SEMAK STATUS BANTUAN MYKASIH : 2025 ONLINE

SEMAK STATUS BANTUAN MYKASIH : 2025 ONLINE

Setiap 1 hari bulan setiap bulan, penerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) automatik akan disalurkan kedalam Mykad penerima sebanyak RM100 Setiap individu seperti Isi rumah, Warga Emas dan juga bujang yang dapat meringankan beban dan membantu serba sedikit kewangan kepada setiap penerima yang layak.

Bagaimanakah Cara Semak Status bantuan mykasih? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir artikel.

BACA JUGA : SEMAKAN SARA MYKASIH ONLINE : (2025) SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA

APA ITU MYKASIH 2025

MyKasih adalah sebuah program bantuan kerajaan Malaysia yang bertujuan untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat, terutamanya golongan B40 .Ia dilaksanakan melalui inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di mana bantuan kewangan dikreditkan ke dalam MyKad penerima dan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasar raya yang terpilih.

SEMAK SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH

Individu yang menepati syarat kelayakan sahaja boleh memohon Sumbangan Asas Rahmah (SARA) seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia;
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) –Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
  2. Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 –Bukan eKasih;
  3. Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

CARA SEMAK STATUS BANTUAN MYKASIH

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

KAEDAH 1KAEDAH 2
PORTAL RASMI MYKASIHPORTAL RASMI MYSTR

SEMAK DI PORTAL MYKASIH :

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, Klik [Semakan Status].
  5. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  6. Selesai.

CARA SEMAK DI PORTAL MYSTR :

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
  4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  7. Selesai.

SENARAI BARANG BANTUAN MYKASIH

Barangan yang boleh dibeli dibawah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah seperti berikut :

  1. Beras
    • Jasmine, Jati, Saga, Bernas, Faiza,Cap Masjid, Cap Gajah, Cap Rambutan
  2. Roti
    • Gardenia, Massimo, Mighty White
  3. Minyak Masak
    • Alif, Knife, Saji, Daisy, Seri Murni, Buruh, Vesawit
  4. Tepung
    • Cap Sauh, Cap Ros, Faiza, MFM, Blue Key
  5. Telur
    • CP, NutriPlus, QL Eggs
  6. Mi Segera
    • Indomie, Maggi, Mamee, Mi Sedaap, Cintan, Econsave
  7. Makanan Dalam Tin
    • TC Boy, Ayam Brand, Adabi, Yeo’s, Kimball, King Cup
  8. Minuman
    • Dutch Lady, MILO, BOH, Nescafé, F&N, Fernleaf, Marigold, Horlicks, Quaker, Vico
  9. Biskut
    • Munchy’s, Tiger, Chipsmore, Hwa Tai, Julie’s, KERK, Kraft, Jacob’s, Hup Seng
  10. Bahan Perasa
    • Kimball, Maggi, Tamin, Adabi, Faiza, Planta, Jalen, Serbuk Kari Babas, Kari Mak Siti, Cukup Rasa, CSR
  11. Ubat-Ubatan Ringan
    • Prospan, Hurix’s, Strepsils, Sterimar, Panadol, Difflam
  12. Produk Kebersihan (Individu)
    • Colgate, Kotex, Dettol

CARA GUNA BANTUAN MYKASIH

Individu yang ‘Lulus’ dan ‘Penerima’ Sumbangan Asas Rahmah boleh dapatkan barangan keperluan asas seperti berikut:

  1. Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan 14 kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
  4. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  5. Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment