SEMAKAN RAYUAN STR FASA 4 2025 – ADAKAH ANDA LAYAK
Terkini! Bagi penerima yang tidak melepasi permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) anda boleh membuat rayuan terbaharu yang telah dibuka bagi pemohon yang tidak berjaya, bagi yang berkenaan boleh menyemak sekarang.
Bagaimanakah Cara Semakan Rayuan STR Fasa 4 2025? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.
BACA JUGA : BILA RAYUAN STR MASUK ? SEMAK STATUS DAN TARIKH RASMI BAYARAN
CARA SEMAK RAYUAN STR FASA 4 2025
Status keputusan bagi permohonan rayuan sama ada ‘layak’ atau ‘tidak layak’ boleh disemak seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai2025.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
- Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran FASA 4] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
- Selesai.
TARIKH RAYUAN STR FASA 4
Semakan tarikh rayuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 adalah seperti berikut :
| FASA RAYUAN STR | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 | 13 November 2025 (khamis) |
SYARAT LAYAK RAYUAN STR FASA 4
Kategori dan syarat yang diperlukan untuk memohon adalah seperti berikut :
- GOLONGAN ISI RUMAH
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
- menepati syarat;
- Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- GOLONGAN WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- GOLONGAN BUJANG
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
KAEDAH BAYARAN STR 2025
Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:
- Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) – Bagi penerima ‘Tiada Akaun Bank’ atau status ‘Gagal Kredit’.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]