SEMAKAN KELAYAKAN EKASIH 2026 : SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN SARA RM200 SETIAP BULAN

SEMAKAN KELAYAKAN EKASIH 2026 : SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN SARA RM200 SETIAP BULAN

Bantuan eKasih di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih merupakan inisiatif kerajaan yang diperkenalkan untuk membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat berpendapatan rendah khususnya golongan B40 yang tersenarai dalam sistem eKasih. Bantuan ini diberikan dalam bentuk bayaran bulanan secara tanpa tunai (cashless) yang boleh digunakan untuk membeli barangan asas di pasaraya terpilih menggunakan MyKad.

Bagaimanakah Semakan Kelayakan Ekasih 2026? Rujuk panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK STR FASA 1 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

PENGENALAN EKASIH 2026

eKasih bukanlah bantuan atau program, namun ianya merupakan sebuah pangkalan data yang mengandungi data isi rumah ‘Miskin dan Miskin Tegar’ yang benar-benar layak untuk terima pelbagai bentuk bantuan daripada kerajaan atau mana-mana agensi untuk program pembasmian kemiskinan.

Kerajaan menggunakan data eKasih untuk menyalurkan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara automatik dengan kadar yang maksimum supaya penerima eKasih dapat menampung kos sara hidup dan memenuhi keperluan asas setiap bulan.

KATEGORI KELAYAKAN EKASIH 2026

Setiap kategori berdaftar dengan eKasih akan terima kadar Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan kadar yang maksimum (tertinggi) berbanding yang tidak mendaftar eKasih seperti berikut :

  • KATEGORI ‘ISI RUMAH’ :
    • eKasih: RM200 setiap bulan hingga RM2,400 setahun.
    • Bukan eKasih : RM100 setiap bulan hingga RM1,200 setahun.
  • KATEGORI ‘WARGA EMAS’ :
    • eKasih: RM150 setiap bulan hingga RM1,800 setahun.
    • Bukan eKasih : RM50 setiap bulan hingga RM600 setahun.
  • KATEGORI ‘BUJANG’ :
    • eKasih: RM100 setiap bulan hingga RM1,200 setahun.
    • Bukan eKasih : RM50 setiap bulan hingga RM600 setahun.

SEMAKAN KELAYAKAN EKASIH 2026

Berikut merupakan syarat layak untuk daftar Bantuan eKasih :

  • Warganegara Malaysia.
  • Menetap di dalam Malaysia.
  • Ketua Isi Rumah (KIR) / Ahli Isi Rumah (AIR).
  • Pendapatan Bawah Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin semasa.

Catatan : Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan bagi sesuatu isi rumah yang berdaftar dalam Sistem eKasih.

CARA DAFTAR EKASIH 2026

Jika anda memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, anda boleh mendaftar Bantuan eKasih dengan mudah terus ke Sistem eKasih mengikut panduan yang kami sediakan seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan laman web rasmi di sini :https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.
  2. Pada halaman tersebut, layarkan skrin ke bawah dan klik butang [Pendaftaran eKasih].
  3. Butiran Proses Kerja Permohonan Untuk Didaftarkan Ke Sistem eKasih akan dipaparkan.
  4. Baca dengan teliti dan kenalpasti syarat kelayakan anda.
  5. Seterusnya, hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda.
  6. Pendaftaran boleh dibuat melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau
  7. Hubungi talian Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) :
    • PPN Perlis : 04-9731976
    • PPN Kedah : 04-7209236
    • PPN P.Pinang : 04-2185700
    • PPN Perak : 05-2497400
    • PPN Selangor : 03-55213600
    • PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
    • PPN N.Sembilan : 06-7659945
    • PPN Melaka : 06-3333333
    • PPN Johor : 07-2234777
    • PPN Pahang : 09-5178208
    • PPN Terengganu : 09-6272000
    • PPN Kelantan : 09-7455000
    • PPN Sarawak : 082-446582
    • PPN Sabah : 088-484800
  8. Selesai.

CARA SEMAK KELAYAKAN EKASIH 2026

Ikuti cara semak status kelayakan seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi eKasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
  2. Kemudian, klik pada eKasih [Semakan Pendaftaran].
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
  4. Masukkan kod kaptcha yang betul berdasarkan imej yang dipaparkan.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

TARIKH BAYARAN EKASIH 2026

Tarikh bayaran eKasih (Sumbangan Asas Rahmah – SARA) 2025 bermula sekitar Januari 2025 (RM100/bulan) dan meningkat kepada RM200/bulan mulai April 2025, disalurkan melalui kad MyKasih untuk pembelian barangan asas di pasar raya, dengan semakan dan maklumat lanjut boleh didapati di laman rasmi.

RUJUKAN

Apa yang kami kongsikan dalam artikel ini berkaitan Bantuan SARA kepada penerima yang daftar eKasih adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Untuk perincian yang lebih lanjut, pihak tuan / puan boleh buat rujukan di bawah :

Leave a Comment