CARA MOHON SARA ONE OFF RM100 BARU : PANDUAN LENGKAP DAFTAR BANTUAN

CARA MOHON SARA ONE OFF RM100 BARU : PANDUAN LENGKAP DAFTAR BANTUAN

Bantuan SARA-OFF untuk semua rakyat dewasa Malaysia bakal dilaksanakan sekali lagi pada pertengahan Februari tahun 2026 untuk membantu menampung perbelanjaan penerima dalam membuat persiapan menyambut bulan Ramadan dan Tahun Baru Cina.

Bagaimanakah Cara Mohon SARA ONE OFF 2026 baru? Ikuti Info lanjut disini.

BACA JUGA : TARIKH BAYARAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH 2025 : SEMAK JADUAL PEMBAYARAN

APA ITU SARA ONE OFF RM100 BARU

Dalam pembentangan Belanjawan 2026, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bantuan RM100 secara one-off di bawah Program SARA untuk setiap warganegara dewasa bagi membantu dalam membuat persiapan Ramadan dan sambutan Tahun Baru Cina.

CARA PELAKSANAAN SARA ONE OFF

Bantuan SARA ONE-OFF akan dilaksanakan seperti berikut :

  • Nama Bantuan:SARA ONE-OFF (pelaksanaan di bawah Program SARA);
  • Jumlah Bantuan:RM100 (Sekali Bayaran);
  • Kelayakan :Semua warganegara Malaysia (berusia 18 tahun dan ke atas);
  • Tarikh Bayaran :Pertengahan Februari 2026;
  • Kaedah Pelaksanaan :Bantuan RM100 disalurkan melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima di bawah Program SARA;
  • Manfaat :Boleh dibelanjakan untuk mendapatkan barangan keperluan asas yang mempunyai label MyKasih / SARA, di kedai berdaftar dengan pembayaran menggunakan MyKad.

CARA MOHON SARA ONE OFF RM100 BARU

Tiada sebarang permohonan diperlukan untuk bantuan SARA ONE-OFF. Bantuan akan dikreditkan secara automatik kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas tanpa mengira status, dan pendapatan termasuk penerima sedia ada SARA.

SEMAK STATUS SARA ONE OFF RM100 BARU

Status kelayakan penerima SARA ONE-OFF boleh di semak secara online di Portal Rasmi SARA seperti berikut:

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi SARA: https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama SARA untuk Rakyat Malaysia yang layak.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah ONE-OFF.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : SARA ONE-OFF
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula (SARA ONE-OFF) : Pertengahan Februari 2026
    • Tarikh Program Berakhir (Tarikh Luput Kredit) : Disember 2026
    • Baki (RM) : 100.00 (mengikut kelayakan penerima)
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  11. ⁠Selesai.

SEMAK BARANG KEPERLUAN SARA ONE OFF

Penerima SARA ONE-OFF RM100 boleh menggunakan kredit bantuan RM100 yang disalurkan melalui MyKad (Kad Pengenalan) untuk membeli kategori barangan keperluan asas yang diluluskan di pasar raya atau kedai yang berdaftar seperti :

  • Makanan Asas;
  • Makanan dan Minum;
  • Makanan Dalam Tin;
  • Barangan Kebersihan Rumah;
  • Produk Penjagaan Diri;
  • Ubat-ubatan;
  • Barang Keperluan sekolah.

Untuk mendapatkan barangan dengan pembayaran menggunakan MyKad, penerima boleh mengunjungi kedai yang berdaftar seperti :

  • Pasar raya besar (Contoh : Mydin/Giant/Econsave/Pacific/Lotus Stores);
  • Pasar raya mini (Contoh : 99 Speedmart);
  • Kedai Runcit berdaftar;

Senarai penuh kedai yang berdaftar di bawah Program SARA, boleh di rujuk di Portal Rasmi SARA : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list

CARA BELI BARANG SARA

Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:

  1. Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang diluluskan.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
  6. Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
  7. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) SARA ONE OFF

Siapa yang layak menerima RM100 ini?

Semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan dalam program SARA.

Bila saya boleh menggunakan RM100 ini?

Kredit ini boleh digunakan mulai 31 Ogos hingga 31 Disember 2025. Jadi, pastikan anda memanfaatkannya sebelum tamat tempoh!

Bagaimana saya boleh pastikan produk yang saya beli layak untuk program ini?

Gunakan aplikasi MyKasih untuk mengimbas kod bar setiap produk atau semak label MyKasih di kedai. Sistem ini akan memberitahu anda sama ada produk itu layak atau tidak.

Adakah saya perlu membayar lebih dari RM100 untuk barangan yang lebih mahal?

Ya, sekiranya harga barang melebihi RM100, anda perlu membayar perbezaan tersebut dengan wang tunai atau kaedah pembayaran lain.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment