BANTUAN 100 ONE OFF : (ONE OFF) SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Demi merakam penghargaan untuk rakyat Malaysia, Kerajaan MADANI memperuntukan sebanyak RM2 billion untuk disalurkan kepada 22 juta rakyat dengan kadar sebanyak RM100 setiap seorang penerima yang dapat digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas.
Bagaimanakah semakan bantuan 100 one off? Ikuti panduan dan info lanjut disini sehingga akhir artikel dibawah.
BACA JUGA : BANTUAN SARA RM100 : (ONE OFF 2025) SEMAKAN ONLINE
APA ITU BANTUAN 100 ONE OFF
Antara pengumuman yang dinanti-nantikan adalah bantuan one‑off di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 untuk semua rakyat dewasa Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Ini merupakan kali pertamabantuantunai disalurkan kepada setiap warganegara dewasa berusia 18 tahun secara menyeluruh melalui MyKad.
Secara kolektif, sesebuah isi rumah berpeluang menerima jumlah kredit SARA yang lebih tinggi. Contohnya, sebuah keluarga yang terdiri daripada sepasang suami isteri dan 2 orang anak berumur 18 tahun ke atas akan menerima jumlah keseluruhannya RM400.
TARIKH MASUK DUIT BANTUAN 100 2025
Sempena Hari Kebangsaan (Merdeka), Kerajaan akan memasukkan duit Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada tarikh berikut :
- Bermula 31 Ogos 2025 (Ahad).
*Sah digunakan sehingga 31 Disember 2025 sahaja.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RM100 2025
Hanya yang memenuhi kelayakan berikut akan menerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 :
- Warganegara Malaysia;
- Had umur 18 tahun dan ke atas;
- Tiada had pendapatan.
SEMAKAN STATUS BANTUAN 100 2025 ONE OFF
Untuk mengetahui status kelayakan dan status bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), ikuti panduan semakan berikut :
- Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda melalui :
- Google Play (Bagi pengguna Android); atau
- App Store (Bagi pengguna iOS).
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Nombor OTP (One Time Password) akan dihantar mengikut nombor yang didaftarkan.
- Masukkan Nombor OTP yang betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Next].
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Status Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.