BANTUAN EWALLET RM300 SETIAP BULAN – SEMAK SYARAT & CARA MOHON

BANTUAN EWALLET RM300 SETIAP BULAN – SEMAK SYARAT & CARA MOHON

Permohonan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) melalui e-Wallet kini dibuka. Program ini bertujuan meringankan beban kewangan golongan yang memerlukan dengan memberikan bantuan kewangan RM300 sebulan untuk membeli keperluan asas dan barangan pendidikan.

Bagaimanakah Cara semak bantuan ewallet rm300 setiap bulan? Ikuti info lanjut disini.

BACA JUGA : BANTUAN PEMBELIAN BARANG DAPUR RM200 SEBULAN UNTUK GOLONGAN B40 MALAYSIA

SYARAT LAYAK BANTUAN EWALLET RM300 SETIAP BULAN

Syarat Kelayakan Bantuan BINGKAS 2026, terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Pemilih berdaftar di Selangor;
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
  • Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000.00 dan ke bawah;
  • Keluarga yang mempunyai anak/tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah.

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN EWALLET SETIAP BULAN

Permohonan untuk mendapatkan bantuan BINGKAS Selangor dibuka dari 1 November 2025 (Sabtu) hingga 30 November 2025 (Ahad). Penerima yang layak boleh mengemukakan permohonan melalui laman web rasmi atau aplikasi SELANGKAH.

CARA SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN EWALLET RM300

Semakan Status Kelayakan BINGKAS boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut :

  • Portal Rasmi BINGKAS; atau
  • Aplikasi Selangkah.

Panduan lengkap semakan status kelayakan di Portal Rasmi BINGKAS :

  1. Layari Portal Rasmi BINGKAS 2026 : https://bingkasselangor.com/
  2. Laman utama BINGKAS akan dipaparkan.
  3. Tekan Butang [Semak Status Permohonan].
  4. Anda akan dibawa kepada laman Semakan Status Permohonan.
  5. Masukkan [Nombor Telefon] dan [Kata Laluan] yang telah didaftarkan.
  6. Kemudian, tekan klik [Log Masuk].
  7. Setelah berjaya log masuk, maklumat akan dipaparkan sama ada anda layak atau tidak BINGKAS 2026.
  8. Selesai.

CARA CLAIM BANTUAN EWALLET RM300

Penerima boleh menggunakan Bantuan BINGKAS untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai berdaftar dengan cara seperti berikut:

  1. Kunjungi Kedai Berdaftar di bawah Program BINGKAS yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan Asas yang ingin dibeli.
  3. Tunjuk ID anda di Aplikasi Selangkah kepada juruwang untuk pengesahan.
  4. Juruwang akan membuat semakan barangan yang dibeli.
  5. Tekan butang bayar, dan masukkan pin 6 digit untuk pengesahan pembayaran.
  6. Tunjukkan Kod QR dalam Aplikasi Selangkah kepada juruwang untuk diimbas bagi tujuan pembayaran.
  7. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) BINGKAS

Berikut adalah soalan yang diajukan tentang Bingkas 2026 :

Apa itu BINGKAS Selangor?

BINGKAS adalah bantuan kewangan bulanan dari Kerajaan Negeri Selangor yang diberikan kepada keluarga di Selangor untuk membeli keperluan asas dan pendidikan.

Adakah saya perlu memohon setiap tahun?

Setiap permohonan yang diluluskan adalah sah selama 2 tahun. Kemaskini akaun perlu dilakukan pada tahun berikutnya.

Bagaimana saya boleh mendaftar?

Anda boleh mendaftar secara online melalui aplikasi SELANGKAH atau laman web rasmi.

Apa dokumen yang diperlukan untuk memohon?

Dokumen yang diperlukan termasuk salinan MyKad, salinan sijil kelahiran anak, salinan slip gaji atau penyata pendapatan, dan bukti pemilih berdaftar di Selangor.

Bila bayaran BINGKAS akan diterima?

Pembayaran BINGKAS akan dilakukan secara bulanan, dan bantuan boleh digunakan sepanjang tahun.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment