STR FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS BAYARAN

STR FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS BAYARAN

Untuk meringankan beban rakyat, Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Bantuan yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan menaikkan peruntukan lebih tinggi pada tahun 2025 berbanding tahun 2024 yang akan memberi manfaat kepada hampir 9 Juata penerima daripada kategori isi rumah, bujang dan warga emas yang berpendapatan rendah.

Bagaimanakah cara semakan Sumbangan Tunai Rahmah? Ikuti panduan lengkap hingga akhir aktikel.

BACA JUGA : SEMAK DUIT DALAM MYKAD : PANDUAN LENGKAP CARA CHECK DUIT DALAM IC

KATEGORI KELAYAKAN PENERIMA STR FASA 2

Syarat dan kategori Kelayakan Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

TARIKH BAYARAN BANTUAN STR

Pembayaran Bantuan STR 2025 seperti berikut :

FASA BAYARANTARIKH PEMBAYARAN
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah
(STR) Fasa 2
Pembayaran STR Fasa 2 dijangka akan
dilaksanakan pada 3 April 2025.

Namun begitu, jika terdapat sebarang
perubahan terkini mengenai tarikh sebenar
bayaran, pihak kami akan maklumkan dan
kemaskini dari semasa ke semasa.

AMAUN KELAYAKAN BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2025

Kadar Bantuan STR bagi tahun 2025 yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di barah :

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi Rumah berpendapatan
RM2500 Kebawah
Tiada anak : RM1,000
1 hingga 2 anak : RM1,500
3 hingga 4 anak : RM2,000
5 anak keatas : RM2,500
Isi Rumah berpendapatan
RM2501 hingga RM5000
Tiada anak : RM500
1 hingga 2 anak : RM750
3 hingga 4 anak : RM1,000
5 anak keatas : RM1,250
Warga emas tiada pasangan
berpendapatan RM5000
dan kebawah
RM600
Bujang berpendapatan
RM2500 dan kebawah
RM600

Kadar bantuan ini adalah jumlah keselurhan bagi tahun 2025 dan wang akan disalurkan secara berfasa (Fasa 1,2,3 dan 4).

SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN BANTUAN STR ONLINE

Status STR 2025, ‘LULUS atau ‘TIDAK LULUS’ boleh disemak secara online di portal Rasmi STR seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  5. Tekan pada butang [Log Masuk].
  6. Seterusnya, klik [Semak].
  7. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  8. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  9. Masukkan kata laluan yang betul.
  10. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  11. [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
  12. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
  13. Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

Leave a Comment