PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA : (2026) CARA REGISTER BANTUAN

PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA : (2026) CARA REGISTER BANTUAN

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meneruskan pelaksanaan Program MyLesen B2 dengan penambahan sebanyak 10,000 kuota peserta bagi separuh tahun kedua ini. Langkah tersebut diambil bagi membantu golongan berpendapatan rendah serta para pelajar mendapatkan lesen motosikal kelas B2 secara sah. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkata keputusan itu dibuat susulan kejayaan fasa pertama program MyLesen B2 yang telah memberi manfaat kepada lebih 15,000 peserta sebelum ini.

Bagaimana semakan permohonan lesen memandu percuma? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.

BACA JUGA : CARA MOHON SARA ONE OFF RM100 BARU : PANDUAN LENGKAP DAFTAR BANTUAN

SYARAT PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA

Bagi melayakkan diri menerima lesen memandu secara percuma, beberapa syarat telah ditetapkan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berusia 16 sehingga 35 tahun semasa mengemukakan permohonan.
  3. Sihat dari segi fizikal dan mental.
  4. Terdiri daripada Golongan B40 dan Tanggungan.
  5. Pelajar Sekolah Menengah, Graduan Institut Pengajian Tinggi atau Golongan Belia.
  6. Tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
  7. Bebas daripada senarai hitam oleh mana-mana Mahkamah, JPJ, PDRM atau mana-mana agensi semasa mengemukakan permohonan.

*Nota : Program Bantuan Lesen Percuma ini diberikan keutamaan kepada belia luar bandar, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan yang ingin bekerja dalam sektor penghantar makanan dan sebagainya.

TARIKH PERMOHONAN LESEN PERCUMA

Tarikh rasmi permohonan Bantuan Lesen Percuma (MyLesen B2) untuk tahun 2026 masih belum diumumkan secara rasmi. Namun, lazimnya permohonan akan dibuka bermula Februari hingga Oktober.

Walau bagaimanapun, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengeluarkan notis rasmi permohonan yang dibuka melalui laman web rasmi serta media sosial. Peserta perlu menyemak tarikh tersebut dari semasa ke semasa supaya tidak terlepas.

CARA MOHON LESEN MEMANDU PERCUMA 2026

Setelah permohonan dibuka, peserta yang memenuhi syarat-syarat kelayakan boleh membuat permohonan Bantuan Lesen Percuma secara atas talian (online) dengan mudah mengikut panduan berikut :

  1. Sila layari laman web rasmi JPJ (ikuti negeri masing-masing).
    https://www.jpj.gov.my/.
  2. Dapatkan borang Permohonan Lesen Percuma MyLESEN B2.
    Kemudian, Isi maklumat permohonan di ruangan yang disediakan dengan lengkap.
  3. Sertakan sekali dokumen sokongan yang diperlukan.
  4. Setelah itu, pemohon hendaklah memilih Pusat Latihan Memandu yang berdekatan untuk menjalani Latihan Praktikal. Hantar borang tersebut.
  5. Apabila permohonan diluluskan, Pihak JPJ akan mengatur jadual latihan memandu dan memaklumkan tarikh ujian praktikal. (Pastikan pemohon hadir pada tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan anda tidak terbatal).
  6. Selesai.

MANFAAT BANTUAN LESEN PERCUMA

Terdapat banyak manfaat yang dapat daripada pelaksanaan Bantuan Lesen Percuma kepada rakyat, antaranya dapat :

  • Meningkatkan keselamatan jalan raya dengan pemilikan Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang sah.
  • Mengurangkan bebanan kewangan bagi keluarga berpendapatan rendah yang tidak mampu membayar kos lesen.
  • Membuka peluang pekerjaan baharu seperti bidang penghantaran makanan dan barang kepada golongan belia yang menganggur.
  • Mengurangkan kadar kemalangan melibatkan penunggang tanpa lesen di Malaysia.

SOALAN LAZIM (FAQ)

Apa itu Program MyLesen B2?

Inisiatif Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan kurang berkemampuan (pelajar, belia) mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 (motosikal).

Siapa Layak Memohon?

Pelajar sekolah menengah, kolej, IPT, dan belia yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan JPJ.

Adakah Benar-benar Percuma?

Ya, semua kos latihan, ujian teori, dan ujian praktikal ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Bagaimana Nak Tahu Tarikh Permohonan Dibuka?

JPJ akan mengumumkan tarikh rasmi permohonan di portal rasmi JPJ dan laman Facebook rasmi mereka.

Bagaimana Cara Memohon?

Memohon melalui sekolah memandu yang dilantik sebagai rakan pelaksana MyLesen B2 oleh JPJ.

Jika Gagal Ujian, Boleh Cuba Lagi?

Ya, calon perlu menghadiri latihan tambahan dan menjadualkan ujian baharu, kos biasanya masih ditanggung program.

MAKLUMAT TAMBAHAN

Berikut merupakan maklumat tambahan berkaitan Bantuan Lesen Percuma (MyLesen B2) yang penting perlu diketahui oleh peserta :

  • Program Bantuan Lesen Percuma hanya untuk lesen motorsikal kelas B2 (250cc ke bawah).
  • Lesen kereta kelas D dan DA adalah tidak termasuk.
  • Kuota permohonan adalah terhad yang dibahagikan mengikut negeri.
  • Pemohon yang gagal ujian JPJ masih boleh mengulang dan kos ulangan adalah tidak ditanggung.
  • Semua latihan dan ujian hanya boleh dilakukan di Institut Memandu (IM) yang diluluskan oleh JPJ sahaja.

RUJUKAN

Untuk sebarang pertanyaan lebih lanjut berkaitan Bantuan Lesen Percuma (MyLesen B2), anda boleh merujuk terus pihak berwajib seperti berikut :

  • Laman web :https://www.jpj.gov.my/
  • Talian Khidmat Pelanggan : 03-8000 8000
  • e-Mel Rasmi :[email protected]

Leave a Comment