SYARAT KEMASUKAN TVET MARA : SESI 2025 CARA PERMOHONAN DAN SEMAKAN
Program kemahiran dibawah anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah membuka permohonan baharu bagi sesi 2025 untuk meningkatkan lagi kemahiran anak muda selaras dengan Era ekonomi digital dan perindustrian yang berkembang pesat pada masa kini, oleh itu graduan TVET MARA bukan sahaja mendapat akses kepada peluang pekerjaan yang lebih luas, malah berpeluang menyumbang kepada inovasi dan kemajuan negara.
Bagaimanakah Syarat kemasukan TVET Mara? Ikuti Info lanjut sehingga akhir.
BACA JUGA : CHECK BAKI MYKASIH ONLINE : PANDUAN LENGKAP CARA SEMAKAN DUIT BANTUAN MYKAD
APAKAH KELEBIHAN KEMASUKAN TVET MARA
Antara sebab kenapa perlunya membuat permohonan adalah seperti berikut :
- Kebolehpasaran Tinggi
- Dengan kebolehpasaran graduan melebihi 90%, kami membekalkan anda dengan kemahiran yang dicari dalam dunia pekerjaan. Tidak perlu risau, masa depan anda di tangan yang betul.
- Latihan Praktikal Terbaik
- Dapatkan pengalaman sebenar melalui latihan hands-on yang mempersiapkan anda untuk cabaran industri. Belajar sambil beraksi.
- Kurikulum Terkini
- Program kami sentiasa dikemas kini untuk memastikan anda mempunyai kelebihan di pasaran. Belajar apa yang diperlukan sekarang dan bersiap untuk masa depan.
- Peluang Sambung Belajar
- Graduan kami berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, dalam dan luar negara, membuka lebih banyak peluang untuk karier yang lebih cerah.
- Tenaga Pengajar Berpengalaman
- Dapatkan bimbingan daripada pakar industri yang berpengalaman dan bersedia membantu anda mencapai matlamat.
SYARAT PERMOHONAN TVET 2025
Untuk memohon kemasukan ke Program TVET anjuran MARA, anda boleh semak kelayakan seperti dibawah:
| PROGRAM DITAWARKAN | PAUTAN SEMAKAN KELAYAKAN |
|---|---|
| Peringkat Sijil | IKM (Semak disini) http://www.tvetmara.edu.my/booklet/ikm |
| Peringkat Diploma | KKTM (Semak disini) http://www.tvetmara.edu.my/booklet/kktm MJII (Semak disini) http://www.tvetmara.edu.my/booklet/mjii |
CARA PERMOHONAN TVET 2025
Berikut merupakan langkah mudah bagi memohon TVET 2025 seperti berikut :
- Daftar Pengguna baru (jika sudah berdaftar boleh terus log masuk).
- Log masuk akaun dengan menekan tombol (LOG MASUK).
- Kemaskini profil pemohon seperti;
- Maklumat pemohon
- Maklumat Ibu bapa penjaga
- Maklumat tambahan
- Maklumat persekolahan
- Maklumat persijilan yang lain
- Perakuan
- Pilih pilihan kursus yang anda minati sesuai kelayakan pemohon.
- Hantar permohonan.
TARIKH PENTING KEMASUKAN TVET MARA
Program yang dibuat oleh Mara telah diberikan tarikh yang terperinci seperti berikut :
| PERKARA | TARIKH MULA | TARIKH AKHIR |
|---|---|---|
| Permohonan | 14/04/2025 | 15/06/2025 |
| Temuduga (Jika ada) | 02/06/2025 | 13/06/2025 |
| Tawaran institusi kepada calon | 11/06/2025 | 20/06/2025 |
| Calon setuju terima tawaran | 13/06/2025 | 22/06/2025 |
| Rayuan | 23/06/2025 | 16/07/2025 |
TEMPOH PENGAJIAN KEMAHIRAN TINGGI MARA
| PERINGKAT PENGAJIAN | TEMPOH |
|---|---|
| Peringkat Sijil | 24 Bulan (termasuk Latihan Industri) 36 Bulan (termasuk Latihan Industri) – Elektrik (Kuasa) sahaja |
| Peringkat Diploma | 24 – 36 Bulan (termasuk Latihan Industri) |
RUJUKAN
Jika terdapat sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai bertugas melalui :
- Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur
- +60 3 2613 4258
- +60 3 2691 4510
- [email protected]
Kalau guna sijil spm 2022 diterima ke tak
SayA NMA dh disnrai dlm GM dh sbulan tahap 2,,memandangkan sya adasdkit mslh fmly mmbuatsya terpksa mnghantar surat rasmi Berhenti soalan sya sekarang boleh kah sya buat pemohonan kemasukkan dalam bidang baru atau khusus yg lain