BANTUAN SARA 31 OGOS 2025 – CARA TEBUS BANTUAN RM100 DALAM MYKAD
Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-68 pada 31 Ogos 2025, kerajaan telah mengumumkan bantuan khas Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 secara one-off. Bantuan ini akan dimasukkan terus ke dalam MyKad penerima melalui kerjasama dengan Yayasan MyKasih. Perlu diingat, bantuan ini hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan di kedai dan pasar raya yang telah berdaftar.
Artikel ini menyediakan panduan lengkap tentang cara menebus SARA one-off RM100, syarat kelayakan, dan senarai kedai yang mengambil bahagian.
Baca Juga : Bantuan Kanak-Kanak (BKK) JKM 2025
Syarat Kelayakan SARA One Off
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang perlu dipenuhi :
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 18 tahun ke atas pada atau sebelum 31 Ogos 2025 (bermakna, anda mestilah lahir pada atau sebelum 31 Ogos 2007).
- Mempunyai MyKad yang sah dan masih aktif.
- Tidak perlu membuat permohonan, anda akan menerima bantuan secara automatik.
Cara Menebus Bantuan RM100 Dalam MyKad
Berikut ialah langkah mudah untuk menebus bantuan ini :
- Bawa MyKad anda ke kedai atau pasar raya MyKasih yang telah berdaftar.
- Pilih barangan keperluan yang dibenarkan (seperti beras, minyak, telur, ayam, ikan dan lain-lain).
- Serahkan MyKad anda di kaunter pembayaran.
- Juruwang akan mengimbas MyKad anda dan jumlah pembelian akan ditolak daripada baki RM100.
- Resit akan menunjukkan baki yang tinggal.
- Pastikan anda menggunakan baki RM100 sepenuhnya sebelum 31 Disember 2025. Baki yang tidak digunakan tidak boleh dituntut semula dalam bentuk tunai.
Senarai Barangan Bantuan SARA 31 Ogos 2025
Antara barangan keperluan yang boleh dibeli dengan bantuan ini ialah :
- Beras
- Minyak masak
- Gula
- Tepung
- Telur
- Ayam & ikan segar
- Sayur-sayuran
- Susu bayi / formula
- Roti & bihun
- Lampin bayi
Kedai & Pasar Raya Yang Menerima Penebusan SARA
Terdapat lebih daripada 4,600 kedai dan pasar raya MyKasih di seluruh Malaysia yang menerima penebusan SARA one-off RM100, termasuk :
- Mydin
- Lotus’s
- Giant
- Econsave
- 99 Speedmart
- TF Value Mart
- Servay (Sabah)
- Everrise (Sarawak)
- Kedai runcit tempatan yang berdaftar
Untuk senarai penuh kedai dan pasaraya yang berdaftar anda boleh semak di portal rasmi MyKasih.
Tarikh Penting
- 31 Ogos 2025 : Kredit RM100 dimasukkan ke dalam MyKad.
- 1 September – 31 Disember 2025 : Tempoh untuk membuat penebusan di kedai yang berdaftar.
- Selepas 31 Disember 2025 : Baki RM100 tidak lagi boleh digunakan.
Soalan Lazim (FAQ)
Tidak. Ia hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan.
Anda boleh menyemaknya pada resit selepas membuat pembelian di kedai MyKasih.
Tidak. Hanya di kedai MyKasih yang berdaftar sahaja.
Baki akan luput secara automatik dan tidak boleh dituntut semula.
Bantuan SARA 31 Ogos 2025
Bantuan SARA one-off RM100 pada 31 Ogos 2025 adalah satu usaha kerajaan untuk meringankan beban golongan berpendapatan rendah sempena Hari Merdeka. Menerusi sistem MyKasih, penerima boleh membeli barangan keperluan harian dengan mudah dan selamat menggunakan MyKad di lebih 4,600 kedai di seluruh negara.
Jangan lupa untuk menyemak status anda di portal rasmi STR dan gunakan bantuan ini sebelum tarikh luput.
Rujukan & Maklumat Lanjut
Maklumat yang dinyatakan di atas adalah berdasarkan rujukan daripada Portal Rasmi SARA. Jika terdapat pertanyaan atau isu berkaitan Bantuan SARA, sila hubungi pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Hotline SARA : 03 – 7720 1800
- Emel : [email protected]