SUMBANGAN ASAS RAHMAH : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA 2025
Dalam belanjawan 2025, Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim mengumumkan manfaat peruntukan STR 2025 dan SARA 2025 (MyKasih) yang telah dinaikkan bajet kepada RM13 bilion berbanding RM10 bilion sebelum ini.
Inisiatif kerajaan ini diyakini dapat membantu lebih 9 juta penerima atau sekitar 60 peratus (%) penduduk berusia dewasa di negara kita.
Artikel ini akan dikongsikan kepada anda informasi terkini berkenaan dengan bantuan SARA 2025 secara terperinci.
BACA JUGA: LOGIN STR : FASA 2 2025 SEMAKAN STATUS ONLINE
APA ITU (SARA) 2025
SARA adalah nama singkat kepada Sumbangan Asas Rahmah iaitu sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih di mana pelaksanaannya telah ditambah baik pada tahun 2025 bagi memenuhi keperluan barangan asas melalui program MyKasih serta diyakini dapat membantu serba sedikit meringankan beban golongan yang tidak bernasib baik
CARA SERAHAN BANTUAN ASAS RAHMAH (SARA) 2025
Penyerahan Bantuan Sara Rahmah kepada penerima adalah secara tanpa tunai (cashless) melalui pengkreditan ke dalam kad pengenalan (IC) penerima setiap bulan bagi membantu memudahkan penerima untuk menerima dan membuat pembelian barangan keperluan asas dengan kad IC sahaja.
SEMAKAN BANTUAN ASAS RAHMAH 2025
Berikut merupakan panduan cara semakan status kelayakan sebagai penerima Sumbangan asas rahmah 2025:
- Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini :https://mykasih.com.my/
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Selesai.
Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
- Selesai.
AMAUN BANTUAN ASAS RAHMAH 2025
Setiap bulan, Bantuan Sara Rahmah akan disalurkan mengikut amaun yang ditetapkan kepada setiap kategori seperti berikut:
- KATEGORI ISI RUMAH :
- Isi Rumah Miskin & Miskin Tegar :
- RM100/RM200 setiap bulan hingga RM2,100.
- Isi Rumah Asas Bukan Miskin :
- RM100 setiap bulan hingga RM900.
- Isi Rumah Miskin & Miskin Tegar :
- KATEGORI WAGRA EMAS :
- Warga Emas Miskin & Miskin Tegar :
- RM100/RM150 setiap bulan hingga RM1,650.
- Warga Emas Asas Bukan Miskin :
- RM50 setiap bulan hingga RM450.
- Warga Emas Miskin & Miskin Tegar :
- KATEGORI BUJANG :
- Bujang Miskin & Miskin Tegar :
- RM50 setiap bulan hingga RM600.
- Bujang Miskin & Miskin Tegar :
TARIKH SERAHAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Serahan Sumbangan Asas Rahmah kepada penerima yang layak pada tahun 2025 adalah mengikut tarikh seperti berikut:
| PENERIMA MISKIN & MISKIN TEGAR | PENERIMA ASAS BUKAN MISKIN |
| Selama 12 bulan bermula 15 Januari 2025 hingga 1 Disember 2025 (Bayaran Setiap 1 hari bulan) | Selama 9 bulan bermula 1 April 2025 hingga 1 Disember 2025 (Bayaran Setiap 1 hari bulan) |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sara Rahmah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.