SEMAKAN MYKASIH RM100 : STATUS KELAYAKAN & BAYARAN

SEMAKAN MYKASIH RM100 : STATUS KELAYAKAN & BAYARAN

Di bawah inisiatif Payung Rahmah, Kerajaan Madani meneruskan pemberian Bantuan Bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup terutamanya untuk perbelanjaan barang keperluan asas setiap bulan.

Bagaimanakah semakan Mykasih RM100 2026? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.

BACA JUGA : SEMAKAN E BANTUAN JKM 2026 – SENARAI & STATUS KELAYAKAN PENERIMA

AMAUN PENERIMA BANTUAN MYKASIH RM100

Berdasarkan rekod setakat ini, penerima yang layak menerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bayaran bulanan adalah seramai 8.1 juta penerima yang merangkumi kategori berikut :

  • Isi Rumah (berpasangan / tunggal ada anak) : 3.7 juta penerima
  • Warga Emas (tiada pasangan) : 1.3 juta penerima
  • Bujang (belum berkahwin / balu / bercerai tiada anak) : 3.1 juta penerima

CIRI MYKASIH 2026

Antara ciri utama SARA 2026:

  • Agihan bulanan selama 12 bulan (Januari–Disember 2026)
  • Transaksi tanpa tunai menggunakan MyKad
  • Digunakan di lebih 4,100 kedai berdaftar di seluruh negara
  • Melibatkan sehingga 90,000 jenis barangan daripada 14 kategori asas

CARA SEMAKAN MYKASIH RM100

Berikut disediakan panduan untuk penerima melakukan semakan kelayakan untuk bantuan ini secara dalam talian sahaja:

Cara semakan status kelayakan di Portal MYKASIH :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
  4. Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula
    • Tarikh Program Berakhir
    • Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. Selesai.

Cara semakan status kelayakan di Portal MySTR :

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
  4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  7. Selesai.

BARANG MYKASIH RM100

Berikut merupakan cara-cara untuk ketahui barangan yang dibolehkan untuk dibeli menggunakan bantuan SARA ini:

  • Layari portal rasmi https://mykasih.my/senarai-barang-mykasih/.
  • Skrol ke bahagian “Senarai Barangan Keperluan”.
  • Klik pada butang “Muat Turun Senarai”.
  • Lihat kategori seperti makanan, bayi, dan kebersihan.
  • Pastikan barang dibeli termasuk dalam senarai sah.
  • Jika ragu, semak dengan juruwang rakan niaga MyKasih.
  • Elak membeli barangan bukan asas seperti rokok atau gajet.
  • Gunakan senarai ini sebagai panduan pembelian bulanan.
  • Catatkan barang dibeli untuk semakan perbelanjaan keluarga.
  • Gunakan bantuan dengan bijak untuk manfaat maksimum.

RUJUKAN

Dalam artikel ini kami menulis maklumat daripada info yang sahih iaitu melalui Portal rasmi MyKasih SARA untuk memudahkan penerima mengetahui maklumat bayaran untuk tahun 2026. Sekiranya anda mempunyai masalah dan pertanyaan lebih lanjut, sila rujuk di bawah :

  • Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
  • Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
  • Alamat E-mel : [email protected]


Leave a Comment