CARA MOHON STR 2026 : PANDUAN REGISTER PERMOHONAN & DAFTAR AKAUN mySTR

CARA MOHON STR 2026 : PANDUAN REGISTER PERMOHONAN & DAFTAR AKAUN mySTR

Kerajaan mengumumkan bahawa jumlah peruntukan untuk program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) meningkat kepada RM15 bilion, berbanding RM13 bilion yang diperuntukkan pada tahun 2025.

Bagaimanakah cara mohon str 2026? Ikuti info lanjut disini.

BACA JUGA : CARA DAFTAR MYSTR 2026 : REGISTER AKAUN PENGGUNA BARI di bantuantunai.hasil.gov.my

CARA MOHON STR 2026

Individu yang belum pernah memohon bantuan STR, anda boleh mengikut panduan lengkap cara mohon STR 2026 di sini :

  1. Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. ⁠Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang (Permohonan Baharu).
  3. ⁠Sila klik butang (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  4. Paparan akan ke halaman ‘Permohonan Baru’ jika klik butang (Ya, Teruskan).
  5. ⁠Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  6. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
    • Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
  7. Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
  8. Isikan Maklumat pemohon : Nombor Telefon Bimbit Pemohon / Pekerjaan / Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
  9. ⁠Isikan status Perkahwinan Anda :
    • Kahwin;
    • Cerai;
    • Kematian Pasangan;
    • Bujang (Sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh)⁠.
  10. ⁠Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
  11. ⁠Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
  12. ⁠Masukkan Nombor Akaun Bank.
  13. ⁠Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  14. ⁠Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
    • Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
    • Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
  15. Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  16. ⁠Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
  17. Muat naik dokumen Sokongan.
  18. Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
  19. Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
  20. Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  21. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  22. ⁠Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
  23. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  24. Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
  25. ⁠Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
  26. ⁠Selesai.

DAFTAR AKAUN STR 2026

Panduan lengkap Register akaun baharu untuk penerima sedia ada dan penerima baharu di Portal STR 2026 adalah seperti berikut :

  1. Masuk ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2026 di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Anda akan dipaparkan Halaman Utama Website mySTR.
  3. ⁠Tekan butang (LOG MASUK).
  4. Isi No Kad Pengenalan anda.
  5. ⁠Klik butang (Semak).
  6. ⁠Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan. Sila klik Daftar Pengguna Baharu untuk meneruskan.
  7. Sila klik butang (Daftar Pengguna Baharu).
  8. ⁠Isi No Kad Pengenalan anda.
  9. Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
  10. Kemudian, tekan (Hantar Emel Pengesahan).
  11. Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
  12. Klik (Sahkan Akaun Saya).
  13. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
  14. ⁠Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
  15. Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
  16. ⁠Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
  17. Tekan butang (Seterusnya).
  18. ⁠Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
  19. ⁠Kemudian, klik (Daftar Akaun).
  20. Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
  21. Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
  22. ⁠Selesai.

KAEDAH AGIHAN STR 2026

Dua (2) cara bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR), iaitu :

  • Bayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau pusat-pusat pemberian yang tertentu khas kepada :
    • Penerima tiada akaun bank; atau
    • Status ‘Gagal Kredit’; atau
    • Penerima di Pedalaman Sabah dan Sarawak.
  • Bayaran secara terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan dalam permohonan STR.

KADAR BANTUAN STR 2026

Berikut adalah kadar bantuan yang diagihkan :

  • Isi Rumah Dengan Pendapatan Bawah RM2,500 akan terima :
    • Tiada anak : RM700
    • 1 – 2 anak : RM1,200
    • 3 – 4 anak : RM1,700
    • 5 dan ke atas : RM2,200
  • Isi Rumah Dengan Pendapatan RM2,501 – RM5,00 akan terima :
    • Tiada anak : RM200
    • 1 – 2 anak : RM450
    • 3 – 4 anak : RM700
    • 5 dan ke atas : RM950
  • Warga Emas yang tiada pasangan akan terima :
    • RM600.
  • Bujang berumur 21 hingga 59 tahun tidak menerima STR tetapi hanya menerima SARA :
    • RM600

SOALAN LAZIM (FAQ) CARA MOHON STR 2026

Kebanyakan soalan yang selalu diajukan tentang STR 2026 adalah seperti berikut :

  1. Saya hanya mempunyai Kad Pengenalan Lama dan tidak memperbaharuinya lagi. Adakah saya boleh membuat permohonan STR?
    • Anda perlu merujuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mendapatkan MyKad kerana Permohonan STR mewajibkan penggunaan MyKad sahaja. Permohonan STR hanya boleh dilakukan setelah anda mempunyai MyKad.
  2. Saya bukan warganegara Malaysia. Adakah saya layak memohon STR?    
    • Tidak. Bantuan ini adalah untuk warganegara Malaysia yang menetap dan bekerja di Malaysia sahaja.
  3. Saya telah menghantar permohonan STR. Sekiranya ada perubahan maklumat, adakah saya masih boleh membuat kemas kini permohonan?     
    • Ya. Kemas kini maklumat boleh dibuat sebelum permohonan anda diproses sepanjang tahun.
  4. Adakah permohonan STR 2026 boleh dibuat secara manual?
    • Ya, boleh dibuat di cawangan LHDN atau Pusat Khidmat Hasil seluruh negara.
  5. Bilakah permohonan STR 2026 dibuka?
    • Permohonan dan kemas kini dibuka sepanjang tahun bermula 13 Oktober 2025.
  6. Bagaimana untuk menyemak status permohonan?
    • Status boleh disemak dengan login ke akaun MySTR di portal rasmi STR.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment