KENAPA PERLU KEMASKINI STR 2026 : SUPAYA NAMA ANDA TIDAK TERCICIR UNTUK BAYARAN FASA 1

KENAPA PERLU KEMASKINI STR 2026 : SUPAYA NAMA ANDA TIDAK TERCICIR UNTUK BAYARAN FASA 1

Bermula 13 Oktober 2025 proses kemaskini maklumat dan permohonan baru bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) untuk tahun 2026 dibuka. Bagi memastikan nama anda tidak tercicir untuk bayaran fasa 1, sila pastikan maklumat dalam akaun MySTR anda dikemaskini.

KEMASKINI STR 2026

Berikut dikongsikan mengenai Bantuan Tunai Rakyat STR 2026 dan panduan mengemaskini maklumat di laman web rasmi STR.

APA ITU STR?

Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2026) ialah bantuan kewangan kerajaan kepada golongan B40 dan M40 untuk meringankan kos sara hidup.
Ia kesinambungan BPR dan BSH, dengan peruntukan RM13 bilion pada 2025, memberi manfaat kepada 9 juta rakyat atau 60% penduduk dewasa.

STR diiringi dengan inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA), iaitu kredit pembelian barangan keperluan asas yang diberikan secara bulanan.

JUMLAH BANTUAN STR SARA 2026

“Untuk menyemak kelayakan bantuan SARA 2026, klik disini.”

TARIKH KEMASKINI & PERMOHONAN BARU STR 2026

Permohonan baharu dan kemas kini kelayakan untuk STR 2026 Fasa 1 boleh dibuat mulai 13 Oktober 2025 hingga 28 November 2025.

Tempoh ini adalah tarikh penting untuk pemohon memastikan maklumat STR mereka terkini dan lengkap bagi kelulusan bantuan fasa pertama.

Ini bermaksud, permohonan atau kemas kini yang dibuat sebelum atau pada 28 November 2025 akan diproses dan dinilai untuk pembayaran Fasa 1 tahun 2026.

Sekiranya permohonan dibuat selepas tarikh ini, ia masih boleh diteruskan kerana permohonan STR dibuka sepanjang tahun, tetapi kelulusan dan pembayaran hanya akan diproses untuk fasa atau pusingan seterusnya yang ditetapkan kemudian.

JUMLAH BANTUAN STR TAHUN 2026

Berikut adalah jumlah bayaran bagi STR 2026 untuk setiap jenis kategori :

KADAR BAYARAN STR 2026

SIAPA PERLU KEMASKINI STR 2026?

Kemaskini perlu dibuat oleh :

  • Permohonan STR yang tidak dikemas kini selama 3 tahun berturutturut perlu mengemas kini permohonan STR 2026.
  • Penerima STR yang mempunyai perubahan maklumat terkini seperti sudah berkahwin, bilangan anak bertambah, atau perubahan pendapatan isi rumah.
  • Anda juga digalakkan untuk mengemas kini jika ingin menambah atau mengubah maklumat akaun bank, alamat surat-menyurat, nombor telefon, dan maklumat waris bagi memastikan bantuan dapat disalurkan dengan lancar.

CARA DAFTAR AKAUN MySTR 2026

Sebelum kemaskini anda perlu daftar akaun MySTR 2026 terlebih dahulu. Semua pemohon perlu mendaftar akaun MySTR yang baharu, termasuk mereka yang sudah mempunyai akaun pada tahun-tahun sebelumnya.

DAFTAR AKAUN MYSTR

Untuk daftar akaun MySTR anda, ikuti langkah-langkah di bawah :

  • Layari portal MySTR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Klik pada butang “LOG MASUK”.
  • Klik ‘Daftar Pengguna Baharu’.
  • Pengesahan soalan keselamatan akan dipaparkan. Klik butang ‘Seterusnya’.
  • Masukkan Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan.
  • Klik butang ‘Daftar Akaun’.

Log Masuk Akaun MySTR

Setelah anda menyelesaikan proses pendaftaran di atas, anda boleh login ke dalam akaun anda dengan cara berikut :

  • Masukkan nombor kad pengenalan anda di portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah
  • Klik butang “Log Masuk
  • Kemudian, klik “Semak” setelah memastikan nombor kad pengenalan anda betul.
  • Klik “Ya” sekiranya kata kunci keselamatan anda betul.
  • Masukkan kata laluan, dan klik “Log Masuk
  • Selesai.

Sekiranya anda telah memohon STR, status permohonan anda akan dipaparkan di bahagian “Semakan Permohonan” seperti dalam gambar di bawah :

LOG MASUK STR 2026

CARA KEMASKINI STR 2026

  • Layari portal rasmi STR LHDNM dan log masuk ke akaun MySTR anda menggunakan ID pengguna (No. MyKad) dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  • Setelah berjaya log masuk, klik pada menu “Kemas Kini Permohonan” untuk mengemas kini maklumat seperti nombor telefon, alamat surat-menyurat, alamat e-mel, maklumat akaun bank, serta maklumat waris.
  • Jika belum ada akaun MySTR, anda boleh mendaftar di portal tersebut mengikut panduan yang disediakan.

Sumber : Laman web rasmi STR

Selain dalam talian, anda juga boleh menghantar borang kemas kini permohonan STR ke Pejabat LHDN atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) terdekat. Pastikan semua maklumat yang diberikan adalah tepat dan terkini agar bantuan dapat diproses dengan lancar.

Untuk panduan lebih terperinci, rujuk panduan kemas kini STR (pdf) di bawah :

SOALAN LAZIM (FAQ) STR 2026

Apa itu MySTR login dan bagaimana cara menggunakannya?

MySTR login ialah akses ke portal rasmi untuk membuat semakan status, permohonan baharu serta kemas kini maklumat STR. Pengguna perlu masukkan nombor MyKad dan kata laluan yang didaftarkan.

Bagaimana cara daftar akaun baharu di MySTR untuk STR 2026?

Klik “Daftar Akaun Baharu” di portal, masukkan nombor MyKad dan e-mel aktif, lalu sahkan akaun melalui emel/SMS. Set kata laluan dan soalan keselamatan untuk lengkapkan pendaftaran.

Apakah langkah reset kata laluan MySTR jika terlupa?

Klik “Terlupa Kata Laluan”, masukkan nombor MyKad, dan ikut arahan untuk dapatkan kata laluan baharu melalui pengesahan emel/SMS.

Bolehkah login MySTR diakses melalui telefon bimbit?

Ya, portal MySTR mesra peranti mudah alih dan boleh diakses melalui pelayar internet telefon pintar.

Adakah perlu daftar semula akaun jika sudah pernah terima STR sebelum ini?

Ya, penerima sedia ada diwajibkan daftar akaun MySTR baharu bagi permohonan STR 2026. Akses lama boleh digunakan semula bermula 15 Oktober 2025.

Dokumen apa diperlukan untuk permohonan STR 2026?

Salinan MyKad pemohon, pasangan, sijil perkahwinan, dokumen pendapatan dan sokongan lain jika perlu.

Maklumat & Info Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila rujuk atau hubungi :

Leave a Comment