CHECK KELAYAKAN PENERIMA EKASIH – LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN SARA

CHECK KELAYAKAN PENERIMA EKASIH – LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN SARA

Rakyat dewasa Malaysia khususnya Ketua Isi Rumah dan Ahli Isi Rumah yang mendaftar dan tersenarai dalam rekod data E-Kasih setakat ini adalah seramai hampir 700,000 ribu yang layak menerima bayaran Bantuan SARA dengan jumlah yang tertinggi sehingga RM2,400 setahun.

Bagaimanakah check kelayakan penerima E-Kasih? Ikuti panduan dan baca info lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK KELAYAKAN MYKASIH PENERIMA BAYARAN SETIAP BULAN DALAM IC

PENGENALAN SARA EKASIH

E-Kasih merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang menyimpan data rakyat Malaysia khusus Ketua isi rumah dan ahli isi rumah yang berpendapatan dibawah garis kemiskinan semasa yang berkelayakan untuk menerima pelbagai bentuk bantuan kewangan.

Bantuan SARA pula merupakan sebuah bantuan kewangan (Sumbangan Asas Rahmah) yang disalurkan setiap bulan kepada penerima yang berkelayakan secara terus kedalam Kad Pengenalan penerima untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup masa kini.

JUMLAH BAYARAN SARA EKASIH

Kadar bayaran SARA terhadap penerima yang mendaftar E-Kasih adalah berbeza dengan penerima yang tidak mendaftar E-Kasih seperti berikut :

JUMLAH BAYARAN
(PENERIMA DAFTAR EKASIH)
JUMLAH BAYARAN
(PENERIMA BUKAN EKASIH)
Isi Rumah :
RM200 sebulan
hingga
RM2,400 setahun
Isi Rumah :
RM100 sebulan
hingga
RM1,200 setahun
Warga Emas :
RM150 sebulan
hingga
RM1,800 setahun
Warga Emas :
RM50 sebulan
hingga
RM600 setahun
Bujang :
RM100 sebulan
hingga
RM1,200 setahun
Bujang :
RM50 sebulan
hingga
RM600 setahun

TARIKH BAYARAN SARA EKASIH

Walau bagaimanapun, tarikh bayaran Bantuan SARA kepada penerima yang daftar E-Kasih dan penerima bukan E-Kasih adalah sama seperti berikut :

BIL.TARIKH BAYARAN SARA
1.9 & 16 Januari 2026
2.1 Februari 2026
3.1 Mac 2026
4.1 April 2026
5.1 Mei 2026
6.1 Jun 2026
7.1 Julai 2026
8.1 Ogos 2026
9.1 September 2026
10.1 Oktober 2026
11.1 November 2026
12.1 Disember 2026

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA EKASIH

Kelayakan penerima yang mendaftar E-Kasih adalah disahkan berdasarkan syarat-syarat yang dinyatakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Ketua Isi Rumah / Ahli Isi Rumah;
  • Pendapatan Bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa.

*Catatan : Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan bagi sesuatu isi rumah yang berdaftar dalam Sistem E-Kasih.

CHECK KELAYAKAN PENERIMA EKASIH

Hanya yang pernah pendaftar E-Kasih boleh check kelayakan untuk tahu sama ada layak dan tersenarai atau tidak dalam rekod data E-Kasih. Ikuti cara check kelayakan berikut :

  1. Pergi ke Portal Rasmi E-Kasih – https://ekasih2.icu.gov.my/.
  2. Portal Rasmi E-Kasih akan dipaparkan.
  3. Scroll ke bahagian bawah.
  4. Masukkan Nombor MyKad anda.
  5. Klik pada [ ] I’m not a robot.
  6. Klik pula pada butang [Klik Untuk Carian].
  7. Status pendaftaran E-Kasih akan dipaparkan.
  8. Selesai.

Untuk ketahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA pula, anda boleh check kelayakan di Portal Rasmi SARA seperti berikut :

  1. Pergi ke Portal Rasmi SARA – https://sara.gov.my/.
  2. Portal Rasmi SARA akan dipaparkan.
  3. Terus ke bahagian [Semak Kelayakan].
  4. Masukkan Nombor MyKad anda.
  5. Klik pada [ ] Verify you are human.
  6. Klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan penerima SARA akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA & E-Kasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.

Leave a Comment