SEMAKAN KAD PRIHATIN PERAK : 2025 SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN KAD PRIHATIN PERAK : 2025 SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

Penerima bantuan yang berkelayakan akan menerima Kad Perak Sejahtera iaitu sejenis kad yang di dalamnya terdapat sejumlah wang bantuan bagi meringankan beban penerima bantuan dalam meneruskan kehidupan mereka, penerima bantuan di bawah inisiatif ini akan menerima agihan bulanan sebanyak RM100 bermula Januari 2024. Namun demikian, pelaksanaan bagi manfaat kesihatan telah dimansuhkan bermula Januari 2024.

Bagaimanakah semakan kad prihatin? Ikuti info lanjut sehingga akhir.

BACA JUGA : BANTUAN PERAK PRIHATIN 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA

SEMAK KELAYAKAN KAD PRIHATIN PERAK

Semakan kelayakan bantuan perak prihatin boleh dilakukan seperti berikut :

LAMAN RASMI PERAK PRIHATIN
https://member.perakprihatin.com/site/login

KAEDAH KEGUNAAN SEMAKAN KAD PRIHATIN PERAK

Bagi anda yang layak menerima bantuan ini dan telah mengaktifkan Kad Perak Sejahtera, anda boleh menggunakan kad tersebut dengan cara berikut:

  • Pergi ke pasaraya atau kedai yang berdaftar seperti yang disenaraikan dalam dokumen di bawah.
  • Pilih barangan keperluan asas yang diperlukan.
  • Serahkan kad anda kepada juruwang di kaunter pembayaran(Pastikan anda menyemak baki sebelum melakukan pembelian)
  • Juruwang akan merekodkan barangan keperluan yang diambil pelanggan(hanya barangan yang tersenarai sahaja akan diluluskan untuk pembelian menggunakan kad ini)
  • Setelah itu juruwang akan memasukkan kad anda ke dalam terminal pembayaran.
  • Masukkan nombor pin anda bagi melakukan pembayaran.(Jika baki tidak mencukupi anda boleh melakukan pembayaran menggunakan duit anda sendiri.)

LANGKAH PENGAKTIFAN KAD BANTUAN PERAK

Sebelum boleh menggunakan Kad Perak Prihatin, ianya perlu diaktifkan terlebih dahulu menggunakan salah satu cara berikut :

  1. Secara dalam talian (ONLINE)
  2. Melalui SMS
    • Taip mesej : WBC<jarak>PACT<jarak>6 DIGIT TERAKHIR NOMBOR KAD PERAK PRIHATIN<jarak>6 DIGIT TERAKHIR NOMBOR MYKAD
    • Hantarkan mesej tersebut ke 33555
    • Fungsi lain yang boleh digunakan melalui SMS adalah seperti berikut :
  3. Penukaran PIN
    • Taip mesej : WBC<jarak>PPIN<6 DIGIT TERAKHIR NO. MYKAD<jarak>PIN LAMA<jarak>PIN-BARU Hantarkan mesej ke 33555
  4. Reset PIN
    • Taip mesej : WBC<jarak>PRPIN<6 DIGIT TERAKHIR NO. MYKAD<jarak>PIN-BARU Hantarkan mesej ke 33555
  5. Semakan Baki Kad
    • Taip mesej : WBC<jarak>PBAL<jarak>6 DIGIT TERAKHIR NO. MYKAD<jarak>PIN Hantarkan mesej ke 33555
  6. Pusat Panggilan
    • Talian PERAK PRIHATIN : 1 800 22 6600

SENARAI BARANGAN DILULUSKAN PROGRAM PRIHATIN PERAK

Barangan yang diluluskan kerajaan Perak dibawah bantuan perak prihatin adalah seperti berikut :

  • Beras.
  • Mi dan bihun.
  • Roti.
  • Biskut.
  • Telur.
  • Gula dan garam.
  • Rempah ratus, sos, kicap dan sebagainya.
  • Tepung.
  • Minyak Masak.
  • Daging, ayam, lembu, kambing dan ikan.
  • Sabun kelengkapan mandian dan bahan pencuci.
  • Lampin Pakai buang (Dewasa/Bayi).
  • Produk tenusu (Susu segar, susu tepung, susu sejat, dan susu pekat manis).
  • Barangan Persekolahan (Kasut, beg, buku, alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya).

Nota : Hanya barangan yang tersenarai di atas diluluskan untuk pembelian, Tiada Had dari segi jenama barangan yang dipilih.

RUJUKAN

Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan bantuan atau maklumat tambahan berkenaan Kad Perak Sejahtera boleh diperoleh dengan menghubungi:

Leave a Comment