CARA KEMASKINI BANTUAN STR 2026 – DAFTAR AKAUN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Kemaskini bantuan STR 2026 dibuka mulai 13 Oktober 2025 melalui laman web rasmi STR. Untuk makluman semua penerima dikehendaki mendaftar akaun MySTR baharu bagi permohonan STR 2026 walaupun telah mempunyai akaun MySTR pada tahun-tahun sebelumnya.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang STR 2026 dan panduan untuk anda mengemaskini dan mendaftar akaun MySTR.
Baca Juga : Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026
APA ITU BANTUAN STR?
Bantuan STR atau Program Sumbangan Tunai Rahmah merupakan bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2026 yang dikendalikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
Program ini bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang benar-benar layak dan memerlukan dalam menghadapi tekanan kos sara hidup.

Melalui penyasaran semula subsidi, Kerajaan dapat menambah baik serta meningkatkan jumlah bantuan tunai kepada rakyat yang memerlukan, sekali gus memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus menerima sokongan yang sewajarnya menerusi STR 2026.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN STR 2026
Berikut adalah kriteria kelayakan untuk penerima bantuan STR 2026 :
- Isi Rumah
- Kahwin; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; danPendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Kahwin; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; danPendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; danPendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; danPendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan Had umur adalah 21-59 tahun; dan Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa dan Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
Ringkasnya, STR 2026 menyasarkan golongan berpendapatan rendah dan sederhana dengan had pendapatan isi rumah sehingga RM5,000 dan individu bujang berpendapatan bawah RM2,500, serta warga emas tiada pasangan berpendapatan bawah RM5,000.
JUMLAH BAYARAN STR 2026
Kadar bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 bergantung pada kelayakan berdasarkan fasa permohonan yang diluluskan. Rujuk jadual di bawah :
- Isi Rumah Pendapatan ≤ RM2,500
| Bilangan Anak | Kadar STR 2026 |
|---|---|
| Anak 0 | RM700 |
| Anak 1 – 2 | RM1,200 |
| Anak 3 – 4 | RM1,700 |
| Anak ≥ 5 | RM2,200 |
- Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
| Bilangan Anak | Kadar STR 2026 |
|---|---|
| Anak 0 | RM200 |
| Anak 1 – 2 | RM450 |
| Anak 3 – 4 | RM700 |
| Anak ≥ 5 | RM950 |
- Warga Emas Tiada Pasangan
| Pendapatan | Kadar STR 2026 |
|---|---|
| ≤ RM5,000 | RM600 |
- Bujang
| Pendapatan | Kadar STR 2026 |
|---|---|
| ≤ RM2,500 | RM600 |

KAEDAH PEMBAYARAN STR 2026
Kaedah pembayaran STR 2025 adalah seperti berikut :
- Kredit ke Akaun Bank : Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
- Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya :
- Tiada maklumat akaun bank
- Status pengkreditan gagal kredit
- Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya :
CARA DAFTAR AKAUN MySTR 2026
Untuk makluman, anda dikehendaki untuk mendaftarkan semula akaun anda di laman MySTR walaupun telah mempunyai akaun sebelum ini untuk memastikan anda memperoleh segala manfaat di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini.
Untuk daftar akaun MySTR anda, ikuti langkah-langkah di bawah :
- Layari portal MySTR di https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik pada butang “LOG MASUK”.
- Klik ‘Daftar Pengguna Baharu’.
- Pengesahan soalan keselamatan akan dipaparkan. Klik butang ‘Seterusnya’.
- Masukkan Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan.
- Klik butang ‘Daftar Akaun’.


