MYKASIH 2025 ONLINE : SEMAKAN STATUS TERKINI PENERIMA

MYKASIH 2025 ONLINE : SEMAKAN STATUS TERKINI PENERIMA

Dalam Belanjawan 2025, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan manfaat peruntukan STR 2025 dan SARA 2025 (MyKasih) yang telah ditingkatkan kepada RM13 bilion berbanding RM10 bilion sebelum ini. Inisiatif bantuan ini bakal disalurkan kepada sembilan juta penerima atau sekitar 60 peratus penduduk dewasa di negara kita.

Bagaimanakah Semakan Mykasih 2025? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.

BACA JUGA : TARIKH BANTUAN STR (FASA 3 2025)

APAKAH ITU MYKASIH

MyKasih 2025, juga dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA), adalah bantuan kewangan yang diberikan kepada golongan berpendapatan rendah di Malaysia untuk membeli keperluan asas .Bantuan ini disalurkan melalui MyKad dan boleh digunakan di kedai runcit yang bekerjasama dalam program tersebut.MyKasih 2025 bertujuan untuk membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat yang memerlukan.

SEMAKAN STATUS MYKASIH ONLINE 2025

Terdapat (2) cara yang boleh digunakan untuk semakan Mykasih iaitu :

PAUTAN RASMIAPLIKASI RASMI
https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/MyKasih

Ikuti kedua-dua panduan semakan dibawah :

Panduan semakan di Portal Mykasih :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini :https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

Panduan semakan di aplikasi Mykasih :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  6. Klik pada butang [Next] di bawah.
  7. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  8. Selesai.

CARA GUNA BANTUAN MYKASIH 2025 ONLINE

Bagi yang belum menggunakan Bantuan MyKasih SARA, ikuti panduan cara guna seperti berikut :

  1. Kunjungi kedai / pasaraya terpilih yang berhampiran.
  2. Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli (berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga).
  3. Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  4. Penerima perlu menukar nombor Pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor Pin baharu.
  5. Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
  6. Pembayaran menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
  7. Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.

SEMAKAN KELAYAKAN MYKASIH SARA 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA kategori MyKasih:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025; DAN
  3. Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment