SEMAKAN ONLINE STR : SEMAK STATUS BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2026
Semakan STR 2026 kini boleh dilakukan dalam talian melalui portal rasmi LHDNM. Langkah ini membantu penerima bagi memastikan kelayakan mereka untuk menerima bantuan tunai kerajaan melalui Sumbangan Tunai Rahmah 2026 (STR 2026).

Artikel ini akan menerangkan kaedah membuat semakan online STR 2026, tarikh pembayaran, kategori penerima, dan jumlah bantuan yang akan diterima berdasarkan status isi rumah dan individu.
Baca Juga : Cara Daftar Akaun MySTR 2026
APA ITU STR?
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan kewangan yang diberikan kerajaan Malaysia kepada rakyat berpendapatan rendah dan sederhana, khususnya golongan B40 dan M40, untuk membantu mereka menampung kos sara hidup.

STR ialah kesinambungan bantuan tunai yang pernah diberikan seperti BR1M, BSH dan BPR, tetapi ditambah baik selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI. Bantuan ini diagihkan beberapa kali setahun mengikut fasa berdasarkan kategori penerima seperti isi rumah, warga emas dan individu bujang.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA STR 2026
Berikut ialah syarat kelayakan untuk menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun 2026, dibahagikan mengikut kategori :
- Isi Rumah
- Warganegara Malaysia.
- Sudah berkahwin (sama ada ada anak ataupun tidak) atau ibu/bapa tunggal / balu / janda / duda yang ada anak.
- Jumlah pendapatan isi rumah tidak boleh lebih daripada RM 5,000 sebulan (termasuk golongan B40 dan M40).
- Warga Emas (Tiada Pasangan)
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Tidak mempunyai pasangan (bujang / balu / janda / duda) atau tanggungan yang memenuhi syarat.
- Pendapatan bulanan tidak melebihi RM 5,000.
- Bujang
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 21 hingga 59 tahun; bagi Orang Kurang Upaya (OKU), umur 19 tahun ke atas dibenarkan.
- Bukan pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi awam atau swasta (IPTA/IPTS).
- Pendapatan bulanan tidak boleh lebih daripada RM 2,500.
JUMLAH BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2026
Berikut ialah kadar bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2026 mengikut kategori penerima :
- Isi Rumah (pendapatan ≤ RM 2,500)
- Tiada anak : RM 700
- 1 – 2 anak : RM 1,200
- 3 – 4 anak : RM 1,700
- 5 anak ke atas : RM 2,200
- Isi Rumah (pendapatan RM 2,501 – RM 5,000)
- Tiada anak : RM 200
- 1 – 2 anak : RM 450
- 3 – 4 anak : RM 700
- 5 anak ke atas : RM 950
- Warga Emas (tiada pasangan)
- RM 600 setahun
- Bujang (STR tunai bujang digantikan dengan SARA)

Dengan mengambil kira STR dan SARA, sesetengah kategori penerima mungkin menerima bantuan sehingga RM 4,600 setahun (contohnya, isi rumah berpendapatan ≤ RM 2,500 dengan 5 anak).
SEMAKAN ONLINE STR 2026
Untuk makluman, anda dikehendaki untuk mendaftarkan semula akaun anda di laman MySTR walaupun telah mempunyai akaun sebelum ini untuk memastikan anda memperoleh segala manfaat di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini.
- Semakan status STR boleh dibuat melalui pautan berikut : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan nombor Mykad pemohon
- Pengesahan kata kunci keselamatan
- Maklumat yang akan dipaparkan :
- Nama pemohon
- No Mykad pemohon
- Status permohonan
- Maklumat pembayaran (jika layak)
- Klik menu Semakan Pembayaran
- Masukkan kata laluan
- Disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.

SOALAN LAZIM (FAQ) STR 2026
Pemohon boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh yang ditetapkan dengan mengemukakan dokumen sokongan.
Ya, pembayaran dilakukan mengikut fasa yang ditetapkan oleh kerajaan.
Ya, selain online, permohonan boleh dibuat di cawangan LHDN, Pusat Khidmat Hasil, atau UTC.
Pemohon pertama kali atau mereka yang gagal kelayakan tahun sebelum perlu buat permohonan baharu secara online atau manual.
Ya, portal MySTR mesra peranti mudah alih dan boleh diakses melalui pelayar internet telefon pintar.
MAKLUMAT & INFO LANJUT
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan mengenai STR 2026 anda boleh layari atau hubungi :
- Hotline BKK LHDNM : 1-800-88-2747
- Hotline STR MoF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Emel : [email protected]
- Laman Web Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my