CHECK STATUS STR 2026 – SEMAK KELAYAKAN BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Ingin tahu sama ada anda layak untuk STR 2026? Sila semak status STR anda sekarang bagi memastikan pembayaran bantuan diterima mengikut jumlah dan masa yang ditetapkan.

Ikuti artikel ini untuk maklumat dan panduan lengkap untuk menyemak kelayakan dan status bantuan tunai rahmah bagi tahun 2026.
Baca Juga : Bantuan Dalam MyKAD 2026
APA ITU STR 2026?
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ialah bantuan wang tunai langsung daripada kerajaan kepada mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Tujuannya adalah untuk mengurangkan beban kos hidup rakyat, khususnya golongan B40 dan sebahagian M40, termasuk warga emas tanpa pasangan serta individu bujang yang memenuhi syarat.
STR diwujudkan untuk membantu rakyat Malaysia menghadapi masalah ekonomi seperti inflasi dan kenaikan harga barang keperluan. Bantuan ini merupakan kesinambungan daripada program terdahulu seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Sara Hidup (BSH), dengan penambahbaikan dari segi sasaran dan jumlah bantuan yang lebih sesuai.

SYARAT KELAYAKAN STR 2026
Syarat-syarat kelayakan penerima STR bagi tahun 2026 mengikut kategori adalah seperti berikut :
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yangmenepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidakmempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidakmempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21 – 59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
CHECK STATUS STR 2026
Semakan status permohonan dan kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 secara online adalah seperti berikut :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
- Selesai.
JUMLAH BANTUAN STR 2026
Jumlah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, seperti berikut :
| Kategori Penerima | Kadar Maksimum Setahun |
|---|---|
| Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah | Tiada Anak : RM700 1 hingga 2 Anak : RM1,200 3 hingga 5 Anak : RM1,700 5 Anak dan Ke atas : RM2,200 |
| Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 | Tiada Anak : RM200 1 hingga 2 Anak : RM450 3 hingga 5 Anak : RM700 5 Anak dan Ke atas : RM950 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 |
| Bujang | – |
KADAR BANTUAN STR DAN SARA 2026
Dalam Belanjawan 2026, beberapa perubahan signifikan dalam pelaksanaan STR diumumkan sebagai berikut :

- Jumlah keseluruhan peruntukan STR dan SARA ditingkatkan kepada RM15 bilion, menunjukkan komitmen kerajaan meringankan beban rakyat meskipun dalam tekanan ekonomi.
- Semua penerima STR akan menerima SARA sebanyak RM100 sebulan tambahan mulai tahun 2026 untuk pembelian barangan keperluan.
- Penerima yang tersenarai dalam pangkalan data e-Kasih layak menerima SARA sehingga RM200 sebulan.
- Isi rumah berpendapatan rendah dengan lima anak berpotensi menerima gabungan STR dan SARA sehingga RM4,600 setahun.
- Bantuan tunai STR dikurangkan sebanyak RM300 bagi semua kategori isi rumah, tetapi SARA dinaikkan sebanyak RM300, memastikan jumlah keseluruhan bantuan adalah seimbang.
- Bagi isi rumah miskin tegar dalam pangkalan e-Kasih, mereka akan terus menerima tambahan kredit SARA sehingga RM1,200, menjadikan keseluruhan bantuan kredit barangan keperluan sehingga RM2,400 setahun.
- Warga emas bujang berpendapatan bawah RM5,000 akan mengekalkan kadar STR sebanyak RM600 dengan peningkatan SARA daripada RM450 kepada RM600 setahun.
- Individu bujang di bawah 60 tahun tidak lagi menerima STR tunai, sebaliknya menerima bantuan dalam bentuk kredit SARA sebanyak RM600 setahun.
- Bayaran STR Fasa 4 bagi tahun 2025 (penyaluran 2026) akan diawalkan ke 18 Oktober 2025 sempena Deepavali, berbanding jadual asal bulan November.
KAEDAH PEMBAYARAN STR 2026
Penerima bantuan ini boleh mendapatkan bayaran tersebut melalui dua cara iaitu :
- Walk In ke Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) : Bagi yang tidak memiliki akaun bank, bayaran boleh dituntut di cawangan BSN.
- Pengkreditan ke Akaun Bank : Wang bantuan akan dimasukkan terus ke dalam akaun penerima atau pasangan.
Untuk mendapat kelulusan dan bayaran STR 2026 Fasa 1, sila lakukan permohonan baru dan kemaskini sebelum 28 November 2025.
SOALAN LAZIM (FAQ)
Ya, selain online, permohonan boleh dibuat di cawangan LHDN, Pusat Khidmat Hasil, atau UTC.
Pemohon pertama kali atau mereka yang gagal kelayakan tahun sebelum perlu buat permohonan baharu secara online atau manual.
Permohonan baharu dan kemas kini kelayakan untuk STR 2026 Fasa 1 boleh dibuat mulai 13 Oktober 2025 hingga 28 November 2025.
Ya, portal MySTR mesra peranti mudah alih dan boleh diakses melalui pelayar internet telefon pintar.
Ya, penerima sedia ada diwajibkan daftar akaun MySTR baharu bagi permohonan STR 2026.
MAKLUMAT & INFO LANJUT
Untuk dapatkan maklumat terkini atau sebarang pertanyaan mengenai STR 2026, anda boleh layari atau hubungi :
- Hubungi Talian Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi Talian MOF : 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang)
- Laman Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my