BINGKAS SELANGOR BANTUAN RM300 – CARA MOHON, SYARAT KELAYAKAN & SEMAKAN STATUS

BINGKAS SELANGOR BANTUAN RM300 – CARA MOHON, SYARAT KELAYAKAN & SEMAKAN STATUS

Permohonan BINGKAS Selangor 2025 dibuka dari 1 November (Sabtu) hingga 30 November 2025 (Ahad). Keluarga yang memenuhi syarat boleh membuat permohonan bantuan RM300 setiap bulan untuk keperluan asas dan pendidikan. Daftar sekarang di https://bingkasselangor.com.

PERMOHONAN BANTUAN BINGKAS SELANGOR

Kerajaan Negeri Selangor meneruskan usaha membantu rakyat melalui program Bantuan BINGKAS RM300 bagi tahun 2025. Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) ini adalah sebahagian daripada Iltizam Selangor Penyayang untuk mengurangkan beban keluarga berpendapatan rendah dan sederhana.

Artikel ini akan membincangkan apa itu BINGKAS, syarat kelayakan, cara memohon, cara menyemak status permohonan, dan maklumat penting sebagai panduan untuk semua warga Selangor.

Baca Juga : Bantuan Sihat Selangor

APA ITU BANTUAN BINGKAS SELANGOR?

BINGKAS, singkatan untuk Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor, merupakan program bantuan kewangan oleh Kerajaan Negeri Selangor yang memberikan RM300 setiap bulan kepada keluarga berpendapatan rendah.

PROGRAM BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA SELANGOR

Bantuan ini bukan dalam bentuk tunai, sebaliknya dimasukkan ke dalam akaun eWallet SELangkah penerima, untuk memastikan ia digunakan bagi membeli :

  • Makanan dan keperluan dapur (beras, gula, minyak, sayur, ikan, daging)
  • Peralatan sekolah dan alat tulis
  • Ubat-ubatan dan keperluan kesihatan asas
  • Barangan penjagaan diri dan kebersihan

Penerima boleh menggunakan eWallet ini di kedai yang menjadi rakan niaga BINGKAS di seluruh Selangor. Program ini berjalan selama 24 bulan (2 tahun) bagi setiap penerima yang layak, dan akan disemak serta diperbaharui selepas tempoh tersebut.

OBJEKTIF PROGRAM BINGKAS SELANGOR BANTUAN RM300

BINGKAS diwujudkan untuk mencapai beberapa tujuan sosial penting di Selangor :

  • Mengurangkan beban kos sara hidup, terutama bagi keluarga B40 dan M40 berpendapatan rendah.
  • Memastikan keluarga dapat membeli barangan keperluan setiap bulan.
  • Menggalakkan ekonomi tempatan melalui perbelanjaan di kedai kecil dan sederhana.
  • Menjadikan pengurusan bantuan lebih telus dengan menggunakan platform digital SELangkah.

Kerajaan negeri berharap agar Selangor akan terus menjadi negeri maju dan penyayang di Malaysia.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BINGKAS SELANGOR

Untuk memohon Bantuan BINGKAS RM300 Selangor 2025, anda perlu memenuhi syarat berikut :

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Lahir di Selangor ATAU telah menetap di Selangor lebih daripada 10 tahun;
  • Pengundi berdaftar di Selangor;
  • Pendapatan isi rumah RM5,000 atau kurang;
  • Mempunyai sekurang-kurangnya dua orang tanggungan (anak atau ahli keluarga di bawah 18 tahun);
  • Tidak menerima bantuan yang sama daripada agensi lain.

Keutamaan akan diberikan kepada keluarga B40, ibu atau bapa tunggal, warga emas yang menjaga anak, dan keluarga besar dengan tanggungan yang ramai.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan Bingkas Selangor boleh dibuat dari 1 November 2025 (Sabtu) hingga 30 November 2025 (Ahad).

CARA PERMOHONAN BANTUAN BINGKAS SELANGOR RM300

Permohonan BINGKAS 2025 hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui aplikasi SELangkah atau laman web rasmi BINGKAS.

APP SELangkah

Berikut ialah langkah-langkah permohonan melalui applikasi SELangkah :

  1. Muat turun aplikasi SELANGKAH dari Google Play Store atau App Store dan pasang pada telefon anda.
  2. Buka aplikasi SELANGKAH, dan tekan Log Masuk / Daftar.
  3. Pilih Daftar Baru untuk membuat akaun baharu.
  4. Isikan nama penuh ketua keluarga (suami), nombor telefon (boleh guna nombor isteri), dan kata laluan yang mudah diingat.
  5. Pilih bahasa (Bahasa Malaysia atau English), tandakan kotak persetujuan, dan tekan Hantar. Pastikan maklumat yang diisi betul sebelum menghantar.
  6. Setelah akaun didaftarkan, log masuk menggunakan nombor telefon dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  7. Skrol ke bahagian State Programs di aplikasi dan tekan ikon BINGKAS.
  8. Tekan pautan yang terpapar untuk membuka borang permohonan BINGKAS.
  9. Isikan semua maklumat yang diminta dengan lengkap dan pastikan anda pengundi berdaftar di Negeri Selangor.
  10. Semak semula semua butiran sebelum tekan Hantar.
  11. Selepas permohonan dihantar, semak status permohonan di aplikasi SELANGKAH.
  12. Jika berjaya, paparan akan menunjukkan Permohonan Diluluskan dan Selangkah Wallet Diaktifkan.
  13. Sekiranya selepas 2–3 hari permohonan masih belum diluluskan, anda boleh terus semak di Pejabat ADUN kawasan masing-masing.
APPLIKASI SELangkah

