SEMAKAN BANTUAN SARA 2026 (SUMBANGAN ASAS RAHMAH)
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diteruskan pada tahun 2026 untuk membantu golongan B40 dan mereka yang menerima STR. Semakan kelayakan boleh dilakukan melalui portal rasmi MyKasih atau laman rasmi MySTR.

SARA adalah merupakan bantuan tunai yang dikreditkan secara cashless ke dalam MyKad penerima yang layak untuk membeli barangan keperluan asas di lebih 7,300 kedai dan pasar raya seluruh Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai semakan SARA 2026, sila baca artikel berikut.
APA ITU SARA?
SARA, atau Program Sumbangan Asas Rahmah ialah bantuan bukan tunai yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi membantu rakyat berpendapatan rendah menangani kos sara hidup harian.
Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Payung Rahmah di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Ia bertujuan memastikan golongan B40 mendapat akses kepada barangan keperluan asas tanpa beban kewangan yang berat.

Melalui program ini, penerima akan menerima bantuan dalam bentuk cashless yang dikreditkan terus ke dalam MyKad mereka.
“Nak tahu jumlah bayaran bantuan STR 2025? Baca maklumat lengkap disini : Semakan STR 2025 – Tarikh & Jumlah Bayaran.”
SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) 2026
Bantuan ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasar raya berdaftar seluruh negara.
Program ini dijalankan secara automatik berdasarkan data miskin tegar dari eKasih dan tiada permohonan manual diperlukan.
Bantuan SARA 2026 dijangka memberi manfaat kepada jutaan rakyat Malaysia dengan bayaran RM100 sebulan kepada hampir 9 juta penerima STR, manakala golongan miskin tegar yang tersenarai dalam eKasih akan menerima tambahan sehingga RM200 sebulan.
Selain itu, individu bujang juga layak menerima bantuan SARA walaupun tidak menerima STR.
SARA RM100 one-off 2026
Dalam pembentangan Belanjawan 2026, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa RM100 penghargaan SARA akan diberi kepada semua warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas pertengahan Februari 2026.

Bantuan SARA akan dimasukkan terus ke MyKad (bukan akaun bank) bagi pembelian barangan asas di kedai MyKasih berdaftar.
- Jumlah Bayaran : RM100 (one-off)
- Tarikh : Februari 2026
- Siapa yang layak : Semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas
SEMAKAN KELAYAKAN SARA 2026
Semakan kelayakan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) untuk tahun 2026 boleh dilakukan melalui beberapa kaedah berikut :
- Semakan Melalui Portal MyKasih
- Layari laman semakan rasmi MyKasih di https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan nombor MyKad tanpa tanda sempang.
- Klik “Semak Status” untuk melihat kelayakan, baki bantuan dan senarai kedai berdaftar
- Semakan SARA Melalui Portal MySTR
- Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
- Klik menu “Semakan Permohonan”
- Status permohonan STR dan SARA, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.

KADAR / JUMLAH BANTUAN SARA 2026
Kadar bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk tahun 2026 adalah seperti berikut :
- Semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima bantuan SARA sebanyak RM100 sebulan.
- Golongan miskin tegar yang tersenarai di bawah pangkalan data e-Kasih layak menerima sehingga RM200 sebulan SARA.
- Individu bujang yang tidak lagi menerima STR akan diberikan RM50 sebulan sebagai SARA.
- Jumlah maksimum bantuan yang diterima oleh isi rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah dengan lima anak atau lebih boleh mencapai sehingga RM4,600 setahun apabila digabungkan dengan STR dan SARA.
Penstrukturan semula ini mengurangkan bayaran tunai STR sebanyak RM300 bagi semua kategori isi rumah tetapi diimbangi dengan kenaikan RM300 dalam SARA.
Miskin tegar pula menerima tambahan RM1,200 dalam bentuk kredit SARA menjadikan jumlah keseluruhan kredit pembelian sebanyak RM2,400 setahun.
Kadar STR sebanyak RM600 dikekalkan untuk warga emas bujang berpendapatan kurang dari RM5,000 sebulan manakala bantuan SARA mereka dinaikkan daripada RM450 setahun kepada RM600.
Untuk bujang bawah 60 tahun, STR digantikan dengan SARA RM600 setahun.

JUMLAH BANTUAN SARA 2026
- Penerima STR : RM 1,200 setahun (RM100 sebulan)
- Penerima Ekasih : RM 2,400 setahun (RM200 sebulan)
- Bujang : RM600 setahun (RM50 sebulan)
- Bukan penerima STR : RM 100 one-off (Penghargaan SARA)
Jumlah keseluruhan peruntukan SARA dan STR 2026 mencecah RM15 bilion, hasil penjimatan subsidi kerajaan.
TARIKH BAYARAN SARA 2026
Tarikh bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 setakat ini belum dikeluarkan sepenuhnya oleh kerajaan melalui portal STR dan MyKasih untuk tahun 2026 bagi penerima STR dan eKasih.
Jadual terperinci untuk pembayaran bulanan, tarikh fasa-fasa, atau tarikh pembayaran pertama masih menunggu pengumuman daripada Kementerian Kewangan dan Jabatan Hasil.
PANDUAN PENEBUSAN BANTUAN SARA
Untuk menebus SARA, rujuk langkah pembelian seperti berikut :
- Pilih barangan keperluan asas yang layak dibeli dari 14 kategori yang mempunyai label SARA atau MyKasih di rak harga kedai runcit berdaftar. Contohnya beras, minyak masak, telur, makanan dalam tin, biskut, tepung, bahan perasa, barangan sekolah, produk penjagaan diri, dan ubat-ubatan.
- Tunjukkan MyKad anda di kaunter semasa hendak membayar sebagai pengesahan penerima bantuan.
- Tukar PIN sementara MyKad (6 digit pertama No. MyKad) kepada PIN baru bagi keselamatan transaksi.
- Juruwang akan mengimbas barangan terpilih.
- Masukkan PIN 6 digit anda untuk mengesahkan transaksi, dan nilai bantuan SARA akan ditolak secara automatik dari kredit dalam MyKad.
- Simpan resit sebagai bukti pembelian dan rujukan baki akaun.
- Bantuan SARA yang disalurkan dalam MyKad boleh digunakan sepanjang tahun dan baki tidak digunakan dalam satu bulan akan dibawa ke bulan berikutnya. Penggunaan sistem ini memudahkan penerima mendapatkan keperluan asas tanpa menggunakan wang tunai serta memantau penggunaan bantuan secara lebih berkesan.
SENARAI BARANG BOLEH DIBELI DENGAN SARA
Terdapat 14 kategori produk barangan keperluan asas yang boleh dibeli menggunakan bantuan MyKad :
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan, dan lain-lain.
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
- Mi Segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
- Makanan dalam Tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
- Bahan Perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
- Produk Kebersihan : Colgate / Dettol / Kotex.
- Ubat-Ubatan : Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam.
- Barangan Persekolahan : Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler.
- Barangan Kebersihan : Sabun pinggan / Sabun / Serbuk pencuci pakaian / Pencuci lantai.

SOALAN LAZIM (FAQ) SARA 2026
Baki boleh disemak di portal MyKasih, aplikasi MyKasih, atau melalui resit pembelian.
Ya, lebihan pembelian perlu dibayar pengguna secara tunai atau kaedah lain.
Ya, baki yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya tetapi akan luput selepas tempoh program tamat.
SARA boleh digunakan di kedai runcit, pasar raya, dan stesen minyak berdaftar yang menerima program ini.
Tidak. Bantuan ini hanya boleh digunakan untuk pembelian barang keperluan asas.
MAKLUMAT & INFO LANJUT
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hubungi :
- Talian Hotline MyKasih : (603)-7720-1800
- Emel : [email protected]
- Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/