SEMAKAN STATUS BANTUAN STR : CARA SEMAK SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2026
Portal MySTR untuk permohonan baharu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1, 2026 masih dibuka. Pemohon baharu dikehendaki membuat permohonan dalam tempoh yang ditetapkan.
Bagaimanakah Cara Semakan Status Bantuan STR? Ikuti info lanjut disini.
BACA JUGA : BANTUAN B40 : SEMAK SENARAI BANTUAN 2026 UNTUK GOLONGAN B40
SEMAKAN STATUS BANTUAN STR 2026
Bagi memudahkan urusan menyemak status bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) anda boleh menyemak cara semakan seperti berikut :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Semakan Status anda boleh tekan Semakan Permohonan.
- Selesai.
JUMLAH BANTUAN STR 2026
Bagi yang berkelayakan, anda boleh menyemak amaun bantuan yang anda bakal terima mengikut kategori kelayakan seperti berikut :
- Isi Rumah Dengan Pendapatan Bawah RM2,500 akan terima :
- Tiada anak : RM700
- 1 – 2 anak : RM1,200
- 3 – 4 anak : RM1,700
- 5 dan ke atas : RM2,200
- Isi Rumah Dengan Pendapatan RM2,501 – RM5,00 akan terima :
- Tiada anak : RM200
- 1 – 2 anak : RM450
- 3 – 4 anak : RM700
- 5 dan ke atas : RM950
- Warga Emas yang tiada pasangan akan terima :
- RM600.
- Bujang berumur 21 hingga 59 tahun tidak menerima STR tetapi hanya menerima SARA :
- RM600
KAEDAH AGIHAN BANTUAN STR 2026
Bantuan STR 2026 akan disalurkan seperti berikut:
- Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima sekiranya :
- Tiada Maklumat akaun bank; atau
- Status pengkreditan ‘Gagal Kredit’.
MAKLUMAT TAMBAHAN
- STR Bujang 2026, digantikan dengan SARA bulanan.
- SARA akan disalurkan secara automatik kepada penerima semua penerima STR (Kategori Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan) sebagai bantuan tambahan dalam bentuk barangan asas melalui MyKad.
- SARA RM100 ONE-OFF akan diberikan kepada semua Rakyat Malaysia pada pertengahan Februari 2026, sempena sambutan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri.
SOALAN LAZIM (FAQ) SEMAKAN STATUS BANTUAN STR
Antara soalan yang kerap ditanya oleh penerima yang layak adalah seperti berikut :
- Siapa yang perlu kemas kini maklumat?
- Semua penerima sedia ada yang mempunyai perubahan maklumat seperti alamat, akaun bank, status perkahwinan atau tanggungan.
- Adakah permohonan baru perlu dibuat setiap tahun?
- Tidak. Penerima sedia ada hanya perlu kemas kini jika ada perubahan maklumat.
- Boleh mohon kalau tiada akaun bank?
- Ya, tapi bayaran akan diterima secara tunai di kaunter BSN.
- Apa perlu buat kalau terlupa kata laluan MySTR?
- Klik pautan “Lupa Kata Laluan” dan ikut arahan untuk menetapkan semula.
- Bolehkah buat rayuan jika permohonan ditolak?
- Boleh. Rayuan dibuka selepas senarai kelulusan diumumkan.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]