KEMASKINI BANTUAN STR 2026 – PANDUAN LENGKAP DAFTAR & PERMOHONAN BARU MySTR
Kemaskini maklumat dan permohonan baru STR Sumbangan Tunai Rahmah untuk tahun 2026 kini dibuka bermula 13 Oktober 2025 melalui laman web rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Bagi memastikan anda layak untuk mendapat semua manfaat dari bantuan STR ini, pastikan anda membuat kemaskini untuk tahun 2026.
Berikut dikongsikan maklumat lengkap mengenai bantuan SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2026.
“Apa bantuan untuk warga emas tahun 2025? Klik sini untuk maklumat lanjut : Bantuan Warga Emas 2025.”
APA ITU BANTUAN STR?
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ialah bantuan kewangan tahunan daripada kerajaan Malaysia. Ia bertujuan membantu mereka yang berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40), termasuklah golongan bujang dan warga emas.
Program ini diwujudkan untuk mengurangkan beban kewangan rakyat, terutamanya dengan kos hidup yang semakin tinggi. STR membantu meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia, terutamanya golongan yang memerlukan bantuan untuk keperluan asas seperti makanan, pendidikan dan perubatan.

Dalam pembentangan Belanjawan 2026, Kerajaan telah mengumumkan peningkatan peruntukan bagi STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada RM15 bilion, berbanding RM13 bilion pada tahun 2025.
SIAPA PERLU KEMASKINI STR 2026?
Ramai yang ingin tahu sama ada mereka perlu mengemaskinikan maklumat sekiranya tiada perubahan berdasarkan permohonan sebelum ini.
Pemohon yang perlu membuat kemas kini permohonan STR adalah seperti berikut :
- Tidak mengemaskini permohonan tiga tahun berturut-turut.
- Penerima STR yang mempunyai perubahan maklumat terkini seperti sudah berkahwin, bilangan anak sudah bertambah, atau perubahan pendapatan isi rumah.
- Pemohon yang ingin menambah atau mengubah maklumat akaun bank, alamat surat-menyurat, nombor telefon pemohon dan pasangan, serta maklumat waris juga digalakkan untuk mengemaskini bagi menjamin kelancaran pembayaran bantuan.
- Mereka yang sudah lulus permohonan STR tetapi terdapat perubahan status perkahwinan seperti cerai atau kematian pasangan, boleh mengemaskini maklumat setelah tarikh kemaskini dibuka.
- Individu yang memohon STR dan belum mendaftar akaun bank semasa permohonan awal juga boleh menambah maklumat ini sewaktu kemaskini permohonan.
CARA KEMASKINI BANTUAN STR 2026
- Lawati portal rasmi STR LHDNM di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ dan log masuk ke akaun MySTR anda menggunakan ID pengguna (No. MyKad) dan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Setelah berjaya log masuk, klik pada menu “Kemas Kini Permohonan” untuk mengemas kini maklumat asas seperti nombor telefon rumah, nombor telefon bimbit, alamat surat menyurat, alamat emel, nombor telefon pasangan, maklumat akaun bank pemohon atau pasangan, serta maklumat waris. (Sila rujuk panduan bergambar di bawah)
- Sekiranya belum ada akaun MySTR, anda perlu mendaftar akaun terlebih dahulu dan pendaftaran boleh dibuat di portal tersebut mengikut panduan yang disediakan.






- Selain kemas kini secara dalam talian, pemohon juga boleh mengemukakan kemas kini secara manual melalui penghantaran borang kemas kini permohonan STR ke Pejabat LHDN atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) terdekat.
Pastikan semua maklumat yang diberikan adalah tepat dan terkini agar bantuan dapat diproses dan dikreditkan dengan lancar ke akaun bank.
“Penerima bantuan SARA MyKasih boleh membeli pelbagai barangan asas. Lihat senarai penuh barang yang layak dibeli di sini.”
JUMLAH / KADAR BANTUAN STR 2026

- Semua penerima STR akan menerima bantuan SARA bulanan sebanyak RM100, iaitu sebanyak RM1,200 setahun.
- Penerima yang berdaftar di bawah sistem e-Kasih layak menerima bantuan SARA yang lebih tinggi, sehingga RM200 sebulan atau RM2,400 setahun.
- Untuk golongan bujang, bantuan SARA disediakan sebanyak RM600 setahun, bersamaan RM50 sebulan.
- Jumlah maksimum bantuan yang boleh diterima oleh isi rumah berpendapatan di bawah RM2,500 sebulan dengan lima anak adalah RM4,600 setahun yang merangkumi STR sebanyak RM2,200 dan SARA sebanyak RM2,400.
PANDUAN LENGKAP PERMOHONAN STR 2026
Untuk permohonan baru bantuan STR 2026, sila rujuk langkah-langkah berikut :
- Layari Portal STR 2026 di pautan berikut : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang “Permohonan Baharu”.
- Pilih sama ada ingin meneruskan permohonan dengan MyDigital ID (imbas kod QR) atau klik ‘Ya, Teruskan’ untuk permohonan biasa tanpa MyDigital ID
- Lengkapkan maklumat pemohon isikan nombor MyKad anda dan tekan butang “Semak” untuk pengesahan awal.
- Isi semua maklumat peribadi, maklumat tanggungan, pendapatan, maklumat bank dan alamat emel yang diperlukan dalam borang permohonan.
- Muat naik dokumen sokongan seperti salinan MyKad, sijil nikah, sijil kelahiran anak, bukti pendapatan atau dokumen berkaitan sekiranya diminta
Permohonan Baru STR 2026 Secara Manual
- Pemohon boleh muat turun Borang BK-01 untuk permohonan STR 2026. Kaedah penghantaran borang STR 2026 yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan berkaitan boleh :
- Diserahkan ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL; atau
- Penghantaran secara Pos terhad kepada borang permohonan yang diterima ke alamat : Peti Surat STR, GPO Shah Alam, 40800 Shah Alam, SELANGOR ; atau
- Sekretariat STR, Pejabat STR, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia, Presint 2, 62592 PUTRAJAYA
Nota : Penghantaran borang secara faks dan e-mel adalah tidak diterima
SOALAN LAZIM (FAQ) STR 2026
Kemaskini STR bertujuan memastikan maklumat pemohon terkini supaya bantuan kewangan dapat disalurkan dengan tepat dan tidak terganggu.
Mereka yang tidak mengemas kini permohonan selama tiga tahun berturut-turut, penerima STR yang ada perubahan maklumat seperti status perkahwinan, bilangan anak atau pendapatan isi rumah.
Pemohon berisiko tidak layak menerima bantuan STR pada tahun berikutnya kerana maklumat lama mungkin tidak mencerminkan status semasa.
2025?
Penerima STR yang layak juga boleh menerima manfaat dari program MyKasih 2025 melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan dalam bentuk kredit pembelian barangan keperluan asas menggunakan MyKad.
Anda boleh membuat rayuan melalui portal STR dengan menyertakan dokumen sokongan yang diperlukan.
Maklumat & Info Lanjut
Untuk mengetahui maklumat terkini atau sebarang pertanyaan mengenai STR 2026, anda boleh hubungi dan layari :
- Hubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Talian Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
- Laman rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/