CARA KEMASKINI STR 2026 (PANDUAN LENGKAP)
Panduan terbaru mengemaskini permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 adalah teramat penting bagi memudahkan proses dan pelaksanaan bayaran bantuan kepada penerima yang layak seperti Golongan isi rumah, warga emas tiada pasangan.
Bagaimanakah Cara Kemaskini STR 2026? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.
BACA JUGA : CARA MOHON STR 2026 : PANDUAN REGISTER PERMOHONAN & DAFTAR AKAUN mySTR
APA PERLU KEMASKINI STR 2026
Proses kemaskini status Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) perlu dilakukan sekiranya mempunyai perubahan seperti berikut :
- Nombor Telefon Bimbit Pemohon;
- Pekerjaan;
- Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Jika Berkahwin);
- Status Perkahwinan;
- Maklumat Alamat Surat Menyurat;
- Maklumat dan Nombor Akaun Bank yang masih aktif
- Alamat e-Mel;
- Maklumat Pasangan;
- Maklumat Anak;
- Maklumat Waris;
- Belum kemaskini permohonan selama tiga (3) tahun berturut-turut.
CARA KEMASKINI STR 2026
Panduan lengkap kemaskini maklumat STR 2026 seperti berikut:
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman Utama Portal mySTR akan dipaparkan.
- Tekan butang Log Masuk untuk membuat Kemaskini Permohonan.
- Anda akan dibawa ke halaman Semakan Pemohon.
- Klik butang [Semak] dan Masukkan [Nombor Kad Pengenalan] dan [Kata Laluan] yang telah didaftarkan.
- Jika masih belum mendaftar, pastikan anda mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
- Setelah berjaya Log masuk, paparan dashboard akan dipaparkan.
- Klik pada [Kemas kini Permohonan].
- Kemaskini Maklumat Asas Pemohon dengan maklumat yang terkini dengan lengkap dan tepat seperti:
- Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
- Pilihan Pekerjaan.
- Pilihan Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan.
- Status Perkahwinan.
- Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Maklumat dan Nombor Akaun Bank yang masih aktif.
- Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Kemaskini Maklumat Asas Pasangan dan Anak (Status Perkahwinan : Berkahwin)
- Kemasikini Maklumat Waris.
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan
- Klik pada butang [Hantar].
- Setelah permohonan kemas kini berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Kemas kini Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Selesai.
DAFTAR AKAUN STR 2026
Pendaftaran akaun baharu bagi penerima sedia ada dan penerima baharu untuk mengemaskini adalah seperti berikut :
- Masuk ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Anda akan dipaparkan Halaman Utama Website mySTR.
- Tekan butang (LOG MASUK).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Klik butang (Semak).
- Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan. Sila klik Daftar Pengguna Baharu untuk meneruskan.
- Sila klik butang (Daftar Pengguna Baharu).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
- Kemudian, tekan (Hantar Emel Pengesahan).
- Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
- Klik (Sahkan Akaun Saya).
- Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
- Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
- Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
- Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
- Tekan butang (Seterusnya).
- Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
- Kemudian, klik (Daftar Akaun).
- Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
- Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
- Selesai.
KADAR BAYARAN STR 2026
Berikut adalah kadar bantuan yang diagihkan :
- Isi Rumah Dengan Pendapatan Bawah RM2,500 akan terima :
- Tiada anak : RM700
- 1 – 2 anak : RM1,200
- 3 – 4 anak : RM1,700
- 5 dan ke atas : RM2,200
- Isi Rumah Dengan Pendapatan RM2,501 – RM5,00 akan terima :
- Tiada anak : RM200
- 1 – 2 anak : RM450
- 3 – 4 anak : RM700
- 5 dan ke atas : RM950
- Warga Emas yang tiada pasangan akan terima :
- RM600.
- Bujang berumur 21 hingga 59 tahun tidak menerima STR tetapi hanya menerima SARA :
- RM600
SOALAN LAZIM (FAQ) STR 2026
Berikut adalah soalan yang selalu diajukan bagi pertanyaan STR 2026 :
- Saya hanya mempunyai Kad Pengenalan Lama dan tidak memperbaharuinya lagi. Adakah saya boleh membuat permohonan STR?
- Anda perlu merujuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mendapatkan MyKad kerana Permohonan STR mewajibkan penggunaan MyKad sahaja. Permohonan STR hanya boleh dilakukan setelah anda mempunyai MyKad.
- Saya bukan warganegara Malaysia. Adakah saya layak memohon STR?
- Tidak. Bantuan ini adalah untuk warganegara Malaysia yang menetap dan bekerja di Malaysia sahaja.
- Saya telah menghantar permohonan STR. Sekiranya ada perubahan maklumat, adakah saya masih boleh membuat kemas kini permohonan?
- Ya. Kemas kini maklumat boleh dibuat sebelum permohonan anda diproses sepanjang tahun.
- Adakah permohonan STR 2026 boleh dibuat secara manual?
- Ya, boleh dibuat di cawangan LHDN atau Pusat Khidmat Hasil seluruh negara.
- Bilakah permohonan STR 2026 dibuka?
- Permohonan dan kemas kini dibuka sepanjang tahun bermula 13 Oktober 2025.
- Bagaimana untuk menyemak status permohonan?
- Status boleh disemak dengan login ke akaun MySTR di portal rasmi STR.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]