Nota : Kepada pemohon yang belum kemas kini permohonan 3 tahun berturut-turut, perlu kemas kini permohonan STR 2026.
TARIKH PERMOHONAN & KEMASKINI STR 2026
Permohonan dan kemaskini STR 2026 akan dibuka sepanjang tahun. Namun bagi memastikan anda layak untuk menerima STR 2026 dalam Fasa 1, sila buat permohonan dan kemaskini sebelum 28 November 2025.
SIAPA PERLU KEMASKINI STR 2026?
Pemohon yang perlu membuat kemas kini permohonan STR adalah seperti berikut :
- Individu yang memohon STR dan belum mendaftar akaun bank semasa permohonan awal juga boleh menambah maklumat ini sewaktu kemaskini permohonan.
- Tidak mengemaskini permohonan tiga tahun berturut-turut.
- Penerima STR yang mempunyai perubahan maklumat terkini seperti sudah berkahwin, bilangan anak sudah bertambah, atau perubahan pendapatan isi rumah.
- Pemohon yang ingin menambah atau mengubah maklumat akaun bank, alamat surat-menyurat, nombor telefon pemohon dan pasangan, serta maklumat waris juga digalakkan untuk mengemaskini bagi menjamin kelancaran pembayaran bantuan.
- Mereka yang sudah lulus permohonan STR tetapi terdapat perubahan status perkahwinan seperti cerai atau kematian pasangan, boleh mengemaskini maklumat setelah tarikh kemaskini dibuka.
CARA KEMASKINI BANTUAN STR 2026
- Lawati portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my dan log masuk ke akaun MySTR anda menggunakan ID pengguna (No. MyKad) dan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Setelah berjaya log masuk, klik pada menu “Kemas Kini Permohonan” untuk mengemas kini maklumat asas seperti nombor telefon rumah, nombor telefon bimbit, alamat surat menyurat, alamat emel, nombor telefon pasangan, maklumat akaun bank pemohon atau pasangan, serta maklumat waris.

Rujuk panduan kemaskini STR (pdf) dibawah untuk mengetahui Cara Kemaskini STR lebih terperinci :
Selain kemas kini secara dalam talian, pemohon juga boleh mengemukakan kemas kini melalui penghantaran borang kemas kini permohonan STR ke Pejabat LHDN atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) terdekat.
Pastikan semua maklumat yang diberikan adalah tepat dan terkini agar bantuan dapat diproses dan dikreditkan dengan lancar ke akaun bank.
SEMAKAN STATUS SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)
Semakan status permohonan anda boleh dibuat secara online melalui Portal STR di pautan berikut :
- Layari Portal Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log Masuk ke Akaun MySTR :
- Klik pilihan “Log Masuk MySTR” pada halaman utama portal tersebut.
- Masukkan nombor MyKad (12 digit tanpa tanda sempang).
- Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan semasa permohonan.
- Sahkan kod CAPTCHA yang dipaparkan untuk mengelakkan akses automatik (bot).
- Semak Status Permohonan :
- Setelah berjaya log masuk, cari menu “Semakan Status” atau “Status Permohonan”.
- Status yang akan dipaparkan termasuk :
- LULUS (permohonan diterima dan dalam proses pembayaran)
- DALAM SEMAKAN (permohonan sedang diproses)
- TIDAK LULUS (permohonan gagal, biasanya disertakan sebab)
- Juga akan tertera maklumat tarikh bayaran dan jumlah yang diterima (jika lulus).

- Cetak atau Simpan Bukti :
- Anda boleh mencetak halaman status atau menyimpan dalam bentuk PDF untuk rekod peribadi, khususnya bagi tujuan rayuan atau rujukan masa depan.
MAKLUMAT & INFO LANJUT
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan berkaitan STR, sila layari atau hubungi :
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Talian Hotline BKK LHDNM : 1-800-88-2747 (Waktu Operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang)
- Talian Hotline MOF : 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang)
SOALAN LAZIM (FAQ) STR 2026
Ya, selain online, permohonan boleh dibuat di cawangan LHDN, Pusat Khidmat Hasil, atau UTC.
Pemohon pertama kali atau mereka yang gagal kelayakan tahun sebelum perlu buat permohonan baharu secara online atau manual.
Permohonan baharu dan kemas kini kelayakan untuk STR 2026 Fasa 1 boleh dibuat mulai 13 Oktober 2025 hingga 28 November 2025.
Ya, portal MySTR mesra peranti mudah alih dan boleh diakses melalui pelayar internet telefon pintar.
Ya, penerima sedia ada diwajibkan daftar akaun MySTR baharu bagi permohonan STR 2026.