LINK KEMASKINI STR 2026 – CARA BUAT KEMASKINI ONLINE DI MYSTR
Untuk memastikan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) anda berjaya, sila pastikan maklumat dalam akaun MySTR anda dikemaskini. Ini termasuklah butiran peribadi, pendapatan keluarga, dan juga nombor akaun bank untuk tujuan pembayaran.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Tunai Rakyat (Sumbangan Tunai Rahmah) dan cara membuat , KEMASKINI MAKLUMAT STR.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2026
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah merupakan salah satu inisiatif pihak kerajaan untuk membantu meringankan beban dan mengurangkan kos sara hidup rakyat terutamanya bagi isi rumah yang berpendapatan rendah. Untuk menerima bantuan ini, rakyat Malaysia perlu mendaftarkan akaun MySTR dan mematuhi cara permohonan yang telah ditetapkan.
“Apa bantuan untuk warga emas pada 2025? Klik sini untuk maklumat lanjut : Bantuan Warga Emas 2025.”
SIAPA PERLU KEMASKINI STR 2026?
Ramai yang bertanya sama ada perlu mengemas kini maklumat jika tiada perubahan.
Kemas kini permohonan STR perlu dibuat oleh :
- Penerima yang tidak mengemas kini permohonan selama tiga tahun berturut-turut.
- Penerima STR yang mempunyai perubahan maklumat terkini seperti sudah berkahwin, bilangan anak bertambah, atau perubahan pendapatan isi rumah.
Anda juga digalakkan untuk mengemas kini jika ingin menambah atau mengubah maklumat akaun bank, alamat surat-menyurat, nombor telefon, dan maklumat waris bagi memastikan bantuan dapat disalurkan dengan lancar.
CARA DAFTAR AKAUN MySTR 2026
Sebelum anda mengemaskini semua pemohon perlu mendaftar akaun MySTR yang baharu, termasuk mereka yang sudah mempunyai akaun pada tahun-tahun sebelumnya. Untuk daftar akaun MySTR anda, ikuti langkah-langkah di bawah :
- Layari portal rasmi MySTR di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik pada butang “LOG MASUK”.
- Klik ‘Daftar Pengguna Baharu’.
- Pengesahan soalan keselamatan akan dipaparkan. Klik butang ‘Seterusnya’.
- Masukkan Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan.
- Klik butang ‘Daftar Akaun’.
Log Masuk Akaun MySTR
Setelah anda menyelesaikan proses pendaftaran di atas, anda boleh login ke dalam akaun anda dengan cara berikut :
- Masukkan nombor kad pengenalan anda di portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah
- Klik butang “Log Masuk”
- Kemudian, klik “Semak” setelah memastikan nombor kad pengenalan anda betul.
- Klik “Ya” sekiranya kata kunci keselamatan anda betul.
- Masukkan kata laluan, dan klik “Log Masuk”
- Selesai.

Sekiranya anda telah memohon STR, status permohonan anda akan dipaparkan di bahagian “Semakan Permohonan” seperti dalam gambar di atas.
PANDUAN KEMASKINI STR 2026
- Layari portal rasmi STR LHDNM di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ dan log masuk ke akaun MySTR anda menggunakan ID pengguna (No. MyKad) dan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Setelah berjaya log masuk, klik pada menu “Kemas Kini Permohonan” untuk mengemas kini maklumat seperti nombor telefon, alamat surat-menyurat, alamat e-mel, maklumat akaun bank, serta maklumat waris.
- Jika belum ada akaun MySTR, anda boleh mendaftar di portal tersebut mengikut panduan yang disediakan.
Selain dalam talian, anda juga boleh menghantar borang kemas kini permohonan STR ke Pejabat LHDN atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) terdekat. Pastikan semua maklumat yang diberikan adalah tepat dan terkini agar bantuan dapat diproses dengan lancar.
Untuk panduan lebih terperinci, rujuk panduan kemas kini STR (pdf) di bawah :
TEMPOH KEMAS KINI STR
Tempoh kemas kini STR bagi tahun 2026 bermula 13 Oktober 2025 dan dibuka sepanjang tahun. Anda juga boleh mengemas kini secara manual dengan menghantar borang ke pejabat LHDNM, Pejabat Satelit, atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) berhampiran.
SOALAN LAZIM (FAQ)
Anda perlu mengemas kini maklumat seperti butiran peribadi, pendapatan, maklumat akaun bank dan maklumat waris. Ini bagi memastikan anda layak menerima STR 2026 dan pembayaran dibuat dengan tepat.
Layari portal STR rasmi di bantuantunai.hasil.gov.my, log masuk ke akaun MySTR anda, dan pilih Kemas Kini untuk mengemas kini maklumat yang diperlukan.
Ya, anda perlu mengemas kini maklumat anda walaupun anda telah memohon pada tahun sebelumnya. Ini bagi memastikan maklumat anda tepat dan terkini untuk STR 2026.
Anda memerlukan nombor akaun bank, maklumat pendapatan terkini dan maklumat waris (jika ada).
Jika anda menghadapi masalah, hubungi pusat bantuan STR melalui portal rasmi atau lihat panduan pengguna di bantuantunai.hasil.gov.my.
MAKLUMAT & INFO LANJUT
- Hubungi Talian Hotline BKK : 1-800-88-2747 (Waktu operasi : 9.00 pagi – 5.00 ptg)
- Emel : [email protected]
- Layari Laman Web Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/