BANTUAN SARA BULANAN 2026 : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

BANTUAN SARA BULANAN 2026 : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Bermula 9 Januari 2026, Jumaat akan disalurkan bantuan SARA kepada semua penerima yang berkelayakan mengikut kategori yang diluluskan.Orang ramai dinasihatkan untuk membuat semakan kelayakan secara dalam talian untuk mengetahui sama ada wang bantuan sudah disalurkan ke dalam kad pengenalan masing-masing atau belum.

Bagaimanakah Cara Semakan SARA Bulanan 2026? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.

BACA JUGA : SEMAKAN KELAYAKAN EKASIH 2026 : SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN SARA RM200 SETIAP BULAN

SEMAK BANTUAN SARA BULANAN 2026

Penerima boleh menggunakan cara berikut untuk membuat semakan status kelayakan terkini:

Cara semakan status kelayakan di Portal MYKASIH :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
  4. Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula
    • Tarikh Program Berakhir
    • Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. Selesai.

Cara semakan status kelayakan di Portal MySTR :

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
  4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  7. Selesai.

TARIKH MULA AGIHAN SARA 2026

Tarikh rasmi penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 adalah pada 9 Januari 2026 seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini. Kebiasaannya penyaluran bantuan adalah pada 1 hari bulan setiap bulan. Penerima digalakkan untuk memastikan kad pengenalan masing-masing adalah aktif supaya tidak berlaku masalah semasa ingin melakukan pembelian.

KATEGORI LAYAK SARA BULANAN

Bantuan ini ditawarkan kepada individu yang termasuk dalam kategori berikut:

  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR): Mereka yang menerima STR 2026 akan mendapat bantuan tambahan sebanyak RM100 setiap bulan.
  • Golongan Miskin Tegar (eKasih): Penerima yang tersenarai dalam pangkalan data eKasih akan mendapat tambahan bantuan RM200 sebulan.
  • Individu Bujang: Bujang yang tidak lagi menerima STR tetapi akan menerima RM50 setiap bulan.
  • Isi Rumah Berpendapatan Bawah RM2,500: Isi rumah dengan lima anak atau lebih boleh menerima bantuan SARA yang keseluruhan boleh mencecah RM4,600 setahun apabila digabungkan dengan STR.

BARANGAN SARA BULANAN 2026

Berikut merupakan cara-cara untuk ketahui barangan yang dibolehkan untuk dibeli menggunakan bantuan SARA ini:

  1. Layari portal rasmi https://mykasih.my/senarai-barang-mykasih/.
  2. Skrol ke bahagian “Senarai Barangan Keperluan”.
  3. Klik pada butang “Muat Turun Senarai”.
  4. Lihat kategori seperti makanan, bayi, dan kebersihan.
  5. Pastikan barang dibeli termasuk dalam senarai sah.
  6. Jika ragu, semak dengan juruwang rakan niaga MyKasih.
  7. Elak membeli barangan bukan asas seperti rokok atau gajet.
  8. Gunakan senarai ini sebagai panduan pembelian bulanan.
  9. Catatkan barang dibeli untuk semakan perbelanjaan keluarga.
  10. Gunakan bantuan dengan bijak untuk manfaat maksimum.

RUJUKAN

Dalam artikel ini kami menulis maklumat daripada info yang sahih iaitu melalui Portal rasmi MyKasih SARA untuk memudahkan penerima mengetahui maklumat bayaran untuk tahun 2026. Sekiranya anda mempunyai masalah dan pertanyaan lebih lanjut, sila rujuk di bawah :

  • Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
  • Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
  • Alamat E-mel : [email protected]

Leave a Comment