BANTUAN SARA MYKASIH 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA

BANTUAN SARA MYKASIH 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA

Harapan pihak Kerajaan MADANI dalam memberi peruntukan sehingga RM13 billion untuk disalurkan dalam Program Bantuan MyKasih kepada rakyat yang kurang berkemampuan adalah supaya rakyat dapat menampung kos perbelanjaan barangan keperluan asas setiap bulan.

Bagaimanakah Cara semakan sara mykasih 2025? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.

BACA JUGA : SEMAK STATUS BANTUAN MYKASIH : 2025 ONLINE

APA ITU BANTUAN SARA MYKASIH 2025

Program MyKasih 2025 adalah langkah penting oleh kerajaan untuk membantu meringankan beban golongan berpendapatan rendah dan miskin bandar serta luar bandar. Dengan sistem semakan online yang mudah dan senarai barang yang jelas, penerima dapat menggunakan bantuan secara lebih efektif dan bertanggungjawab.

SEMAK SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA MYKASIH

Individu yang menepati syarat kelayakan sahaja boleh memohon Sumbangan Asas Rahmah (SARA) seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia;
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) –Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
  2. Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 –Bukan eKasih;
  3. Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

CARA SEMAK BANTUAN SARA MYKASIH

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

SEMAK DILAMAN PORTAL RASMI MYKASIH :

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih :https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, Klik [Semakan Status].
  5. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  6. Selesai.

SEMAK DILAMAN PORTAL RASMI MYSTR :

  1. Layari Portal Rasmi MySTR :https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
  4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  7. Selesai.

CHECK CARA GUNA SARA MYKASIH

Individu yang ‘Lulus’ dan ‘Penerima’ Sumbangan Asas Rahmah boleh dapatkan barangan keperluan asas seperti berikut:

  1. Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan 14 kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
  4. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  5. Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini :

Leave a Comment