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BINGKAS SELANGOR

Anda boleh menyemak status permohonan terus dalam aplikasi SELangkah dengan cara berikut :

  • Log masuk ke akaun SELangkah.
  • Klik pada menu “Program Penyayang Selangor”.
  • Pilih “BINGKAS”.
  • Status permohonan anda akan dipaparkan :
    • Diluluskan
    • Dalam proses
    • Tidak berjaya
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BINGKAS SELANGOR

Jika permohonan anda tidak diluluskan, anda boleh membuat rayuan atau memohon semula apabila sesi permohonan baharu dibuka.

SENARAI BARANGAN PROGRAM BINGKAS SELANGOR

Antara barangan yang boleh dibeli dengan Bantuan BINGKAS ialah :

  • Barang dapur seperti beras, gula, tepung, minyak masak
  • Produk segar : ikan, ayam, daging, sayur
  • Barang penjagaan diri : sabun, syampu, ubat gigi
  • Keperluan bayi dan anak kecil
  • Peralatan sekolah dan alat tulis
SENARAI BARANGAN YANG BOLEH DIBELI DENGAN PROGRAM BINGKAS SELANGOR

Bantuan ini tidak boleh digunakan untuk :

  • Membeli rokok, minuman keras atau barangan bukan keperluan
  • Memindahkan wang ke akaun lain
  • Mengeluarkan tunai

Baki bantuan tidak boleh dibawa ke bulan berikutnya, jadi anda digalakkan untuk menggunakan semuanya setiap bulan.

KUOTA & PERUNTUKAN PROGRAM BINGKAS 2025

Pada tahun 2025, kerajaan negeri menambah lebih 7,000 kuota baharu untuk memberi peluang kepada lebih ramai rakyat menerima bantuan ini. Setiap DUN menerima agihan mengikut jumlah penduduk dan kadar kemiskinan di kawasan masing-masing.

Program ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui dana kebajikan khas di bawah Iltizam Selangor Penyayang, dengan peruntukan tahunan mencecah ratusan juta ringgit.

KELEBIHAN PROGRAM BINGKAS SELANGOR

  • Bantuan RM300 setiap bulan diterima secara konsisten tanpa perlu memohon semula.
  • Sistem digital yang telus – semua transaksi direkodkan secara automatik dalam eWallet.
  • Menyokong ekonomi tempatan, kerana perbelanjaan dilakukan di kedai rakan niaga di Selangor.
  • Boleh digunakan untuk pelbagai keperluan termasuk barang segar, ubat dan keperluan sekolah.
  • Tiada potongan tunai – penerima boleh menggunakan 100% nilai bantuan.

Peringatan Penting

Kerajaan negeri menasihati orang ramai agar berhati-hati dengan laman web palsu yang menggunakan nama BINGKAS untuk mendapatkan maklumat peribadi. Permohonan rasmi hanya boleh dibuat melalui aplikasi SELangkah atau laman web rasmi.

KESIMPULAN

Bantuan BINGKAS RM300 Selangor 2025 bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi juga tanda keprihatinan kerajaan negeri terhadap rakyat yang menghadapi kos sara hidup yang tinggi. Inisiatif ini dapat membantu lebih banyak keluarga di Selangor untuk meneruskan kehidupan dengan lebih selesa.

Program ini juga membuktikan bahawa Selangor bukan sahaja maju dari segi ekonomi, tetapi juga penyayang terhadap rakyatnya. Jika anda layak, jangan lepaskan peluang untuk memohon BINGKAS 2025.

SOALAN LAZIM (FAQ) BINGKAS SELANGOR

Apa itu Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS)?

BINGKAS ialah bantuan kewangan bulanan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada keluarga di Selangor untuk membeli barangan keperluan, kelengkapan pendidikan, dan keperluan kesihatan.

Adakah saya perlu memohon semula pada tahun hadapan?

Setiap permohonan yang lulus layak menerima manfaat BINGKAS selama 2 tahun. Anda perlu mengemas kini akaun pada tahun berikutnya.

Adakah kad bantuan akan diberikan kepada setiap pemohon?

Tidak. Bantuan akan disalurkan melalui e-wallet dalam aplikasi Selangkah.

Adakah saya perlu memuat turun aplikasi Selangkah?

Ya. Semua pembayaran untuk pembelian hanya boleh dibuat melalui e-Wallet Selangkah.

Di mana saya boleh mendapatkan borang pendaftaran?

Anda boleh mendaftar secara dalam talian di portal bingkasselangor.com atau melalui aplikasi SELANGKAH.

Matlumat & Info Lanjut

Maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan berkaitan BINGKAS Selangor, sila layari atau hubungi :

Leave a Comment