SEMAK STATUS STR 2026 : FASA 1 BANTUAN TUNAI RAHMAH
Setelah hebahan mengenai tarikh rasmi penyaluran bantuan STR 2026 bagi fasa pertama, orang ramai sudah mula melakukan semakan status kelayakan masing-masing di laman rasmi STR. Sekiranya status anda tidak layak ataupun mengalami masalah dengan kelayakan, anda oleh menghubungi pihak berwajib dan juga melakukan kemaskini data peribadi.
Bagaimana Cara Semak Status STR 2026? Ikuti info lanjut disini.
BACA JUGA : JUMLAH STR 2026 : SEMAK JUMLAH BAYARAN BANTUAN FASA 1
KAEDAH SEMAKAN STATUS STR 2026
Panduan cara log masuk Portal MySTR 2026 untuk semakan status permohonan dan kelayakan dan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara online, seperti berikut :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk STR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda pada ruangan yang disediakan.
- Tekan [Semak].
- Klik [Ya] jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang [Semak].
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang [Log Masuk].
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Untuk Semakan Status anda boleh tekan [Semakan Permohonan].
- Status Kelayakan penerima STR Fasa 1 akan dipaparkan.
- Selesai.
SYARAT LAYAK STR 2026
Syarat kelayakan STR Fasa 1 2026 kekal seperti sebelumnya, dengan sedikit pembaharuan untuk memperkukuh ketelusan serta keadilan dalam pengagihan bantuan. Antara syarat-syaratnya adalah:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
Perhatian:Kategori bujang tidak lagi termasuk dalam penerima STR bagi tahun 2026. Mereka akan menerima bantuan melalui Program SARA.
TARIKH AGIHAN STR 2026
Fasa 1 untuk sesi 2026 bagi penyaluran Sumbangan Tunai Rahmah adalah pada 20 Januari 2026 iaitu hari Selasa. Bantuan akan disalurkan kepada penerima secara terus yang dimasukkan ke dalam akaun bank.
Sekiranya akaun bank tidak aktif, anda boleh melakukan penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional yang berdekatan dengan anda.
MAKLUMAT TAMBAHAN
STR Bujang 2026, digantikan dengan SARA bulanan.
SARA akan disalurkan secara automatik kepada penerima semua penerima STR (Kategori Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan) sebagai bantuan tambahan dalam bentuk barangan asas melalui MyKad.
SARA RM100 ONE-OFF akan diberikan kepada semua Rakyat Malaysia pada pertengahan Februari 2026, sempena sambutan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri.
SOALAN LAZIM (FAQ) STATUS STR 2026
- Siapa yang perlu kemas kini maklumat?
- Semua penerima sedia ada yang mempunyai perubahan maklumat seperti alamat, akaun bank, status perkahwinan atau tanggungan.
- Adakah permohonan baru perlu dibuat setiap tahun?
- Tidak. Penerima sedia ada hanya perlu kemas kini jika ada perubahan maklumat.
- Boleh mohon kalau tiada akaun bank?
- Ya, tapi bayaran akan diterima secara tunai di kaunter BSN.
- Apa perlu buat kalau terlupa kata laluan MySTR?
- Klik pautan “Lupa Kata Laluan” dan ikut arahan untuk menetapkan semula.
- Bolehkah buat rayuan jika permohonan ditolak?
- Boleh. Rayuan dibuka selepas senarai kelulusan diumumkan.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]