SEMAKAN BTR : BANTUAN FASA 1 2026

SEMAKAN BTR : BANTUAN FASA 1 2026

Pembayaran pertama bagi inisiatif bantuan kewangan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) untuk tahun tersebut. Program ini dirangka untuk meringankan beban kos sara hidup bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40). Namun, untuk tahun 2026, terdapat evolusi menarik dalam penyaluran bantuan ini.

Bagaimanakah cara semakan BTR? Ikuti info lanjut disini.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PEMOHON STR 2026 : UNTUK SEMAK LULUS ATAU GAGAL TERIMA BAYARAN FASA 1 AWAL TAHUN

SYARAT KELAYAKAN BTR

Syarat kelayakan STR Fasa 1 2026 kekal seperti sebelumnya, dengan sedikit pembaharuan untuk memperkukuh ketelusan serta keadilan dalam pengagihan bantuan. Antara syarat-syaratnya adalah:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.

Perhatian: Kategori bujang tidak lagi termasuk dalam penerima STR bagi tahun 2026. Mereka akan menerima bantuan melalui Program SARA.

JUMLAH BTR 2026

Berikut adalah jumlah bantuan bagi penerima bayaran BTR tahun 2026 :

  • Isi Rumah Dengan Pendapatan Bawah RM2,500 akan terima :
    • Tiada anak : RM700
    • 1 – 2 anak : RM1,200
    • 3 – 4 anak : RM1,700
    • 5 dan ke atas : RM2,200
  • Isi Rumah Dengan Pendapatan RM2,501 – RM5,00 akan terima :
    • Tiada anak : RM200
    • 1 – 2 anak : RM450
    • 3 – 4 anak : RM700
    • 5 dan ke atas : RM950
  • Warga Emas yang tiada pasangan akan terima :
    • RM600.
  • Bujang berumur 21 hingga 59 tahun tidak menerima STR tetapi hanya menerima SARA :
    • RM600

CARA AGIHAN BANTUAN SEMAKAN BTR 2026

Bantuan STR 2026 akan disalurkan seperti berikut:

  • Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
  • Secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima sekiranya :
    • Tiada Maklumat akaun bank; atau
    • Status pengkreditan ‘Gagal Kredit’.

SEMAK JADUAL STR 2026

Berikut merupakan jadual bayaran Bantuan STR untuk tahun 2026 :

TARIKH BAYARAN BANTUAN STR
(ANGGARAN 2026)
Fasa 1 : Februari 2026
(Sebelum Tahun Baru Cina)
Fasa 2 : Mac / April 2026
(Sebelum / Selepas Hari Raya Aidilfitri)
Fasa 3 : Ogos 2026
(Sebelum Hari Kebangsaan)
Fasa 4 : November 2026
(Sebelum Perayaan deepavali)

CARA SEMAKAN BTR 2026

Semakan status permohonan dan kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 secara online adalah seperti berikut :

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
  11. Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
  12. Status Kelayakan SARA;
  13. Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
    • Perubahan Maklumat Permohonan;
    • Cetak Permohonan;
    • Semakan Permohonan;
    • Kemas Kini Maklumat Asas;
    • Tukar Kata Laluan;
    • Maklumbalas; dan
    • Peti Mel.
  14. ⁠Untuk Semakan Status anda boleh tekan Semakan Permohonan.
  15. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) SEMAKAN BTR

Siapa yang perlu kemas kini maklumat?

Semua penerima sedia ada yang mempunyai perubahan maklumat seperti alamat, akaun bank, status perkahwinan atau tanggungan.

Adakah permohonan baru perlu dibuat setiap tahun?

Tidak. Penerima sedia ada hanya perlu kemas kini jika ada perubahan maklumat.

Boleh mohon kalau tiada akaun bank?

Ya, tapi bayaran akan diterima secara tunai di kaunter BSN.

Apa perlu buat kalau terlupa kata laluan MySTR?

Klik pautan “Lupa Kata Laluan” dan ikut arahan untuk menetapkan semula.

Bolehkah buat rayuan jika permohonan ditolak?

Boleh. Rayuan dibuka selepas senarai kelulusan diumumkan.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment