BANTUAN B40 : SEMAK SENARAI BANTUAN 2026 UNTUK GOLONGAN B40
Semakan Bantuan B40 yang diperkenalkan untuk membantu golongan yang tak berkemampuan dalam bentuk kewangan dibawah dua (2) program iaitu Sumbangan Tunai Rahmah (MySTR) dan juga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada tahun 2026, anda mungkin layak menerima bantuan ini.
Bagaimanakah Cara Semak Bantuan B40? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.
BACA JUGA : MYSTR MALAYSIA (SEMAKAN BANTUAN STR 2026)
SENARAI BANTUAN B40
Bantuan Kerajaan kepada golongan B40 bagi tahun 2026 adalah seperti berikut:
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR); dan
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN B40
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan 2026 mestilah terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
- menepati syarat;
- Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
JUMLAH BANTUAN B40
Kadar Bantuan yang akan disalurkan kepada penerima yang layak adalah seperti berikut:
- SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (MYSTR)
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN (SETAHUN) |
|---|---|
| Isi rumah berpendapatan RM2500 kebawah | Tiada Anak : RM700 1 hingga 2 Anak : RM1,200 3 hingga 5 Anak : RM1,700 5 Anak dan Ke atas : RM2,200 |
| Isi ruamh berpendapatan RM2501 hingga RM5000 | Tiada Anak : RM200 1 hingga 2 Anak : RM450 3 hingga 5 Anak : RM700 5 Anak dan Ke atas : RM950 |
| Warga Emas tiada pasangan | RM600 |
| Bujang | – |
- SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)
| KATEGORI PENERIMA | PENERIMA STR (BERSTATUS EKASIH) | PENERIMA STR SAHAJA (BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| ISI RUMAH | RM2,400 (RM200 Sebulan) | RM1,200 (RM100 Sebulan) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM1,800 (RM150 Sebulan) | RM600 (RM50 Sebulan) |
| BUJANG | RM1,200 (RM100 Sebulan) | RM600 (RM50 Sebulan) |
CARA DAFTAR EKASIH
Panduan Lengkap Pendaftaran Sistem eKasih adalah seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut:https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
- Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Proses dan Carta alir pendaftaran eKasih akan dipaparkan.
- Sila baca maklumat dengan teliti dan ikuti langkah-langkah pendaftaran seperti berikut:
- Langkah pertama, hadirkan diri ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; ATAU
- Hubungi PPN berhampiran anda mengikut negeri masing-masing untuk pendaftaran, seperti berikut:
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40419920
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7457103
- PPN Sarawak : 082-492957
- PPN Sabah : 088-484800
- Ikuti proses pendaftaran yang diberikan.
- Selesai.
CARA SEMAK BANTUAN B40
Status Kelayakan Bantuan B40 boleh disemak secara online seperti berikut :
Cara Semakan Status di Portal MySTR :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
Cara Semakan Status di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 di : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula
- Tarikh Program Berakhir
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) :
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]
SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- e-Mel : [email protected]