CEK STR FASA 1 2026

CEK STR FASA 1 2026

Semakan jumlah dan amaun bantuan Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 tahun 2026 boleh dibuat di laman rasmi bantuan MySTR, bantuan ini dapat meringankan lagi beban rakyat Malaysia dalam bentuk kewangan.

Bagaimanakah cara cek STR Fasa 1 2026? Ikuti info lanjut disini.

BACA JUGA : SEMAK STATUS STR 2026 : FASA 1 BANTUAN TUNAI RAHMAH

TARIKH AGIHAN STR FASA 1

Kementerian Kewangan telah mengumumkan bahawa Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 akan dikreditkan mulai 20 Januari 2026 bagi membantu rakyat menangani peningkatan kos sara hidup.

CARA AGIHAN STR FASA 1 :

Pengkreditan adalah dibuat secara berperingkat kepada penerima yang layak. Kaedah bayaran yang akan diterima adalah sama seperti sebelum ini, iaitu melalui akaun bank atau secara tunai.

KADAR BAYARAN STR FASA 1

Amaun bayaran yang akan diterima oleh penerima STR adalah secara berfasa mengikut kategori kelayakan bagi setiap fasa permohonan, berikut adalah jumlah STR fasa 1 2026 :

Pendapatan Isi Rumah ≤ RM2,500

BILANGAN ANAKBAYARAN FASA 1 (RM)
0 anakRM200
1-2 anakRM300
3-4 anakRM400
5 > anakRM500

Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000

BILANGAN ANAKBAYARAN FASA 1 (RM)
0 anakRM100
1-2 anakRM100
3-5 anakRM150
5 > anakRM200

Warga Emas Tiada Pasangan

KATEGORIBAYARAN FASA 1 (RM)
Warga emas tiada pasanganRM150

STR BUJANG 2026: Bagi permohonan STR 2026 yang diluluskan dengan kategori Bujang, anda akan menerima RM600 setahun atau RM50 sebulan yang akan dibayar melalui SARA.

CAR CEK STR FASA 1 2026

Berikut merupakan panduan untuk anda melakukan semakan sama ada anda layak atau tidak untuk menjadi penerima bantuan:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
  4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  7. Selesai.

KADAR STR 2026

Untuk pengetahuan semua, anda boleh menyemak jumlah penuh bantuan STR 2026 seperti berikut :

  1. Isi Rumah Dengan Pendapatan Bawah RM2,500 akan terima :
    • Tiada anak : RM700
    • 1 – 2 anak : RM1,200
    • 3 – 4 anak : RM1,700
    • 5 dan ke atas : RM2,200
  2. Isi Rumah Dengan Pendapatan RM2,501 – RM5,00 akan terima :
    • Tiada anak : RM200
    • 1 – 2 anak : RM450
    • 3 – 4 anak : RM700
    • 5 dan ke atas : RM950
  3. Warga Emas yang tiada pasangan akan terima :
    • RM600.
  4. Bujang berumur 21 hingga 59 tahun tidak menerima STR tetapi hanya menerima SARA :
    • RM600

RAYUAN STR 2026

Bagi permohonan STR yang Tidak Lulus Fasa 1, permohonan rayuan boleh dilakukan mulai 12 Januari sehingga 13 Februari 2026.

SOALAN LAZIM (STR FASA 1)

  • Siapa yang perlu kemas kini maklumat?
    • Semua penerima sedia ada yang mempunyai perubahan maklumat seperti alamat, akaun bank, status perkahwinan atau tanggungan.
  • Adakah permohonan baru perlu dibuat setiap tahun?
    • Tidak. Penerima sedia ada hanya perlu kemas kini jika ada perubahan maklumat.
  • Boleh mohon kalau tiada akaun bank?
    • Ya, tapi bayaran akan diterima secara tunai di kaunter BSN.
  • Apa perlu buat kalau terlupa kata laluan MySTR?
    • Klik pautan “Lupa Kata Laluan” dan ikut arahan untuk menetapkan semula.
  • Bolehkah buat rayuan jika permohonan ditolak?
    • Boleh. Rayuan dibuka selepas senarai kelulusan diumumkan.

MAKLUMAT TAMBAHAN

STR Bujang 2026, digantikan dengan SARA bulanan.

SARA akan disalurkan secara automatik kepada penerima semua penerima STR (Kategori Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan) sebagai bantuan tambahan dalam bentuk barangan asas melalui MyKad.

SARA RM100 ONE-OFF akan diberikan kepada semua Rakyat Malaysia pada pertengahan Februari 2026, sempena sambutan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment