TARIKH TAMAT GUNA DUIT SARA MYKASIH 2025 : CEK SEGERA BILA HABIS TEMPOH UNTUK KEGUNAAN

TARIKH TAMAT GUNA DUIT SARA MYKASIH 2025 : CEK SEGERA BILA HABIS TEMPOH UNTUK KEGUNAAN

Bagi penerima yang berstatus ‘LAYAK’ bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Tahun 2025 boleh menyemak status terakhir bantuan pada bulan Disember (12) supaya tidak terkecuali atau terlepas pandang untuk menerima bantuan secara terus ke akaun penerima yang layak.

Bilakah Tarikh Tamat Guna Duit SARA MYKASIH 2025? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.

BACA JUGA : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI RM200 SETIAP BULAN 2026 : SEMAK STATUS SEGERA

SEMAK TARIKH TAMAT GUNA DUIT SARA MYKASIH 2025

Status Bayaran terakhir dan Baki Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025, boleh disemak secara online seperti berikut:

PORTAL RASMI BANTUAN :

PORTAL RASMIPAUTAN
Sumbangan Asas Rahmah
(SARA)
https://sara.gov.my/
  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
    • Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  11. ⁠Selesai.

TARIKH TAMAT GUNA DUIT SARA MYKASIH 2025

Untuk maklumat tarikh terakhir penebusan SARA adalah seperti berikut :

JENIS BANTUANTARIKH TAMAT
Sumbangan Asas Rahmah (SARA)31 Disember 2025 (RABU)

SYARAT LAYAK GUNA DUIT SARA MYKASIH 2025

Kelayakan penerima SARA 2025 adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)– Berstatus eKasih;
    • Tersenarai sebagai Penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam rekod Sistem eKasih;
  • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025– Bukan eKasih;
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

BARANG BOLEH DIBELI GUNA DUIT SARA MYKASIH 2025

Pengkreditan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui Mykad membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas seperti :

  • Produk Kebersihan: Colgate / Kotex / Detol
  • Ubat-ubatan: Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
  • Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata / Staedtler / Canggih
  • Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
  • Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
  • Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
  • Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
  • Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
  • Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
  • Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
  • Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
  • Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / TC Boy / King Cup
  • Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
  • Produk Kebersihan Rumah: Sabun Pencuci / Pencuci Lantai / Pencuci Pinggan.
TARIKH TAMAT GUNA DUIT SARA MYKASIH 2025

CARA TEBUS DUIT SARA MYKASIH 2025

Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:

  1. Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  6. Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
  7. Selesai.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

SOALAN LAZIM (FAQ) SARA MYKASIH 2025

Bagaimana semak status bayaran MyKasih?

Status bayaran bulan Disember boleh disemak secara online di Portal SARA.

Berapakah kadar bayaran MyKasih bagi bulan Disember 2025?

Kadar pembayaran adalah tertakluk pada kelayakan penerima dimana kadar yang diberikan adalah sehingga RM200.

Apakah kedai yang boleh tebus MyKasih?

Lebih 7,300 premis runcit terpilih seluruh Malaysia yang berdaftar, termasuk pasar raya besar seperti Mydin.

Bagaimana jika baki bantuan tidak digunakan sebelum tarikh luput?

Baki yang tidak dibelanjakan akan luput secara automatik dan tidak boleh dituntut semula.

Adakah boleh guna MyKasih selain barang berdaftar?

Tidak boleh. Kredit bantuan hanya boleh digunakan untuk membeli 14 kategori barangan keperluan asas yang diluluskan di kedai terpilih.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment