SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PEMOHON STR 2026 : UNTUK SEMAK LULUS ATAU GAGAL TERIMA BAYARAN FASA 1 AWAL TAHUN

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PEMOHON STR 2026 : UNTUK SEMAK LULUS ATAU GAGAL TERIMA BAYARAN FASA 1 AWAL TAHUN

Pelaksanaan bayaran Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) dilaksanakan secara berperingkat bagi membantu rakyat mengekalkan kestabilan kewangan dari semasa ke semasa terutamanya pada hari perayaan-perayaan besar di Malaysia.

Bagaimanakah cara semakan status kelayakan str 2026? Ikuti info lanjut disini.

BACA JUGA : SEMAK BAYARAN SARA 2026 : SEMAKAN STATUS ANDA LAYAK KE TIDAK & RUJUK JADUAL, JUMLAH PEMBAYARAN YANG AKAN DITERIMA

CARA SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PEMOHON STR 2026

Panduan cara log masuk Portal MySTR 2026 untuk semakan status permohonan dan kelayakan dan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara online, seperti berikut :

  • Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  • ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  • Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  • Tekan (Semak).
  • Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  • Seterusnya, tekan butang (Semak).
  • Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  • ⁠Klik butang (Log Masuk).
  • Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  • ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
  • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
  • Status Kelayakan SARA;
  • Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
    • Perubahan Maklumat Permohonan;
    • Cetak Permohonan;
    • Semakan Permohonan;
    • Kemas Kini Maklumat Asas;
    • Tukar Kata Laluan;
    • Maklumbalas; dan
    • Peti Mel.
  • ⁠Untuk Semakan Status anda boleh tekan Semakan Permohonan.
  • Selesai.

TARIKH BAYARAN KEPADA PEMOHON STR 2026

Kebiasaannya bayaran duit Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) kepada penerima dilakukan sebelum atau selepas sesuatu perayaan besar di Malaysia bagi membantu meringankan bebanan kewangan rakyat.

Berikut merupakan jadual bayaran Bantuan STR untuk tahun 2026 :

TARIKH BAYARAN BANTUAN STR
(ANGGARAN 2026)
Fasa 1 : Februari 2026
(Sebelum Tahun Baru Cina)
Fasa 2 : Mac / April 2026
(Sebelum / Selepas Hari Raya Aidilfitri)
Fasa 3 : Ogos 2026
(Sebelum Hari Kebangsaan)
Fasa 4 : November 2026
(Sebelum Perayaan deepavali)

JUMLAH BAYARAN STR 2026

STR Fasa 1 2026 mengekalkan sistem agihan berdasarkan kategori penerima yang layak. Bujang tidak termasuk dalam agihan kali ini. Jumlah sebenar bagi setiap fasa akan mengikut pengumuman rasmi dari kerajaan. Berikut perincian jumlah Bantuan STR 2026:

ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)

BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)
0RM700
1-2RM1200
3-4RM1700
>5RM2200

ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)

BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)
0RM200
1-2RM450
3-4RM700
>5RM950

WARGA EMAS TIADA PASANGAN

PENDAPATAN BULANANKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)
<RM5000RM600

CARA PENYALURAN STR 2026

Bantuan STR 2026 akan disalurkan seperti berikut:

  • Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
  • Secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima sekiranya :
    • Tiada Maklumat akaun bank; atau
    • Status pengkreditan ‘Gagal Kredit’.

SOALAN LAZIM (FAQ) STATUS KELAYAKAN PEMOHON STR 2026

Siapa yang perlu kemas kini maklumat?

Semua penerima sedia ada yang mempunyai perubahan maklumat seperti alamat, akaun bank, status perkahwinan atau tanggungan.

Adakah permohonan baru perlu dibuat setiap tahun?

Tidak. Penerima sedia ada hanya perlu kemas kini jika ada perubahan maklumat.

Boleh mohon kalau tiada akaun bank?

Ya, tapi bayaran akan diterima secara tunai di kaunter BSN.

Apa perlu buat kalau terlupa kata laluan MySTR?

Klik pautan “Lupa Kata Laluan” dan ikut arahan untuk menetapkan semula.

Bolehkah buat rayuan jika permohonan ditolak?

Boleh. Rayuan dibuka selepas senarai kelulusan diumumkan.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment