ADAKAH ANDA LAYAK TERIMA BAYARAN BANTUAN MYKASIH BULANAN 2025

ADAKAH ANDA LAYAK TERIMA BAYARAN BANTUAN MYKASIH BULANAN 2025

Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Program Bantuan MyKasih Bulanan 2025 sebagai salah satu inisiatif di bawah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk meringankan beban golongan berpendapatan rendah. Bantuan ini disalurkan dalam bentuk kredit yang dimuatkan terus ke dalam MyKad penerima yang layak, membolehkan mereka membeli barangan keperluan asas di kedai-kedai runcit yang mengambil bahagian.

Persoalan yang sering timbul dalam kalangan masyarakat adalah, Adakah saya layak untuk menerima bayaran MyKasih bulanan pada tahun 2025 ini?. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk memberikan penjelasan terperinci mengenai syarat-syarat kelayakan, kaedah untuk membuat semakan status, serta jadual pembayaran yang telah ditetapkan.

Baca Juga : Semakan Status Penghargaan SARA RM100

Apa Itu Bantuan MyKasih 2025?

Bantuan MyKasih Bulanan 2025 adalah satu bentuk bantuan kewangan yang diberikan melalui kredit e-dompet yang dimasukkan ke dalam MyKad penerima setiap bulan. Kredit ini khusus untuk pembelian barangan keperluan asas sahaja. Barangan yang boleh dibeli termasuklah beras, minyak masak, telur, susu, ubat-ubatan, serta kelengkapan sekolah untuk anak-anak.

Bermula tahun 2025, bantuan ini akan disalurkan kepada dua kategori penerima utama, iaitu :

  1. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
  2. Penerima yang namanya ada dalam pangkalan data eKasih (golongan miskin dan miskin tegar).

Apakah Syarat-Syarat Kelayakan Bantuan MyKasih 2025?

Untuk mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan ini, pastikan anda memenuhi kriteria-kriteria berikut :

  • Anda mestilah warganegara Malaysia.
  • Anda adalah penerima STR 2025 dalam kategori Isi Rumah, Bujang, atau Warga Emas Tanpa Pasangan.
  • Nama anda tersenarai dalam data eKasih sebagai golongan miskin atau miskin tegar.
  • Pendapatan isi rumah anda berada pada tahap rendah seperti yang telah ditetapkan oleh kerajaan (mengikut rujukan STR).

Sekiranya anda bukan penerima STR atau tidak tersenarai dalam eKasih, anda tidak layak untuk menerima bayaran bulanan ini. Walau bagaimanapun, anda masih berpeluang untuk menerima bantuan one-off sebanyak RM100 yang telah diumumkan oleh kerajaan untuk semua rakyat dewasa yang berumur 18 tahun ke atas.

Jadual Pembayaran Bantuan MyKasih 2025

Berikut adalah jadual pembayaran yang telah ditetapkan bagi tahun 2025 :

  • Penerima STR & eKasih
Kategori PenerimaJan – Mac 2025Apr – Dis 2025Jumlah Tahunan
Isi Rumah RM100/blnRM200/blnRM2,500
Warga Emas Tiada PasanganRM100/blnRM150/blnRM1,650
BujangRM50/blnRM50/blnRM600
  • Penerima STR sahaja
Kategori PenerimaJan – Mac 2025Apr – Dis 2025Jumlah Tahunan
Isi RumahRM100/blnRM900
Warga Emas Tiada PasanganRM50/blnRM450

Cara Semak Status Kelayakan Bantuan MyKasih

Anda boleh membuat semakan status kelayakan melalui saluran-saluran berikut :

  1. Semak di Portal MyKasih
    • Layari Portal Rasmi MyKasih di : https://www.mykasih.com.my/
    • Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
    • Masukkan 12 digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
    • Klik [Semak Status].
    • Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipaparkan : [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
    • Proses selesai.
  2. Semakan di Portal LHDNM
    • Layari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
    • Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
    • Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan butang [Log Masuk].
    • Masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
    • Klik [Semakan Status].
    • Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipaparkan : [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
    • Proses selesai.

Macam Mana Nak Guna Bantuan MyKasih di Kedai-Kedai Terpilih?

Berikut adalah langkah-langkah untuk menggunakan bantuan MyKasih anda :

  1. Pilih barangan keperluan asas yang mempunyai label SARA/MyKasih.
  2. Tunjukkan MyKad anda kepada juruwang.
  3. Masukkan PIN MyKad anda yang terdiri daripada 6 digit.
  4. Jumlah transaksi akan dipotong daripada kredit bantuan anda.
  5. Simpan resit pembayaran untuk semakan baki.

Soalan Lazim (FAQ) Bantuan MyKasih Bulanan 2025

Saya penerima STR tetapi tidak tersenarai dalam eKasih, adakah saya layak?

Ya, anda masih layak menerima bayaran bulanan, tetapi jumlahnya mungkin berbeza berbanding mereka yang menerima STR dan tersenarai dalam eKasih.

Bolehkah saya mengeluarkan tunai daripada bantuan MyKasih ini?

Tidak. Bantuan ini hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di kedai-kedai yang telah ditetapkan.

Apa yang perlu saya lakukan jika MyKad saya rosak?

Anda perlu menggantikan MyKad anda di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terlebih dahulu sebelum dapat menggunakan bantuan ini.

Adakah saya perlu membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan ini?

Tidak. Tiada permohonan baharu diperlukan. Kelayakan adalah berdasarkan kepada rekod STR dan eKasih yang sedia ada.

Bantuan MyKasih 2025

Secara kesimpulannya, sekiranya anda adalah penerima STR 2025 atau nama anda tersenarai dalam pangkalan data eKasih, anda berkemungkinan besar layak untuk menerima Bantuan MyKasih Bulanan 2025. Dengan membuat semakan mudah melalui portal rasmi yang disediakan, anda boleh memastikan status kelayakan anda dan seterusnya menggunakan bantuan ini dengan bijak di kedai-kedai yang mengambil bahagian.

Rujukan & Maklumat Lanjut

Maklumat yang dinyatakan di atas adalah berdasarkan rujukan daripada Portal Rasmi SARA. Jika terdapat pertanyaan atau isu berkaitan Bantuan SARA, sila hubungi pihak berwajib seperti di bawah :

Leave a Comment