SEMAK SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (FASA 4 2025)

SEMAK SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (FASA 4 2025)

Pemohon baharu dan rayuan yang mengemukakan permohonan bermula 19 Oktober 2025 dan sekiranya memenuhi kelayakan akan menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk Fasa 4 tidak lama lagi.

Macam mana semak sumbangan tunai rahmah? Ikuti panduan lengkap dibawah sehingga akhir.

BACA JUGA : STR FASA 4 2025 – SEMAKAN STATUS

CARA BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Dua (2) cara bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR), iaitu :

  • Bayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau pusat-pusat pemberian yang tertentu khas kepada :
    • Penerima tiada akaun bank; atau
    • Status ‘Gagal Kredit’; atau
    • Penerima di Pedalaman Sabah dan Sarawak.
  • Bayaran secara terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan dalam permohonan STR.

CARA SEMAK SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Untuk mengetahui status kelayakan dan maklumat bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR), ikuti panduan cara semak seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
  4. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
  6. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  7. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  8. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  9. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  10. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  12. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  13. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  14. Maklumat Bayaran Fasa 4 akan dipaparkan.
  15. Selesai.

JUMLAH BANTUAN TUNAI RAHMAH

Jumlah bantuan yang akan diterima dalam Fasa 4 ini bergantung pada kategori dan pendapatan isi rumah. Berikut adalah perinciannya :

  1. Isi Rumah Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah:
    • Tiada anak : RM200
    • 1-2 anak : RM350
    • 3-4 anak : RM500
    • 5 anak atau lebih : RM700
  2. Isi Rumah Berpendapatan Antara RM2,501 – RM5,000:
    • Tiada anak : RM100
    • 1-2 anak : RM200
    • 3-4 anak : RM250
    • 5 anak atau lebih : RM350
  3. Individu Bujang Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah:
    • RM150
  4. Warga Emas (berumur 60 tahun ke atas, tiada pasangan) yang berpendapatan RM5,000 dan ke bawah:
    • RM150

SOALAN LAZIM (FAQ) STR FASA 4

  1. Siapakah layak terima bayaran Bantuan STR Fasa 4?
    • Bayaran STR Fasa 4 khas untuk pemohon yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan.
  2. Bagaimanakah permohonan Bantuan STR?
  3. Adakah golongan bujang juga layak terima Bantuan STR?
    • Hanya golongan bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas serta berpendapatan bawah RM2,500 dan memenuhi kelayakan yang ditetapkan.
  4. Adakah Bantuan STR dibayar sekaligus?
    • Tidak, Bantuan STR dibayar secara ansur selama empat (4) fasa.
  5. Bolehkah Bantuan STR digunakan untuk bayaran bil?
    • Bantuan STR yang disalurkan secara tunai boleh digunakan untuk apa sahaja transaksi bayaran bergantung kepada hak penerima.

RUJUKAN

Sekiranya anda perlukan bantuan atau ada sebarang pertanyaan mengenai
STR Fasa 4, anda boleh hubungi saluran rasmi berikut:

  • LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri)
  • Talian Hotline: 1-800-88-2747
  • Laman Web Rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my

Leave a Comment