SEMAKAN STATUS MYSTR 2026 : CARA SEMAK KELAYAKAN BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH ONLINE

SEMAKAN STATUS MYSTR 2026 : CARA SEMAK KELAYAKAN BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH ONLINE

Kerajaan Malaysia MADANI melalui Belanjawan 2026 telah menyusun semula Program Bantuan Tunai dan Sara Hidup, khususnya Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan penyesuaian terhadap bentuk dan kadar bantuan bagi memastikan bantuan disalurkan kepada mereka benar-benar memerlukan selain memenuhi kriteria dan syarat kelayakan sepertimana ditetapkan.

Bagaimanakah Semakan StatUS MySTR 2026? Ikuti info lanjut disini.

BACA JUGA : KATEGORI B40 ANDA LAYAK DAPAT BANTUAN RM300 DALAM IC – ANDA BOLEH SEMAK ONLINE

SYARAT LAYAK MYSTR 2026

Syarat dan kategori bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 adalah seperti berikut :

  1. Isi Rumah
    • Ketua isi rumah Warganegara Malaysia;
    • Berkahwin mempunyai anak atau tiada anak;
    • Ibu/bapa tunggal mempunyai anak;
    • Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 sebulan (B40); atau
    • Pendapatan isi rumah RM2,501 – RM5,000 sebulan (M40).
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Warganegara Malaysia;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas;
    • Tiada pasangan dan tiada tanggungan;
    • Pendapatan individu tidak melebihi RM5,000 sebulan.

CARA SEMAKAN STATUS MYSTR 2026

Semakan status permohonan dan kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 secara online adalah seperti berikut :

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
    • Perubahan Maklumat Permohonan;
    • Cetak Permohonan;
    • Semakan Permohonan;
    • Kemas Kini Maklumat Asas;
    • Tukar Kata Laluan;
    • Maklumbalas; dan
    • Peti Mel.
  12. ⁠Untuk Semakan Status anda boleh tekan Semakan Permohonan.
  13. Selesai.
SEMAKAN STATUS MYSTR 2026

JUMLAH BANTUAN STATUS MYSTR 2026

Amaun yang ditetapkan untuk penerima yang layak Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (MySTR) 2026 adalah seperti berikut :

  1. Isi Rumah Dengan Pendapatan Bawah RM2,500 akan terima :
    • Tiada anak : RM700
    • 1 – 2 anak : RM1,200
    • 3 – 4 anak : RM1,700
    • 5 dan ke atas : RM2,200
  2. Isi Rumah Dengan Pendapatan RM2,501 – RM5,00 akan terima :
    • Tiada anak : RM200
    • 1 – 2 anak : RM450
    • 3 – 4 anak : RM700
    • 5 dan ke atas : RM950
  3. Warga Emas yang tiada pasangan akan terima :
    • RM600.
  4. Bujang berumur 21 hingga 59 tahun tidak menerima STR tetapi hanya menerima SARA :
    • RM600

KAEDAH AGIHAN MYSTR 2026

Bantuan STR 2026 akan disalurkan seperti berikut:

  • Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
  • Secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima sekiranya :
    • Tiada Maklumat akaun bank; atau
    • Status pengkreditan ‘Gagal Kredit’.

MAKLUMAT TAMBAHAN

STR Bujang 2026, digantikan dengan SARA bulanan. SARA akan disalurkan secara automatik kepada penerima semua penerima STR (Kategori Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan) sebagai bantuan tambahan dalam bentuk barangan asas melalui MyKad. SARA RM100 ONE-OFF akan diberikan kepada semua Rakyat Malaysia pada pertengahan Februari 2026, sempena sambutan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri.

SOALAN LAZIM (FAQ) SEMAKAN STATUS MYSTR 2026

Berikut adalah soalan yang diajukan tentang MySTR 2026 :

  1. Siapa yang perlu kemas kini maklumat?
    • Semua penerima sedia ada yang mempunyai perubahan maklumat seperti alamat, akaun bank, status perkahwinan atau tanggungan.
  2. Adakah permohonan baru perlu dibuat setiap tahun?
    • Tidak. Penerima sedia ada hanya perlu kemas kini jika ada perubahan maklumat.
  3. Boleh mohon kalau tiada akaun bank?
    • Ya, tapi bayaran akan diterima secara tunai di kaunter BSN.
  4. Apa perlu buat kalau terlupa kata laluan MySTR?
    • Klik pautan “Lupa Kata Laluan” dan ikut arahan untuk menetapkan semula.
  5. Bolehkah buat rayuan jika permohonan ditolak?
    • Boleh. Rayuan dibuka selepas senarai kelulusan diumumkan.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment