GAJI KAKITANGAN KERAJAAN NOVEMBER 2025 – INFO DAN TARIKH BAYARAN
Bagi penjawat awam dibawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tarikh gaji bulanan telah dinyatakan oleh kerajaan setiap bulan didalam pengurusan pekeliling, untuk memudahkan urusan anda digalakkan menyemak dan menyemak setiap bulan kerana adakala tarikh pembayaran gaji diawalkan apabila adanya musim perayaan.
Berapakah Gaji Kakitangan Kerajaan November 2025? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.
BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN TUNAI RM350 JKM – PANDUAN TERBARU
TARIKH GAJI KAKITANGAN KERAJAAN NOVEMBER 2025
Untuk mengetahui tarikh agihan Gaji kakitangan kerajaan bagi memudahkan urusan mengurus kewangan, anda boleh menyemak seperti berikut :
| BULAN | TARIKH | HARI | CATATAN |
|---|---|---|---|
| Januari | 22.01.2025 | Rabu | Tahun Baru cina 29&30 Januari 2025 |
| Februari | 25.02.2025 | Selasa | |
| Mac | 24.03.2025 | Isnin | Hari Raya Puasa 31 Mac & 1 April 2025 |
| April | 24.04.2025 | Khamis | |
| Mei | 22.05.2025 | Khamis | Hari pesta kaamatan 30&31 Mei 2025 |
| Jun | 25.06.2025 | Rabu | Hari Gawai 1&2 Jun 2025 Hari Raya Haji 7&8 Jun 2025 |
| Julai | 24.07.2025 | Khamis | |
| Ogos | 25.08.2025 | Isnin | |
| September | 25.09.2025 | Khamis | |
| Oktober | 16.10.2025 | Khamis | Hari Deepavali 20 Oktober 2025 |
| November | 20.11.2025 | Khamis | |
| Disember | 18.12.2025 | Khamis | Hari Krismas 25 Disember 2025 |
Bagi bulan November, pembayaran gaji untuk penjawat awam atau kakitangan kerajaan dijadualkan dibayar pada 20 November 2025. Tarikh ini telah ditetapkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) untuk menjadi panduan kepada seluruh penjawat awam di Malaysia oleh itu anda disarankan merancang kewangan dengan tersusun dan baik.
CARA AGIHAN GAJI KERAJAAN NOVEMBER 2025
Berikut adalah cara gaji kerajaan disalurkan:
- Pembayaran gaji penjawat awam dilakukan secara kredit terus ke dalam akaun bank yang telah didaftarkan dengan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM);
- Gaji akan dikreditkan ke akaun bank anda pada waktu yang ditetapkan;
- Proses pembayaran mungkin akan dipercepatkan atau sedikit tertunda, bergantung kepada bank yang terlibat.
CARA MENGURUS KEWANGAN SELEPAS DAPAT GAJI
Selepas anda dapat gaji, ini antara cara terbaik supaya anda tidak boros dalam berbelanja :
- Semak Kewangan Anda:
- Sediakan senarai perbelanjaan bulanan seperti bil, makanan, dan simpanan. Dengan ini, anda boleh menentukan dengan lebih jelas berapa banyak yang boleh disimpan atau dibelanjakan.
- Pastikan anda mengetahui pendapatan sebenar selepas potongan seperti cukai, insurans, dan pinjaman.
- Bayar Hutang Dengan Bijak:
- Jika anda mempunyai pinjaman atau hutang, pastikan sebahagian dari gaji anda digunakan untuk mengurangkan baki hutang tersebut. Ini membantu meringankan beban kewangan pada masa hadapan.
- Sentiasa utamakan pembayaran pinjaman dengan kadar faedah tinggi terlebih dahulu.
- Bajet Untuk Simpanan:
- Mulakan tabung kecemasan dengan menyisihkan sekurang-kurangnya 10-20% dari gaji anda setiap bulan. Tabung ini penting untuk kecemasan atau sebarang kejadian yang tidak dijangka.
- Pertimbangkan untuk membuka akaun simpanan atau pelaburan untuk menjana pulangan jangka panjang.
- Patuhi Jangka Masa Pembayaran:
- Untuk mengelakkan pembayaran lewat bagi bil atau hutang, pastikan anda mengetahui tarikh pembayaran gaji dan membuat pembayaran awal jika perlu.
- Gunakan Aplikasi Pengurusan Kewangan:
- Terdapat banyak aplikasi kewangan seperti Money Manager,YNAB (You Need A Budget), dan Spendeeyang dapat membantu anda merancang perbelanjaan dan menyimpan rekod kewangan secara lebih sistematik.
SOALAN LAZIM (FAQ) GAJI KERAJAAN NOVEMBER
Berikut adalah soalan yang selalu diajukan oleh pembaca kepada kami :
Bilakah Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam Bulan November 2025?
Pembayaran gaji untuk bulan November 2025 dijadualkan pada20 November 2025.
Adakah Pembayaran Gaji Boleh Dipercepatkan?
Pembayaran gaji boleh dipercepatkan sekiranya tarikh pembayaran jatuh pada hujung minggu atau cuti umum. Bank juga mungkin memproses pembayaran lebih awal.
Apa yang Perlu Saya Lakukan Jika Gaji Tidak Diterima?
Jika gaji tidak diterima pada tarikh yang dijadualkan, pastikan untuk menghubungi pihakJabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)ataubankuntuk mendapatkan maklumat lanjut.
Apakah Yang Perlu Saya Lakukan Sebelum Tarikh Pembayaran?
Pastikan akaun bank anda aktif dan maklumat pembayaran gaji adalah tepat. Sediakan bajet perbelanjaan bulanan untuk menguruskan kewangan anda dengan lebih baik.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Gaji Penjawat awam, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Aras 1-8, Kompleks Kementerian Kewangan,No. 1, Persiaran Perdana, Presint 2,62594 Putrajaya.
- Hubungi di talian : +603-8882 1000
- Laman Rasmi (JANM) : https://www.anm.gov.my/