SEMAK RM100 DALAM MYKAD – SEMAKAN KELAYAKAN ANDA SEKARANG
Berdasarkan rekod, seramai 22 juta individu yang akan menerima duit Bantuan Sara (Sumbangan Asas Rahmah) secara One-Off melalui Kad Pengenalan (MyKad). Penerima yang dipilih secara automatik daripada data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Bagaimana cara semak rm100 dalam mykad? Ikuti panduan lengkap di bawah sehingga akhir.
BACA JUGA : SEMAK BANTUAN DALAM MYKAD – SEMAKAN STATUS SEKARANG
SIAPA LAYAK RM100 DALAM MYKAD
Hanya yang memenuhi kelayakan berikut sahaja akan terima Bantuan Sara RM100 :
- Pemegang MyKad Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Status Bujang / Isi Rumah / Warga Emas;
- Terbuka kepada semua tanpa mengira pendapatan.
TARIKH TERIMA RM100 DALAM MYKAD
Kesemua penerima yang layak akan menerima Bantuan Sara pada tarikh yang sama, iaitu pada :
TARIKH BANTUAN | JENIS BANTUAN |
---|---|
31 Ogos 2025 (AHAD) | BAYARAN PENGHARGAAN BANTUAN SARA RM100 |
CARA SEMAK RM100 DALAM MYKAD
Berikut adalah cara semakan status penerima Sara One-off secara online :
- Sila layari Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA RM100 di sini : https://sara.gov.my.
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Penghargaan SARA Bantuan Tunai RM100 One-off untuk Rakyat Malaysia yang layak.
- Sila klik [Semak Kelayakan] untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Masukkan Nombor Mykad anda pada ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, klik butang [Semakan Status].
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Penghargaan SARA
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 31/08/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
CARA SEMAK RM100 DI APLIKASI
Berikut pula cara semakan duit Bantuan Sara dalam Mykad :
- Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Nombor OTP (One Time Password) akan dihantar mengikut nombor yang didaftarkan.
- Masukkan Nombor OTP yang betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Next].
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki duit Bantuan Sara akan dipaparkan.
- Selesai.
SENARAI BARANG RM100 DALAM MYKAD
Berikut merupakan kategori barangan yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan kredit SARA :
- Produk Kebersihan: Colgate / Kotex / Detol
- Ubat-ubatan: Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
- Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata / Staedtler / Canggih
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / TC Boy / King Cup
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
- Produk Kebersihan Rumah: Sabun Pencuci / Pencuci Lantai / Pencuci Pinggan
SOALAN LAZIM SARA
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SARA 2025:
- Siapa layak menerima SARA UNTUK SEMUA?
- SARA RM100 akan disalurkan kepada SETIAP RAKYAT Malaysia berusia 18 tahun ke atas, secara INDIVIDU, termasuk penerima sedia ada SARA dan bukan penerima SARA.
- Bagaimanakah cara mohon RM100 UNTUK SEMUA?
- SARA RM100 akan disalurkan secara automatik tanpa sebarang permohonan diperlukan.
- Bila boleh guna SARA RM100 dalam MyKad?
- Bermula 31 Ogos 2025 hingga 31 Disember 2025.
- Adalah SARA RM100 boleh dikeluarkan secara tunai?
- Tidak boleh. Hanya untuk pembelian barangan asas di premis runcit berdaftar.
- Bilakah tarikh akhir boleh guna Bantuan MyKasih SARA?
- Bantuan MyKasih SARA sah digunakan sehingga 31 Disember 2025 sahaja.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.