BANTUAN DALAM MYKAD 2026 – SEMAKAN STATUS KELAYAKAN & REGISTER PERMOHONAN
Semakan status kelayakan dan pendaftaran Bantuan Dalam MyKad 2026 atau SARA SUMBANGAN ASAS RAHMAH kini boleh dilakukan melalui portal rasmi MyKasih dan MySTR.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai Bantuan SARA 2026.
Baca Juga : “Kenapa Perlu Kemaskini STR 2026?”
APA ITU BANTUAN DALAM MYKAD 2026?
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) atau Bantuan Dalam MyKad merupakan inisiatif bantuan kerajaan yang bertujuan meringankan beban kos sara hidup rakyat Malaysia berpendapatan rendah.
Ia merupakan bantuan tanpa tunai (cashless) yang disalurkan terus ke MyKad penerima, membolehkan mereka membeli barangan keperluan asas di kedai terpilih seluruh negara tanpa perlu menerima wang tunai secara fizikal.

Bermula tahun 2025, pengagihan SARA dijalankan melalui program MyKasih, yang memudahkan penerima membeli barangan harian seperti beras, minyak masak, telur, tepung, sayur, ayam, ikan, dan pelbagai lagi.
SYARAT KELAYAKAN SARA
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) khas diberikan kepada rakyat yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Pendapatan bawah garis kemiskinan semasa (berdaftar eKasih); atau
- Pendapatan RM2,500 hingga tidak melebihi RM5,000 sebulan;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 :
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang.
KADAR / JUMLAH BANTUAN DALAM MYKAD 2026
Jumlah SARA 2026

Bagi tahun 2026, kerajaan mengekalkan komitmen untuk membantu rakyat melalui penstrukturan semula kadar SARA dengan bayaran yang lebih tersasar dan adil mengikut kategori penerima.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
- Semua penerima STR akan menerima RM100 sebulan dalam bentuk kredit SARA, menjadikan jumlah tahunan sebanyak RM1,200.
- Isi rumah dengan pendapatan tidak melebihi RM2,500 sebulan serta mempunyai lima anak atau lebih boleh menerima jumlah bantuan keseluruhan sehingga RM4,600 setahun, hasil gabungan STR dan SARA.
- Golongan Miskin Tegar (e-Kasih)
- Penerima yang tersenarai di bawah pangkalan data e-Kasih layak menerima RM200 sebulan, atau RM2,400 setahun, melalui bantuan SARA. Ini merupakan peningkatan RM1,200 setahun berbanding tahun sebelumnya.
- Individu Bujang (tidak menerima STR)
- Bagi individu bujang yang tidak lagi layak menerima STR, mereka akan menerima RM50 sebulan dalam bentuk SARA, bersamaan RM600 setahun.
- Warga Emas Bujang (60 tahun ke atas)
- Bantuan SARA untuk warga emas dinaikkan daripada RM450 kepada RM600 setahun.
- Bantuan Penghargaan SARA (One-Off)
- Semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, termasuk bukan penerima STR, akan menerima RM100 secara one-off sebagai penghargaan khas SARA 2026.

CARA PERMOHONAN BANTUAN SARA 2026
Bagi pemohon yang berpendapatan di bawah garis kemiskinan semasa (PGK), boleh mendaftar eKasih untuk menerima bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan jumlah yang lebih banyak.
Ikuti cara pendaftaran berikut :
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut : https://ekasih2.icu.gov.my/
- Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Anda akan dipaparkan dengan butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah untuk Didaftarkan ke dalam Sistem eKasih.
- Anda dikehendaki membaca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
- Seterusnya, anda hendaklah hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda.
- Anda dikehendaki membuat pendaftaran di PPN; atau hubungi PPN berhampiran anda di talian.
- Selesai.
SEMAKAN STATUS BANTUAN DALAM MYKAD 2026
Semakan kelayakan SARA 2026 boleh dilakukan melalui dua kaedah iaitu :
- Portal Rasmi MyKasih
- Layari laman semakan rasmi MyKasih di https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan nombor MyKad tanpa tanda sempang.
- Klik “Semak Status” untuk melihat kelayakan, baki bantuan dan senarai kedai berdaftar
- Portal Rasmi STR
- Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
- Klik menu “Semakan Permohonan”
- Status permohonan STR dan SARA, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.

CARA GUNA BANTUAN DALAM MYKAD
Berikut ialah langkah-langkah mudah untuk menggunakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 yang dikreditkan ke MyKad penerima :
- Pilih Barangan Keperluan
- Pilih barangan asas yang ingin dibeli berdasarkan 14 kategori yang diluluskan SARA, seperti beras, minyak masak, telur, tepung, roti, makanan dalam tin, minuman, produk penjagaan diri, keperluan sekolah, ubat-ubatan, bahan perasa, biskut, mi segera, dan barangan kebersihan rumah. Pastikan barangan tersebut mempunyai label SARA di rak tanda harga.
- Pilih barangan asas yang ingin dibeli berdasarkan 14 kategori yang diluluskan SARA, seperti beras, minyak masak, telur, tepung, roti, makanan dalam tin, minuman, produk penjagaan diri, keperluan sekolah, ubat-ubatan, bahan perasa, biskut, mi segera, dan barangan kebersihan rumah. Pastikan barangan tersebut mempunyai label SARA di rak tanda harga.
- Tunjukkan MyKad di Kaunter
- Semasa pembayaran, serahkan MyKad anda kepada juruwang untuk pengesahan status penerima SARA.
- Semasa pembayaran, serahkan MyKad anda kepada juruwang untuk pengesahan status penerima SARA.
- Imbas Kod Barangan
- Juruwang akan imbas setiap item yang anda pilih untuk memastikan ia termasuk dalam kategori barangan yang dibenarkan di bawah program SARA.
- Juruwang akan imbas setiap item yang anda pilih untuk memastikan ia termasuk dalam kategori barangan yang dibenarkan di bawah program SARA.
- Bayar Menggunakan MyKad
- Selepas semua barangan diimbas, pembayaran dibuat menggunakan MyKad jumlah pembelian akan ditolak secara automatik daripada kredit SARA yang tersedia.
- Selepas semua barangan diimbas, pembayaran dibuat menggunakan MyKad jumlah pembelian akan ditolak secara automatik daripada kredit SARA yang tersedia.
- Simpan Resit Pembelian
- Pastikan anda menyimpan resit bagi tujuan semakan atau rujukan transaksi pembelian di kemudian hari.
SOALAN LAZIM (FAQ) SARA 2026
Penerima layak menerima antara RM600 hingga RM1,200 setahun bergantung kategori seperti isi rumah, warga emas tanpa pasangan, ataupun individu bujang.
Semakan boleh dibuat melalui surat pemakluman, SMS blast dari MyKasih, serta portal rasmi MyKasih di dengan memasukkan nombor MyKad.
Bantuan dikreditkan secara cashless ke dalam MyKad penerima, boleh digunakan beli barangan keperluan dalam 14 kategori di kedai berdaftar dengan mengimbas kod barangan dan memasukkan PIN untuk pengesahan transaksi.
Baki boleh disemak di portal MyKasih, aplikasi MyKasih, atau melalui resit pembelian.
Ya, lebihan pembelian perlu dibayar pengguna secara tunai atau kaedah lain.
Ya, baki yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya tetapi akan luput selepas tempoh program tamat.
SARA boleh digunakan di kedai runcit, pasar raya, dan stesen minyak berdaftar yang menerima program ini.
MAKLUMAT & INFO LANJUT
Maklumat dan info lanjut berkenaan SARA 2026 sila rujuk / layari :
- Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2026) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Portal Rasmi MyKasih Foundation : https://www.mykasih.com.my
- Portal Rasmi SARA : https://www.sara.gov.my/
- Hubungi Talian Bantuan MyKasih 03-7720 1800