PERMOHONAN BANTUAN TUNAI RM350 JKM – PANDUAN TERBARU
Kos sara hidup yang semakin meningkat pesat telah memberi sedikit sebanyak impak kepada golongan B40 DAN M40, sebagai usaha bagi meringankan beban yang ditanggung, pihak kerajaan dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah membangunkan Bantuan Am Persekutuan (BA) menawarkn bantuan tunai sebanyak RM350 setiap bulan kepada golongan isi rumah yang layak.
Bagaimanakah Cara Permohonan Bantuan Tunai RM350 JKM? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.
BACA JUGA : SEMAKAN RAYUAN STR FASA 4 2025 – ADAKAH ANDA LAYAK
SYARAT PERMOHONAN BANTUAN TUNAI RM350 JKM
Untuk memohon bantuan ini, pemohon mesti memenuhi beberapa kriteria yang ditetapkan oleh pihak JKM:
- KRITERIA YANG DIPERLUKAN UNTUK PERMOHONAN :
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
- Isi rumah dengan pendapatan rendah, terutamanya di bawah paras garis kemiskinan;
- Tiada sumber pendapatan tetap atau bergantung pada pekerjaan tidak tetap;
- OKU, warga emas, pesakit kronik, keluarga yang terjejas oleh bencana.
Nota Penting: Bagi individu yang sudah mendaftar dalam sistem eKasih atau penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kelayakan akan dipertimbangkan berdasarkan data yang ada dalam sistem kerajaan.
KADAR BANTUAN TUNAI JKM
Bantuan diberikan berdasarkan penilaian kelayakan penerima. Berikut adalah jumlah anggaran yang akan diterima oleh pemohon yang layak :
| KATEGORI | PENILAIAN SITUASI | KADAR ANGGARAN |
|---|---|---|
| ISI RUMAH SANGAT MEMERLUKAN | Tiada pendapatan tetap atau kerja tidak normal | Hingga RM350 |
| INDIVIDU BUJANG RENTAN | Warga emas/OKU tanpa sokongan formal | RM100 Hingga RM350 |
| INDIVIDU TERJEJAS BANJIR | Mangsa bencana seperti banjir atau kebakaran | Mengikut penilaian situasi |
| PENDAPATAN RENDAH TAPI ADA TANGGUNGAN | Gaji kecil dengan anak yang ramai | Mengikut penilaian situasi |
DOKUMEN SOKONGAN BANTUAN JKM
Bagi memudahkan pemprosesan permohonan anda menjadi cepat, anda perlu memastikan untuk melengkapkan dokumen seperti berikut :
- Dokumen Peribadi & Keluarga: Salinan MyKad pemohon, pasangan, dan anak/tanggungan.
- Dokumen Kewangan: Slip gaji/penyata bank 3 bulan terkini (jika ada), atau surat akuan tiada pendapatan.
- Dokumen Kesihatan & Bencana: Surat doktor untuk penyakit kronik atau laporan polis/bomba/agensi berkaitan untuk bencana.
- Dokumen Bank: Salinan muka depan buku/penyata akaun bank aktif atas nama pemohon.
Nota: Pastikan semua dokumen jelas, teratur, dan lengkap untuk mengelakkan sebarang kelewatan dalam proses permohonan.
CARA PERMOHONAN BANTUAN TUNAI RM350 JKM
Untuk memohon bantuan dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terdapat dua (2) cara utama yang boleh digunakan seperti berikut :
PERMOHONAN ONLINE (DISYORKAN)
- Sila Layari eBantuan JKM di : https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
- Daftar akaun baru atau log masuk;
- Pilih skim Bantuan Am Persekutuan (BA) dan lengkapi maklumat peribadi, tanggungan, pendapatan, dan alamat;
- Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan;
- Hantar permohonan dan simpan nombor rujukan;
- Hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) dalam masa 14 hari dengan dokumen asal untuk pengesahan.
PERMOHONAN DI PKMD (OFFLINE)
- Kunjungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) terdekat;
- Ambil borang permohonan dan isi dengan lengkap;
- Lampirkan dokumen sokongan yang diperlukan dan serahkan kepada pegawai;
- Simpan slip serahan atau nombor rujukan.
SEMAK STATUS BANTUAN JKM
Untuk menyemak status permohonan anda, anda boleh memilih salah satu daripada kaedah berikut:
- SEMAKAN ONLINE :
- Portal eBantuan – Log masuk ke portal rasmi eBantuan JKM dan pilih “Semakan Status”.
- SEMAKAN OFFLINE :
- Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) – Hubungi atau hadir ke PKMD terdekat dengan nombor MyKad dan nombor rujukan permohonan.
MAKLUMAT TAMBAHAN
Bagi memudahkan proses permohonan, disini kami sertakan tips atau cara yang membolehkan proses dilakukan dengan pantas seperti berikut :
- Gunakan akaun bank aktif atas nama pemohon;
- Pastikan alamat dan nombor telefon anda terkini;
- Isi borang dengan betul dan pastikan ejaan nama sama seperti dalam MyKad;
- Muat naik salinan dokumen yang jelas dengan kualiti tinggi;
- Simpan semua resit atau nombor rujukan untuk bukti serahan.
SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN JKM RM350
Berikut adalah soalan yang selalu diajukan bagi permohonan JKM:
- Adakah semua pemohon akan mendapat RM350 penuh?
- Tidak, kadar bantuan akan ditentukan berdasarkan penilaian kelayakan dan siasatan JKM.
- Berapa lama proses kelulusan?
- Proses kelulusan boleh mengambil masa antara 2 hingga 6 minggu bergantung kepada dokumen dan siasatan.
- Perlu hadir ke PKMD jika memohon secara online?
- Ya, anda perlu hadir dalam masa 14 hari dengan dokumen asal untuk pengesahan.
- Jika saya tidak lulus, apa yang perlu dilakukan?
- Anda boleh membuat rayuan atau mengemukakan dokumen yang lebih lengkap jika diperlukan.
RUJUKAN
Informasi yang kami sediakan dalam artikel ini berkaitan ‘Bantuan Tunai JKM’ adalah dirujuk sepenuh dari sumber yang sahih daripada Portal eBantuan JKM. Untuk info yang lebih lanjut serta terperinci, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Portal eBantuan JKM : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/
- Portal PKMD : http://jkm.gov.my/.