TARIKH BAYAR SARA 2026 : BILA MULA BAYARAN BANTUAN MYKASIH MASUK KE DALAM MYKAD PENERIMA YANG LULUS – SEMAK SEKARANG
SARA 2026 bukan sekadar bantuan biasa. Ramai rakyat Malaysia masih keliru, ada yang terlepas maklumat penting, dan ada juga yang tidak sedar mereka sebenarnya layak menerima sokongan bulanan yang boleh meringankan kos dapur sepanjang tahun. Dalam keadaan harga barang yang tidak menentu, setiap ringgit yang disalurkan secara tepat amat bermakna.
Bilakah Tarikh Bayar SARA 2026? Ikuti info lanjut disini.
BACA JUGA : SEMAKAN EKASIH 2026 : CHECK STATUS KELULUSAN UNTUK DAPAT BAYARAN SARA RM200 SETIAP BULAN
APA ITU SARA 2026 DAN PERBEZAANNYA
Sumbangan Asas Rahmah 2026 merupakan inisiatif sokongan kos sara hidup yang disalurkan dalam bentuk kredit barangan keperluan, bukan wang tunai. Kredit ini dimasukkan terus ke dalam MyKad penerima dan hanya boleh digunakan untuk membeli barangan yang diluluskan di kedai rakan niaga MyKasih.
Antara ciri utama SARA 2026:
- Agihan bulanan selama 12 bulan (Januari–Disember 2026)
- Transaksi tanpa tunai menggunakan MyKad
- Digunakan di lebih 4,100 kedai berdaftar di seluruh negara
- Melibatkan sehingga 90,000 jenis barangan daripada 14 kategori asas
KATEGORI LAYAK BAYAR SARA 2026
Bantuan ini ditawarkan kepada individu yang termasuk dalam kategori berikut:
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR): Mereka yang menerima STR 2026 akan mendapat bantuan tambahan sebanyak RM100 setiap bulan.
- Golongan Miskin Tegar (eKasih): Penerima yang tersenarai dalam pangkalan data eKasih akan mendapat tambahan bantuan RM200 sebulan.
- Individu Bujang: Bujang yang tidak lagi menerima STR tetapi akan menerima RM50 setiap bulan.
- Isi Rumah Berpendapatan Bawah RM2,500: Isi rumah dengan lima anak atau lebih boleh menerima bantuan SARA yang keseluruhan boleh mencecah RM4,600 setahun apabila digabungkan dengan STR.
TARIKH BAYAR SARA 2026
Kerajaan akan melaksanakan bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara ansur berperingkat mengikut seperti berikut :
| JENIS PENERIMAAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Bayaran Setiap bulan | Januari hingga Disember 2026 |
| Bayaran SARA One off | Pertengahan Bulan Februari 2026 |
SYARAT LAYAK SARA 2026
Syarat Kelayakan SARA 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026– Berstatus eKasih; dan
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026– Bukan eKasih;dan
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
LINK SEMAK STATUS SARA 2026 2026
Sila layari pautan (link) Portal Rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah dan ikuti panduan lengkap cara semak status kelayakan :
- Sila layari portal rasmi di :https://www.sara.gov.my/
- Paparan halaman utama Portal Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
- Terus klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Isikan ruangan yang disediakan dengan nombor Kad Pengenalan (IC).
- *Pastikan tanpa jarak dan tanpa sengkang (-).
- Tunggu pengesahan : Success!.
- Kemudian, klik butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) TARIKH BAYAR SARA 2026
- Adakah perlu bayar lebih jika pembelian melebihi baki SARA?
- Ya, lebihan pembelian perlu dibayar pengguna secara tunai atau kaedah lain.
- Adakah baki SARA boleh dibawa ke bulan berikutnya?
- Ya, baki yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya tetapi akan luput selepas tempoh program tamat.
- Di mana saya boleh guna SARA?
- SARA boleh digunakan di kedai runcit, pasar raya, dan stesen minyak berdaftar yang menerima program ini
- Berapakah amaun SARA yang diterima?
- Penerima layak menerima antara RM600 hingga RM1,200 setahun bergantung kategori seperti isi rumah, warga emas tanpa pasangan, ataupun individu bujang.
- Bagaimana cara semak kelayakan SARA?
- Semakan boleh dibuat melalui surat pemakluman, SMS blast dari MyKasih, serta portal rasmi MyKasih di https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus dengan memasukkan nombor MyKad.
RUJUKAN
Dalam artikel ini kami menulis maklumat daripada info yang sahih iaitu melalui Portal rasmi MyKasih SARA untuk memudahkan penerima mengetahui maklumat bayaran untuk tahun 2026. Sekiranya anda mempunyai masalah dan pertanyaan lebih lanjut, sila rujuk di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]