KADAR BAYARAN SARA BULANAN 2026 : DALAM MYKAD SETIAP KATEGORI
Setiap kategori akan terima bayaran Bantuan SARA Bulanan dalam MyKad dengan kadar yang berlainan ditetapkan oleh Kerajaan supaya setiap penerima menerima bantuan selayaknya.
Bagaimanakah semak kadar bayaran SARA Bulanan setiap kategori? Rujuk maklumat lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK KELAYAKAN EKASIH – PENERIMA BAYARAN SARA 2026
KADAR BAYARAN SARA BULANAN 2026
Kadar bayaran Bantuan SARA Bulanan untuk setiap kategori (isi rumah, warga emas dan bujang) ditetapkan sebanyak berikut :
- 👰🤵 Kategori Isi Rumah :
| KELAYAKAN PENERIMA | KADAR BAYARAN |
|---|---|
| Miskin Tegar | RM200 sebulan hingga RM2,400 setahun |
| Bukan Miskin | RM100 sebulan hingga RM1,200 setahun |
- 🧑🦳 Kategori Warga Emas :
| KELAYAKAN PENERIMA | KADAR BAYARAN |
|---|---|
| Miskin Tegar | RM150 sebulan hingga RM1,800 setahun |
| Bukan Miskin | RM50 sebulan hingga RM600 setahun |
- 🧑🦱 Kategori Bujang :
| KELAYAKAN PENERIMA | KADAR BAYARAN |
|---|---|
| Miskin Tegar | RM100 sebulan hingga RM1,200 setahun |
| Bukan Miskin | RM50 sebulan hingga RM600 setahun |
TARIKH BAYARAN SARA BULANAN 2026
Bagaimanapun, semua kategori akan terima bayaran Bantuan SARA Bulanan dalam MyKad masing-masing pada tarikh yang sama seperti berikut :
- 🗓️ 9 – 16 Januari 2026.
- 🗓️ 1 Februari 2026.
- 🗓️ 1 Mac 2026.
- 🗓️ 1 April 2026.
- 🗓️ 1 Mei 2026.
- 🗓️ 1 Jun 2026.
- 🗓️ 1 Julai 2026.
- 🗓️ 1 Ogos 2026.
- 🗓️ 1 September 2026.
- 🗓️ 1 Oktober 2026.
- 🗓️ 1 November 2026.
- 🗓️ 1 Disember 2026.
BILANGAN PENERIMA SARA BULANAN 2026
Setakat ini, penerima yang layak menerima Bantuan SARA Bulanan dalam MyKad adalah seramai 8.1 juta penerima yang merangkumi kategori berikut :
| KATEGORI PENERIMA | BILANGAN YANG LAYAK |
|---|---|
| 🤵👰 Isi Rumah | 3.7 juta penerima |
| 🧑🦳 Warga Emas | 1.3 juta penerima |
| 🧑🦱 Bujang | 3.1 juta penerima |
SEMAK KELAYAKAN PENERIMA SARA BULANAN 2026
Anda belum ketahui status kelayakan anda sebagai penerima Bantuan SARA Bulanan? Ikuti cara semakan status kelayakan di Laman Web Rasmi SARA seperti berikut :
- Pergi ke Laman Web Rasmi SARA – https://sara.gov.my/.
- Pada Laman Web Rasmi SARA, klik [Semak Kelayakan].
- Masukkan Nombor MyKad* anda.
- *Tanpa tanda sengkang ‘-‘ dan tanpa <jarak>.
- Contoh : 600530112345.
- *Tanpa tanda sengkang ‘-‘ dan tanpa <jarak>.
- Tandakan pada [Verify you are human].
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima SARA Bulanan akan dipaparkan seperti berikut :
| Nama Program | SARA Bulanan 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki (RM) | 300.00 |
RUJUKAN LANJUT
Informasi dalam artikel ini adalah dirujuk daripada Laman Web Rasmi SARA dan dikongsikan untuk mudahkan carian awam. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berikut :
- Talian Rasmi SARA : 03-7720 1800
- E-mel Rasmi SARA : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.