleh dilakukan secara dalam talian (online) melalui portal mySPP. Berikut adalah langkah-langkah permohonan:
- Layari laman web rasmi mySPP di pautan: https://myspp.spp.gov.my
- Klik Daftar Akaun Baharu dan lengkapkan maklumat yang diperlukan.
- Pastikan semua medan bertanda * diisi dengan lengkap.
- Klik Daftar dan semakan pengesahan akan dihantar ke e-mel yang didaftarkan.
- Log masuk ke portal menggunakan MyID dan kata laluan yang didaftarkan untuk menghantar permohonan.
TARIKH PERMOHONAN COS 2026
Berikut ialah proses pengambilan dan tarkh-tarikh penting yang perlu diberi perhatian:
- Hebahan Panggilan Guru : 23 Februari 2026
- Permohonan Dibuka : 2-20 Mac 2026
- Proses Saringan Temu Duga : 27 April – 14 Mei 2026
JUMLAH KADAR GAJI GURU COS 2026
Guru baharu yang dilantik secara CoS akan menikmati gaji permulaan sebanyak RM2,360 sebulan. Pengambilan ini tidak terbuka kepada semua.
KATEGORI TIDAK LAYAK MOHON GURU COS 2026
Antara kategori yang tidak layak memohon termasuk:
- Graduan pendidikan termasuk mereka yang sedang mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPLI) atau DPP.
- Guru lantikan kontrak interim dan guru kontrak lantikan SPP.
- Calon yang pernah ditamatkan perkhidmatan atau dibuang kerja dari perkhidmatan awam.
- Individu yang sedang atau pernah menjadi bankrap dan belum dilepaskan.
SOALAN LAZIM (FAQ)
- Apakah gred jawatan yang ditawarkan?
- DG9 secaraContract of Service.
- Apakah yang dimaksudkan dengan guru baharu lantikan contract of service?
- Graduan selain ijazah pendidikan yang dilantik secara kontrak dan akan mengikuti program pengajian perguruan di Institut Pendidikan Guru (IPG).
- Apakah nama program pengajian yang perlu diikuti?
- Diploma Pascasiswazah Pendidikan Sekolah Rendah.
- Apakah pautan untuk permohonan Diploma Pascasiswazah Pendidikan Sekolah Rendah?
- Layari laman sesawang : https://mypdpp.moe.gov.my
- Pautan boleh diakses bermula 2 Mac 2026.
- Bilakah tarikh permohonan dalam talian dibuka?
- 2 hingga 20 Mac 2026.
RUJUKAN
Untuk mengetahui maklumat lanjut dan info terkini mengenai pengambilan guru 2026, sila rujuk:
- Portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
- Portal rasmi MySPP